sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Tuesday, December 8, 2009

baitulmuslim

pg td duty di sek jam 10.30-1.00ptg...agak terkejut bila balik dr sek td, dapat khabaran dr seorg rakan bahawa rakan sekuliah kami telahpun mendirikan baitulmuslim dgn seorg lelaki, jodohnya..tk dengar apa2 khabar sebelum ni, agak tersentak juga aku. namun, ini lah yang dinamakan jodoh..dan yg paling penting, kita merancang tapi Allah yang menentukan... Tahniah buat Seha dan suami...Selamat pengantin baru,smoga kekal ke akhir hayat..seha, semoga mampu menjadi isteri yg mithali dan ibu yg penyayang..insyaAllah...Terima kasih atas jemputan kenduri... Akan dipertimbangkan kehadiranku.. :)
Baitulmuslim. kaitan yg terlalu rapat dengan jodoh. Jodoh pula berkait rapat dengan ketentuan Allah. Ketentuan Allah pula berkait rapat dengan usaha, doa dan tawakal. aku tiada jawapan utk setiap yang menyoal 'ko bila lg nk naik pelamin?'... jawapan sebenarnya ringkas je. bila2 aku boleh naik pelamin... sape yg kawen, ada pelamin, bleh aku tumpang naik...tp, kalau aku jawab mcm tu, for sure aku yg kene pelangkung kan? ekekeke... (dila, sila jgn pelangkung aku).. hmm... soalan yg senang, tp, jawapannya sangat subjektif. ye, aku memang single sekarang..dan aku tak nampak lagi bila aku akan mendirikan baitulmuslim... hajat di hati memanglah ada, tapi, mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku ikut jejak-jejak korg2... do'akan jela aku ok?? mana yg offer nak carikan aku bf tu, tq byk2...hihihi... apepun, aku dah bosan dgn zaman boyfren-gurlfren ni sume (bosannn???.uwekkk rasa nak muntah..mcm laa slalu sgt aku bercinta..hahaha...) tak. sebenarnya bukan bosan. bosan lebih sesuai kepada jemu terhadap sesuatu yang dah biasa kita lalui kan? aku tak biasa. maksudnya, bukan bosan.. hahhaa.. ok. aku tak berminat untuk jadi gurlfren sape2...sbb matlamat aku skrg, klu ada jodoh, aku nk bina baitulmuslim. bukan utk kapel2 lg. sila faham kwn2 (dila, faham ye...ekekeke)...klu aku nak kapel, nanti aku akan ada je perkara tak puas hati dgn si dia...dan bila status aku sebagai 'gurlfren', aku takkan teragak2 untuk memandang lelaki2 lain dgn niat untuk mencari yg terbaik.. sbb tu aku taknak gelaran 'gurlfren'..sebaliknya aku nak kan gelaran 'bakal isteri'.. hahaha... tp kan, ada lagi ke zaman skrg ni yg tknk bercinta... yg nak kenal kejap, pastu kalau rasa tkde halangan, trus prepare nak kawen?klu dulu byk kan? skrg ni camane ek??? hmmm....:P
aku tak berharap tinggi sangat. aku sedar diri. terlalu byk kekurangan. doa tetap doa. ada tak ada, itu ketentuan Allah... apapun, aku terima dengan redha...insyaAllah....

