sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Thursday, November 3, 2011

i'm back...

salam. aku kembali. tapi ada sedikit pembaharuan pada link. ini mungkin kerana aku rasa sedikit ketidaktenteraman.. secara peribadinya, aku sangat rindu untuk berblogging macam dulu2.nak bercerita pada blog, mencoretkan kisah2 untuk kenangan aku satu hari nanti.. insyaAllah aku akan kembali aktif seperti dulu :)

Sunday, January 23, 2011

patah hati

aku baru lepas layan lagu ni.. sgt jiwang dan meruntun perasaan. betapa indahnya perasaan seorang wanita kalau ada lelaki yg ikhlas mencintai seperti dalam lagu ni.. betapa bahagia seorang isteri kalau mempunyai seorang suami yg romantik nyanyi lagu ni dengan penuh penghayatan.. oppsss... hehehe..



ni lah dia lagu anuar zain- sedetik lebih... slow.. tp nice n sweet.. i like. hehe.. aku ni sbenarnye masih cuba menceriakan diri dengan melayan lagu2... tp, lagu rock ke, lagu best ke, semua aku bantai nanges.. hahaha... (tgk, gelak laa konon) hakikatnya.. aku tgh berduka. berduka, atau mungkin lebih tepat kecewa. patah hati... entahlah.. tktahu nak digambarkan perasaan ni..
aku tak pernah minta semua ni jadinya begini. dan aku sentiasa menyalahkan diri aku walaupun kadangkala aku rasa aku perlu juga sesekali mem'benar'kan diri aku... tapi, tak apelah. aku faham. dan aku memang tak boleh harapkan lebih. sebab aku sendiri kenal diri sendiri. aku tak layak utk kebahagiaan itu. dan aku tak layak utk dptkan kegembiraan itu. ini bukan kali pertama aku kecewa... aku sepatutnya dah lali. tp, tktau kenapa, masih laju air mata ni.. adoi.. kesianlaa 'tears gland' kene kerja lebih...
semua ni dugaan untuk aku. di sebalik satu dugaan berat, dtg lg dugaan yg berat.. dan berat.. dan berat.. dan berat.. ouhh...
tak apa lah. mungkin semua ini ditakdirkn yg terbaik utk aku. ini kisah aku.. ntahlah. pasti ada hikmah di sebalik semua ni..mungkin aku perlu menggunakan ruang dan peluang ini fokus pada kerjaya. dan. berhenti berharap.. berhenti berharap. berhenti berharap. kerana harapan itu cuma tinggal sebuah mimpi.. biarlah. pasti ada hikmahnya. kalau sampai aku memutuskan perhubungan anak saudara dan ibu saudaranya, apa hukumnya ya? baiklah. aku redha. aku tarik diri dari semua ni. aku terpaksa membawa diri. trus berfikir dan terus hentikan pengharapan. semoga semua pihak berpuas hati. dan semoga semuanya bahagia dan gembira.... aku cuma insan lemah. yg tk layak utk berada di sana... biarkan aku..
(byk merepek tk? inilah ayat org patah hati) hahaha..

Friday, January 21, 2011

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa



hadapi dengan senyuman.. aku slalu dengar lagu ni sambil nanges2... uwaaa... betul.. td, pasang lagu ni, repeat nak dekat 10 kali, smbil layan perasaan, nanges... lagu ni buat motivasi utk aku. tp, dlm masa sekarang ni, aku tk mampu nak senyum pun. pelbagai dugaan dtg melanda. dan hari ni betul2 kemuncak. org kata, sudah jatuh ditimpa tangga. itu yg terjadi pada aku.. 'hadapi dengan senyuman...semua yg terjadi biar terjadi.... ' bleh ke aku senyum? bleh ke aku tenang????
yaAllah, bantulah aku, hambaMu yg lemah..... aku redha. dugaan dan ujian ini dariMu. dan aku rela atas apa yg Kau takdirkan untukku... aku pasrah Ya Allah... bantulah aku....

