sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Sunday, February 28, 2010

kisah hari ulangtahun kelahiran aku...

salam..nak selitkan kisah ulangtahun kelahiran aku yang ke 23 pada 25 feb ari tu... rasanya ulangtahun kali ni paling aku tak ada 'feel' nak sambut. mungkin sebab aku rasa aku sudah semakin tua... atau aku rasa makin besar dugaan yang akan aku lalui kelak..atau mungkin disebabkan aku sudah bekerja menyebabkan feel nak sambut birthday tu dah takde... hahaha.. apapun, aku rasa tahun 2010 ni cukup menguji aku.. cukup membuat aku teruji...aku betul-betul rasa macam hilang keyakinan untuk teruskan kehidupan. tapi, aku yakin Allah tu ada. sekuat dan sehandal mana pun seorang manusia itu dengan ilmu2nya, Allah tetap yang paling hebat.. tetap yang paling kuasa.. dan Allah jua yang membenarkan seorang manusia itu terus maju dengan ilmu-ilmu yang dipinjamkan kepadanya. manusia berilmu..alhamdulillah.. kata nabi, tuntutlah ilmu smpai ke negeri cina.. tapi, di sebalik ilmu itu, ada dugaan dan ujian yang kadangkala mata tidak mampu menilai.. hati tidak mampu menafsir.. ada manusia yang menggunakan ilmu untuk mencari rezeki..alhamdulillah, tapi, ada juga manusia yang menggunakan ilmu untuk menunjukkan keangkuhan.. terus riak dan angkuh dengan ilmu Justify Fullyang dipinjamkan.. menggunakan ilmu untuk memutarbelitkan keadaan.. menggunakan ilmu untuk memperdaya..menipu dan akhirnya... mereka2 yang angkuh ini ketawa dengan rezeki haram yang diperolehi... biarkan.. biarkan mereka ketawa dengan angkuhnya, kerana dunia ini mungkin syurga bagi mereka, sedangkan mereka terlupa dan alpa adanya neraka di akhirat sana.. erm.. apa agaknya yang dah aku lalutkan, aku sendiri tak mengerti... mungkin sekadar coretan hati yang ingin diluahkan di sini.. :)
Kembali kepada kisah hari lahir aku... terima kasih kepada famili, kawan2 n sahabat2 yang tak lupa memeriahkan birthday aku dengan ucapan2 dan hadiah2 yang terlalu bernilai bagi aku... tak lupa juga student2 yang ambil berat wish kat aku... thanks so much... terima kasih atas doa kalian semua.. aku juga tak lupa untuk mendoakan kebahagiaan kita semua bersama.. juga semoga semuanya dipanjangkan umur agar dapat terus berbakti di bumi Allah ini.. :)
ulangtahun kelahiran kali ini tak sangka aku masih dapat potong kek bersama keluarga tersayang... thanks ibu n ayah.. kek blueberry tu memang sedap.. malam pulak hari aku lebih bermakna dengan adanya ceramah maulidurrasul kat masjid.. alhamdulillah.. hati dan jiwa aku yang tandus ini perlu disiram dan dibajai semula...rasa tenang yang dah lama tak dikecapi balik dr masjid.. alhamdulillah.. mungkin ini yang menyebabkan hari lahir aku sedikit bermakna...

Sunday, February 14, 2010

pernah tak korang...

1. pernah tak korang makan nasi tapi rasa macam telan pasir?
kebelakangan ni, itu yang aku rasa...aku makan macam-macam, kebanyakan nya masakan ibu laa... ataupun makan kat kedai tapi dengan ibu ayah... aku akan makan dengan lahapnya, penuh berselera, tapi hakikatnya, hanya aku yang tahu, makanan-makanan tu semua dah tak ada rasa untuk aku... semuanya tawar, dan rasa macam butir-butir pasir. terlalu sukar untuk ku telan... tapi, demi untuk tidak menyusahkan hati mereka yang aku terlalu syg ni, aku kuatkan juga semangat untuk terus berpura-pura. kalau balik sekolah, aku buat-buat macam rasa kenyang lagi, bila ditanya, aku kata aku dah mkn kat sek, hakikatnya, di sekolah, apapun aku tak jamah melainkan air masak bekalan aku hari-hari. entahlah..mungkin, selera makan aku mula ditarik.. aku tak tahu...