Sunday, December 6, 2009

pengantin itu bisu~

pagi tadi aku beraksi seperti anak dara yang sangat baik, yang diidamkan oleh bakal2 mak mertua...wahahaha.... (ayat tak menahan).. hmm..pg td sekali lagi aku ikut ibu ke kenduri rumah cik nah.. di mana, biarkan aku rahsiakan saje... sebenarnya rasa serba salah jugak sebab semalam malas nak ikut ibu ke rumah cik nah... kesian cik nah datang rumah siap cari aku kat dapur, jemput aku ke kenduri rumahnya. oleh kerana perasaan bersalah tu la, aku cover, jd pergi ke rumah cik nah pagi2 lg... lepas sarapan, trus ke dapur. menyibuk2 di celah2 makcik2 yang otai gile masak pengantin.. hahaha.. aku pun buat2 terer jer... sekali dorg mintak air kapur untuk gubah buah, aku pun tunjuk handal buat air kapur satu tupperware sederhana... skali antar kat dorg yg sedang menggubah buah, aku kene gelak... mana nak cukup yang oii... buah ni banyak.. mana laa aku tau... hahaha... aku tak tau pun apa fungsi air kapur tu...last2 kene buat air kapur lagi skali..kali ni buat satu besen besar. baru puas hati. rupa2 nya air kapur ni tujuan nya taknak bagi buah2 yang dah dipotong tu layu dan agar buah2 tersebut kekal rangup... baru laa anak dara ni tau.. hahaha...
sbb ramai sangat dah mengerumuni bahagian buah, jadi, aku terpaksa membatalkan niat utk belajar menghias atau menggubah buah utk meja pengantin. malas laa pulak nak bersesak2.. biarla makcik2 yg otai ni truskan kerja mereka. akhirnya aku melabuhkan punggung kat tempat dorg siang sayur (siang ke?? potong2 laa lebih kurang) nak buat sayur campur untuk hidangan pengantin.dah siap potong2 sayur sambil bergosip (agenda wajib makcik2 di dapur... layankan aje, walaupun aku tak kenal pun sape2 yang mereka bicarakan... tugas aku cuma angguk2.. geleng2... ahahaha) ok laa tu kan?? makcik2 ni pun saje suka bercerita je.. walaupun aku tak paham, layankan aje...dah siap potong2 sayur, skali lg tuan rumah suruh makan... makan lg..klu sarapan tadi mkn nasi lemak, kali ni makan nasi impit plak... pencecah nya...macam2.. ada gulai, ada kuah kacang, ada sambal ikan bilis.. pilih je mana yg berkenan di hati... ini pulak kalau duduk dapur, kerjanya tak henti2 mengunyah...
siap makan, dorg punggah sume bahan untuk buat bergedil pulak.. ini kali pertama aku lihat sendiri cara buat bergedil...kali pertama tengok, for sure laa tak pernah buat sendiri kan??? hahaha... tp, kalau makan bergedil, tk usah tanya...dah banyakkkkkk kali, tk dapat nak kira... hahaha...aku bersama2 makcik2 yg otai2 ni buat bergedil dr mula sampai akhir... dan kesimpulannya, lusa aku nak try buat sendiri kat umah... hihihi...best plak g kenduri camni dapat belajar masak mende2 yg rasa mampu dimasak cuma tak berapa reti nak masak..hahaha...
siap2 bergedil, kebetulan makcik2 ni kecoh nak sambut pengantin... tak lama tu, bunyi kompang dipalu... waahhh...pengantin dah datang... kenduri ni kenduri sambut menantu... aku tak lepas peluang menjenguk pasangan pengantin. sama cantik sama padan. pengantin laki memang aku dah nampak dr pg td. hensem orangnya.. pengantin perempuan pun cantik sangat. nampak sempurna. sempurna dari pandangan mata kasar... aku nak capture gambar dorg... tp, br nak mencari2 handphone, aku baru diberitahu, pasangan pengantin tu bisu... aku kan jenis yg cepat emo bab2 mcm ni... trus air mata bertakung kat mata.. last2 aku duk kat ceruk dapur tenangkan fikiran.. terukkan aku bab2 ni? cepat sensitif, cepat emo dan mudah touching bak kata fatin... waaa...bukan apa, aku ni memang jenis low confidence, selalu pandang rendah pada diri sendiri.. jadi, bila tgk ada yg lebih kurang dr aku, aku akan nanges... sesungguhnya Allah jadikan aku lemah, namun tetap sempurna kejadiannya...sempurna untuk aku. boleh melihat, boleh mendengar, bercakap, berjalan...takde ape yg kurang.... tapi, pasangan pengantin itu???
aku btul2 sebak.... td pun rumah dipenuhi sanak saudara pengantin perempuan dan rakan2 pasangan pengantin. majoritinya oku...bisu... dan ruang tamu depan pelamin senyap sunyi, sebabnya mereka2 ni cuma gunakan tangan untuk berkomunikasi..sekali lagi aku jadi pilu. aku memang tak layak nak jadi macam rosman, mengajar pelajar2 kelas khas... waaa... abg man, i tabik sama u! hehehe...
dorg cantik, hensem. sempurna fizikal pada mata kasar. namun, dugaan yang Allah kurniakan pada mereka...hanya mereka yang mampu menanggungnya.. ada beberapa pasangan yg dah dikurniakan anak aku lihat tadi. anak mereka normal atau juga bisu, aku tak pasti. yang pasti mereka gembira. mereka ceria. mereka bahagia. dan tentunya itu idaman semua kita. mahukan keluarga yg gembira, ceria, dan bahagia, bukan? di sisi Allah semuanya serupa.... yang penting bagaimana kita mencorakkan kehidupan dan terus maju ke depan. apa pun rupa kita, apapun kekurangan kita, anggap ianya sesuatu yang positif..pemberian Allah dan tentunya ada hikmah disebalik segalanya...
dah pkul 1.00 sekali lagi aku ke dapur. kali ni untuk makan. best best. makan lauk pengantin ok.. special untuk tukang2 otai2 di dapur yg bertungkus lumus memasak pagi ni.. aku walaupun cuma tolong potong2 sayur n buat bergedil je, rasa puas hati.. hahahha... walaupun tak dihias cantik macam kat meja pengantin, tapi rasanya tetap sama... bestttt... :P