Saturday, January 1, 2011

suka duka 2010

salam alaik.
sedar tak sedar, 2011 dah berkunjung tiba. 2010 dah berlalu. macam2 aku lalui untuk tahun 2010. dan aku nak klasifikasikan 2010 sebagai tahun yg terpahit utk sejarah selama aku hidup... tak apelah. yg berlalu biarkan terus berlalu. semoga apa yg dah aku lalui mematangkan hidup. dan memberi peringatan kepada diri aku sendiri. setiap kejadian tu, pastinya ada hikmahnya, bukan? ya.. itu yg aku pegang, membuatkan aku masih kuat berdiri dan meneruskan kehidupan seperti biasa. org sekeliling tkkan tahu. dan mungkin tkkan faham dengan apa yg telah aku lalui. tapi, aku percaya, semua ni berlaku kerana kehendakNya.. kerana Dia sayangkan aku...
oklah. dah pjg membebel. skarang masa untuk mengimbas kenangan2 sepanjang 2010...
JANUARI.
-dah punya kereta sendiri. pertama kali jejak kaki ke sekolah dengan berkereta sendiri. ini adalah perkembangan baik. hadiah untuk diri sendiri setelah bertungkus-lumus menghabiskan pengajian dan mendapatkan pekerjaan.
-diamanahkan untuk menjadi guru kelas tingkatan 5. pertama kali diamanahkan menjadi guru kelas. rasa nervous. hahaha... kelakar kan? tp, itulah hakikatnya. mula2 jadi cikgu, rasa macam tk yakin dgn diri sendiri. ntahlah...tp skang, insyaAllah, keyakinan semakin bertambah.. :)
- melalui saat getir. yg terlalu getir. dunia dirasakan gelap. pernah sekali tu, smpai aku terfikir nak bunuh diri. tk sanggup nak hidup lg. nauzubillah. betapa masa tu aku terlalu hina. mujur aku masih dikelilingi keluarga yang menjadi tulang belakang aku. ibu, ayah, akak takkan dapat jumpa org lain yg boleh meggantikan tempat ibu dan ayah.
FEBRUARI
-
kembali bertatih dan belajar berjalan kembali. berlari? belum lagi. apapun, kehidupan perlu diteruskan. aku perlu kuat demi masa depan aku. dan demi ibu ayah tercinta. aku tahu aku mampu lakukan semuanya. aku boleh...
-25.02 birthday aku. rasa dah tua. sebab dulu2 sambut birthday masa belum bekerja. keadaan sekarang dah berubah pula.. aku tetap dapat hadiah birthday dr keluarga tersayang... waahh.. malu rasa. hehehe.... apappun, aku rasa sangat dihargai dan tetap diingati. tk lupa juga kwn2 kat fb yg byk wish birthday aku.
MAC
- kehidupan semakin tenang. alhamdulillah. aku yakin Allah sayangkan aku. dan kerana itu ujian dua bulan sebelum ni diturunkan kepada aku. aku terlalu yakin untuk itu. dan aku tak pernah rasa aku dapat setenang sekarang.
APRIL
- kehidupan sebagai guru semakin serasi dengan diri aku. aku dah mula aku 'betul-betul' cikgu sekarang. dah tak heran lg bila students tegur kat luar. dah tk kisah lg bila sedara mara panggil aku 'cikgu'..
- aku mula melupakan titik pahit dalam diri. biarlah yg berlalu. biarkan. kata ibu, aku kene kuat utk adik2.. utk ibu ayah juga. ya, aku akan terus kuat!
MEI
- ingat lagi. tarikhnya 17 mei. 16 mei hari guru kan? ok. 17 mei. aku ke sekolah. sepatutnya ada sambutan hari guru ari tu. tp, aku tk berpeluang pun nak menghadiri sambutan tu. aku tersangkut dek kemalangan. pagi2 tu aku keluar, then, aku stuck kat highway sebab accident. camane bleh jadi? disebabkan sebuah motor yg tk berlampu di hadapan... ok.jadi, aku ni dah dkt, br perasan ada motor.. faham2 laa kan, pagi2 buta.. gelap lg.. aku dah gigij ke sekolah. inilah padahnya. aku nak potong motor tu. ntah macam mana, motor tu masuk ke lorong kanan jugak.. ape lg, tgh2 laju tu, ape cara utk aku elakkan motor tu? ye.. aku debushhh ke