2. pernah tak korang rasa macam nak bunuh diri?
nauzubillah... betapa nipisnya iman aku..terlalu nipis. senipis-nipis kulit bawang, masih mampu melindungi bawang, dan masih mampu menjadi bahan kajian eksperimen..tapi, nipisnya iman aku..masya-Allah... kenapa aku pernah terfikir smpai tahap macam ni? kenapa? semuanya salah aku sendiri. yang tak reti berterima kasih, bersyukur atas dugaan dan ujianNya. apatah lagi tersenyum dengan semua yang berlaku. hinanya aku. hina. terlalu hina.alhamdulillah, kesempatan masih diberikan Allah untuk aku bertaubat, dan meneruskan kehidupan, mungkin untuk menebus kembali silap-silap dan dosa-dosa yang telah aku lakukan. aku masih diberi ruang dan kesempatan. walaupun aku telah menoleh dari Mu Ya Allah, terima kasih kerana masih diberi ruang untuk memperbetulkan segala kesilapan aku... terima kasih atas kasih sayangMu Ya Allah....

3. pernah tak korang rasa diri dah tak berguna lagi?
bila kita tak mampu memenuhi kehendak semua pihak termasuk diri sendiri, inilah jadinya...terlalu sukar untuk menerima hakikat, namun, inilah yang dikatakan ujian dan dugaan. semuanya sekadar sementara, di dunia pastinya. dan aku, masih terkapai-kapai mencari letaknya impian dan harapan. hilang. musnah. sekelip mata. namun, dunia ini tak selalu cerah, tak selalu indah, juga tak selalu kelam, tak selalu duka.. pasti ada hikmahnya semua yang berlaku. bila rasa tak berapa nak gembira, aku dah tahu kini siapa patut menjadi teman sepanjang masa. DIA pastinya. Hanya DIA yang maha memahami. hanya DIA. hanya DIA kini. DIA tempat aku meluahkan, dan aku yakin DIA mendengar rintihanku. aku yakin DIA tahu apa yang terbaik untuk aku, dan aku yakin DIA sentiasa sayangkan aku. aku tahu DIA takkan biarkan hambaNya yang teraniaya sentiasa hidup dalam kesukaran. aku yakin. terlalu yakin. pasti ada mentari selepas hujan lebat. insyaAllah.

4. pernah tak korang ditikam?
hahaha.. ini lagi bunyi ala-ala macam seram dan menakutkan. kalau aku kata aku pernah? pernah ditikam tanpa disedari. dan kesakitannya teramat sangat. sakit. terlalu sakit. dalamnya luka, hanya aku yang tahu. terlalu dalam... dan aku sekarang terlalu letih untuk memikirkan segalanya. aku biarkan ingatan itu pergi..biarkan...dan aku akan teruskan hidup seperti biasa. aku nak hidup biasa-biasa. bersederhana. biarlah apa orang nak kata, aku perlu teruskan hidup demi kedua ibu bapa dan adik-adik aku. dan perubahan untuk hidup ini akan aku lakukan. pasti. insyaAllah.aku perlu sentiasa tersenyum dengan kelukaan ini. dengan kesakitan ini. aku harus ketawa gembira di hadapan insan-insan yang terlalu aku sayangi. aku perlu kuat. aku perlu kentalkan semangat...demi mereka..........

Saturday, February 13, 2010

i'm back...

salam utk semua yang melayari blog yang ta seberapa ini. aku muncul kembali. itu statement pertama aku utk entry kali ni. dah biasa rasanya aku menghilang, menyelam dan kemudian aku memunculkan diri semula.. dan kali ini, aku muncul semula... tapi, munculnya aku kali ini dengan hati yg terpaksa aku tabahkan...semangat yang terpaksa aku kentalkan demi menjalani kehidupan seperti insan-insan lain, yang tak lalui dugaan seperti yang aku lalui. rasanya tempoh 2 bulan aku menghilang, terlalu singkat, tapi, pelbagai perkara berlaku sehingga aku tiada semangat untuk teruskan hidup. mujur juga, aku masih dikelilingi keluarga yang terlalu menyayangi, ibu ayah yang terlalu memahami... alhamdulillah...
ok.. kita lupakan saat2 perit itu... biarkan ianya menjadi lipatan kenangan silam aku... cuma harapan aku, doakan lah aku baik-baik dan teruskan kehidupan sebagai seorang hamba-Nya yang lebih cekal dan kental meneruskan kehidupan serta aku terus dapat menambahkan keimanan sebagai seorang hamba-Nya..insya-Allah...
dah 2 bulan tak bercerita di sini, nak aku selitkan kisah aku sebagai seorang guru pastinya. Rasanya, kehidupan ku semakin hari, semakin matang dengan karenah dan ragam anak-anak didik aku yang aku kasihi. Semakin hari semakin aku fahami jiwa mereka, semakin aku fahami hati mereka, semakin dapat ku terima perangai mereka.. walaupun kadangkala terlalu menyakitkan, namun, bila aku bermuhasabah semula, mungkin dulu, semasa aku bersekolah, ada perangai atau sikap aku yang mengguris hati dan perasaan guruku dahulu..
kehidupan juga makin hari, makin rasa sempitnya waktu.. tak terkejar rasanya dengan beban tugas yang menimbun... tahun ni aku memegang tugas sebagai guru kelas tingkatan 5, mengajar kimia tingkatan 4 dan 5, sains ting 2, dan moral ting 3... abm dah mula kurang aku lakukan, tetapi, akan aku pastikan corak pengajaranku berbeza-beza..moga mereka tidak bosan dan jemu dengan sesi pnp bersama aku.. dalam pada tu, kadangkala, dugaan tu tetap hadir.. mengajar pelajar berlainan kaum dan agama dengan kita bukan semudah yang disangka..
memerlukan kesabaran yang terlalu tinggi bagi aku..nak harapkan pelajar-pelajar ini menghormati kita, jgn letakkan harapan itu terlalu tinggi.. kerana bagi mereka guru hanyalah dibayar gaji untuk masuk ke kelas mereka dan mengajar mengikut syllabus... guru sekolah ini kurang arif nak dibandingkan dengan guru tuisyen mereka yang rata-ratanya advance dengan syllabus yang dah ke depan... tak mengapalah kan, aku pun tak expect terlalu tinggi.. cukup sekadar mereka tak ponteng kelas aku, dan siapkan kerja-kerja yang aku beri. alhamdulillah sangat dah semua tu untuk aku..nak membebel lebih2 pun jgn harap..sebab nanti, aku akan disoal semula.. 'cikgu, apa u ckp ni?' bila aku disoal mcm tu, aku akan tiba2 jadi makin sakit hati dan tahap kesabaran mula menurun..hahaha... so, aku kene terima hakikat yg dorg ni bukan paham sangat bahasa melayu... dan tak guna juga aku nak cakap pasal dosa pahala dengan dorg, sebab ada ke dorg ni kisah pasal dosa pahala ek?? yg takde agama pun ramai...
yg aku tau, aku semakin ketandusan... kering.. kontang.. tandus... kenapa?? sebab tak ada lg ceramah agama kalau ada maulidur rasul, takde perarakan maal hijrah, takde lg asmaul-husna hari jumaat, dan yg paling terasa, tak ada lagi bacaan doa masa aku masuk kelas... kerana faktor2 ini lah menyebabkan aku selalu terfikir, sampai bila agaknya aku mampu bertahan di sini... minggu lepas aku terlibat dengan rentas desa peringkat sekolah, jaga check point tengah, tp dah nak blk... so, kesimpulan aku, melayu ke kamu, cina ke kamu, india ke kamu, islam ke kamu, buddha ke kamu, kristian ke kamu, dah tak ada beza langsung... pelajar melayu yang ayu bertudung ke sekolah, yang berulang ke bilik agama mengaji utk subjek PAI semua dah togel... togel di kepala... menampakkan mahkota seorang wanita pastinya. bukan setakat tu, malah rambut yang ditutup setiap pagi tu, rupa-rupanya kaler perang lagi, siap rebonding tuuuu.... berat rasanya tanggungjawab kami, cikgu2 melayu beragama islam untuk menarik anak2 remaja ini agar tidak terus terpesong terikut-ikut dengan persekitaran. ini faktor yg menyebabkan aku akan berfikir beberapa kali untuk adik aku ke sekolah cina nanti...
aku bukan anti-kaum. aku bukan kisah persekitaran aku dikelilingi mereka yg berbangsa asing, cuma kadang-kadang aku rasa rindu.. rindu pada persekitaran yg aku lalui sebelum-sebelum ni.. dan kadangkala aku rasa macam patut ke aku mengajar anak-anak cina, sedangkan anak-anak melayu ramai lagi yg perlu diajar... itu perasaan aku cuma. aku sedar, tanpa aku sekalipun, masih ramai guru melayu yg berkhidmat di persekitaran sendiri... dan aku tak boleh membeza-beza kan anak-anak remaja ini hanya kerana agama dan keturunan mereka.. aku perlu kuatkan hati, kentalkan semangat dan harapan aku semoga aku mampu berdakwah sedikit sebanyak... mungkin sukar untuk menarik mereka ke agama islam, tapi, cukup sekadar aku bercerita mengenai indahnya islam... dan mereka setakat ni diam apabila aku bercerita.. nak mengumpat sesama mereka, biarkanlaa... asalkan mereka tahu, apabila bergaul dengan kwn2 islam, berlainan jantina, ada batasnya..
hmm...skang dah start cuti utk smbut tahun baru cina, dan nampaknya aku tak dpt goyang kaki, sebab terpaksa siapkan paper exam chemistry untuk form 4... aduhai....