divider... best.. kete trus terpusing 360 darjah.. haha.. lps terpusing, aku dok konfius, sama ada aku melawan arus atau tk.. rupa2nya tk. 360 darjah ok.. haha.. kenangan yg tk mgkin dilupakan. yg plg best, aku bawak kete ke tepi, call ayah. tk lama ayah dtg, dtglaa plak kete peronda lebuhraya tu.. dorg pun amik report, tolong transfer sume brg2 aku ke dlm kete ayah, sbb dorg nak bwk kete aku ke bengkel. ok. masa bukak bonet blakang tu, (biasanya penuh ngan kasut jer), then baru aku perasan ada hadiah plak.. from my parent n my beloved sis... 'happy teacher's day' to me.. uwaa... memang aku nak melalak... mujur ramai org masa tu..aku tk ke sekolah. dan hariku dihabiskan dengan menyetelkan hal kereta.
JUN
aku ingat lagi. 26 Jun 2010. tarikh aku lapor diri untuk PLKN.. aghhh.. beban-sebeban-bebannya- bg aku laa.. bayangkan, uno aku dah tua.. tapi, aku masih dipanggil ke PLKN. hadir tanpa gagal. tapi, tahniah sgt utk aku jugak. kerana berjaya menamatkan gelaran pelatih PLKN. tk disangka2.. hahaha..tension sgt2.. bila dipanggil PLKN, dan kes ni tk pernah lagi terjadi dalam sejarah cikgu2 Malaysia. bila kol kpm, kpm pun lepas tangan. dorg sendiri tktau nak bg status ape. aku pun main redah je. tp dalam hati ada jugakla cakap, kalau gaji aku kene sekat, aku nak ngadu kat nutp. ini adalah satu penganiayaan. gile ke.. aku nak bayar kete pakai ape.. air liur? haha.. tp, alhamdulillah, berkat kesabaran, gaji jalan mcm biasa.. dan aku jugak dah tk pening lg nk fikir pasal PLKN. haha
JULAI
masih di PLKN. stress yg melampau. bila gelaran 'cikgu' dikatakan menjadi punca aku sebagai seorang yg biadap di sana. aku rasa aku dah merendahkan diri serendah-rendahnya, untuk membiasakan diri dengan gelaran pelatih yg kawan2 sekeliling aku adalah budak belasan tahun yg ada ramai tak habis sekolah pun. tk pernah terniat pun nak meninggi diri, nak berlagak dgn degree yg aku ade. dgn kerjaya aku sebagai seorang guru. tp, manusia, pasti ada je yg tk kena. aku pula dikatakan bersalah. berlagak dengan status yg aku ada. ye ke? tk tau di mana silapnya. then, lps ni, tk perlu panggil lg graduan2 sertai PLKN. ataupun lantik guru2 PLKN dr kalangan mereka yg ada master. mcm tu ke? haloo.. aku pakai baju biru. sama dgn pelatih lain. jam 5 pg aku dah bgn. sama seperti pelatih lain. nak ke padang kawad, aku berkawad. sama seperti pelatih lain. kene denda pumping semua aku buat.. ada aku kata 'aku cikgu, aku tk bleh buat' ada akau kata, 'aku ada degree, aku tk perlu pumping'.. adaa???? tak ada bukan.. so, aku cuma mengikut arahan.. aku ke kem pun bukan aku nak, tapi, setelah terpaksa rela. hohoho.. lantak korangla nak kata apa. janji aku dah selesaikan khidmat aku untuk negara.. walaaaaauuuA.. hhahaha...
OGOS
berpuasa di kem PLKN. lama gile aku tak beratur nak amik nasi untuk buka puasa. rasanya last dulu zaman kat seri bentong, nak bukak puasa, masa form 5.. tp, ini dah berulang semula. yg best sgt aku rasa, dpt jemaah tarawikh tanpa gagal. lagi best, dpt buka puasa tepi pantai, singgah masjid, wat tarawikh.. pastu, bila balik kene denda sebab tk solat 20 rakaat mcm masjid buat. 8 rakaat kitorg dah naik bas. komandan kem mengamuk, dendanya sume kene wat qiyamullail malam tu. mujur jugak die tk suruh kawad tgh2 malam. kang ada yg berkawad dengan hantu cina. hahaha
SEPTEMBER
kesengsaraan tinggal di kem bakal berakhir. tgk org tk puasa yg sepatutnya puasa pun bakal berakhir. aku tak faham dengan remaja sekarang. puasa pun jadi bahan mainan. suka hati je nak puasa ke tak... boleh bgn sahur, lepas tu, siap tapau, senang nak makan siang..balik rehat pukul 10 semua berkejar ke bilik, bukan nak tido sekelap, tapi makan biskut setin. berdosa tak aku yg duduk sebilik ni ek? bila ditegur, uih melenting menjawab 'kubur lain2... kalau aku mati, bukan susah kan ko pun, bapak aku yg beli kain kapan'.. hohoho.. maka aku dengan rendah dirinya, tkkan menegur lagi. makanlah adik2.. silalah makan... nanti time nak buka, muka kaulah yg paling letih macam tk makan 2 hari...menyedihkan. aku harap, masih ramai generasi muda yg lebih baik dr yg pernah aku jumpa. amin.
tamatnya seksa di kem. ini lagi satu kelegaan.. apa yg aku dpt rumuskan, kem PLKN ni bukanlah tempat yg selamat utk ibu bapa tinggalkan anak2. anak2 yg separa dewasa ni sebenarnya dah matang. dah boleh berfikir mana baik, dan mana buruknya. tp, ntahlah. pengaruh kawan memang musuh paling bahaya. aku taktau di mana silapnya. bergaul dengan adik2 remaja yg mudanya bertahun2 dr aku, banyak buat aku berfikir. aku yg terlalu tua, lantas pemikiran tak sama dengan mereka, atau aku terlalu skema, lantas tak punya pemikiran seperti mereka? apapun, aku bersyukur dengan masa remaja aku. yg buat aku jadi seperti sekarang. lebih menghargai kehidupan yg ada kini. tp, kadang2 aku juga sedih. masuk ke kem PLKN, tp aku rasa aku macam masuk ke dunia lain. dimensi lain. pentadbirnya barisan pertahanan negara. tp, mereka yg merosakkan. ouh, aku tk kata semua. hanya segelintir dr mereka. menggunakan title dan pangkat utk mendapatkan apa yg dihajati. lantas isteri yg jauh dr diri dilupakan, remaja separa dewasa jadi mangsa melampiaskan nafsu. kata remaja2 ni, aku dengki. hahaha. aku cuma mampu ketawa. dengkikah aku? adik2, aku kasihankan mereka. kasihankan ibu bapa mereka. hantar ke kem ingatkan anak mereka dijaga sempurna. tapi.... memang patutlah munculnya pepatah 'harapkan pagar, pagar makan padi'... taktau di mana silapnya. dan aku cuma rakyat yg kerdil. cuma mampu memerhati, dan bermain dengan emosi. yg salah ramai penyokongnya. jadi mereka tkkan nampak bersalah. aku pasti masih ada yg tahu mereka salah. nantikan ajer balasanNya kelak...
OKTOBER
kembali ke rutin harian. ke sekolah. menjadi tenaga pengajar anak2 didik yg dahagakan ilmu. alhamdulillah, aku terlalu rindu dengan rutin ini. biarpun aku tension bagaimana sekalipun, aku tetap bersyukur. biarlah aku tertekan dengan kerjayaku, namun untuk aku kembali join PLKN, ohh tidak. cukuplah sekali... aku cuma mampu senyum sendiri.
NOVEMBER
mula bercuti. merehatkan fikiran setelah setahun bergelar pendidik. tapi, cuti tk macam cuti, kerana aku memikul amanah lain. aku perlu mengawasi peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah agama di daerahku... lain sungguh pelajar2 ini nak dibandingkan dengan pelajar2 aku. yerlah kan, biasanya setiap hari aku cuma nampak skirt biru dgn kemeja putih. tapi, hari2 peperiksaan ni, nampak kain hijau dengan tudung labuh serta songkok. bersihnya air muka budak2 ni.. permudahkan lah mereka menjawab soalan SPM kali ini. aminnn.
DISEMBER
berkumpulnya semua adik beradik di rumah. rumah yg biasanya dipenuhi suara dr televisyen kini dah berubah. tiuh rendah suara kami bergurau, tawa mesra dan bergembira. bukan senang nak berkumpul begini. alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bersama lagi...