Saturday, December 5, 2009

kawan~sahabat~member~teman~

hmm.. kebelakangan ni, fikiran sedikit kacau-bilau...sedikit rasa tk tenang... atau pun mungkin sbb sejak cuti, aku cuma terperap di rumah.. tak keluar2 ditambah lagi dgn musim hujan.. jadi, aku dah naik jemu duduk di rumah.. maksud jemu di sini bukanlaa sbb aku perlu melakukan rutin harian, tp, sbb lama tk jenguk dunia luar... hmmm..mungkin jgk laa... dan lately ni jugak, aku selalu terfikir dan terkenang kisah2 persahabatan..kisah2 memori2 lama... kenangan2 lampau.. sunyi sungguh ku rasa saat ini..
sebenarnya aku sedih. rasa kehilangan. seorang demi seorang sahabat, teman, member, kawan... seorang demi seorang mula menyepikan diri. tenggelam dalam suasana.. tenggelam dalam kesibukan. tenggelam dalam kehidupan harian. juga tenggelam dalam emosi dan perasaan... dan aku sendiri tak nafikan aku sendiri lebih memilih diam dan sunyi.. jadi adil bukan?
aku sedih. seorang sahabat baik semasa di u dulu...kini telah ada perancangan hidup berdua..dan semestinya aku sebagai kawan baik mula hilang dr ingatan bukan?? segalanya perancangan manis dan aku mula dilupakan. itu yg aku terkilan sangat. apakah sekiranya aku di tempat dia, aku turut melakukan perkara yg sama? melupakan sahabat baik ku sebegini juga? atau mungkin kerana aku yg berstatus single ini menyebabkan aku begitu sensitif???
kalau dulu...zaman kat u... ada masa kami keluar kfc sama2.. hampir setiap sem... setiap kali kekecewaannya, aku dulu dicarinya... die tk lepas utk sama2 posting oktober lepas, aku juga tempat mengadu... dan skarang.. kami semakin jauh... die dah mula merancang masa dpn utk berdua... alhamdulillah.. aku doakan yg terbaik untuknya...walaupun di sebalik hati, aku rasa sedih kerana semakin kehilangan seorang dia....
satu kes lain. dekat tapi jauh. setiap hari kami sembang di ruang maya. tp makin hari, terasa makin jauh... sedih. tentunya. adakah dengan lebih memahami seseorg, kekurangan semakin dapat disingkap, dan akhirnya aku dibiarkan semakin jauh lantaran kekurangan yg terlalu banyak dalam diri ini...aku tak pasti. cuma ku harap darimu sahabat, ampunkan silapku, maafkan keterlanjuranku, dan terimalah aku seadanya. mana yg silap tu, kau perbetulkanlah.. mana yg salah tu, tegur2 lah...
kes lain. rindu sentiasa ada. aku rindu.. lagi2 bila bukak fb n fs... tgk gelagat kawan2 lg dr gmbr2 masing2... semua dah besar pjg.. ada yg dah jd mak org.. ada yg dah jd isteri org... ada yg dah jd ayah org...ada yg dah jd suami org.. ada jugak yg masih single tp not available...yg pastinya tak ramai yg mcm aku. single dan tk nmpk bila nak double...:P apepun status kwn2 aku, aku rindukan semuanya... rindu masa2 lepas.. rindu kenangan2 silam.. rindu kehidupan asrama.. rindu segala-galanya.. dr zaman sek rendah, sek men, masuk matrik, dan akhirnya di universiti... kalau bleh diputarkan masa, tentunya aku tk tau zaman mana yg perlu dipilih utk diulang kerana semua nya terlalu bermakna bg aku..
mungkin kedewasaan kita memaksa kita untuk tidak seperti dulu. untuk tidak mencurahkan apa2 emosi dan perasaan pada kwn tertentu. juga peredaran zaman memaksa kita untuk memikirkan diri sendiri tanpa memandang ke belakang. juga mungkin status dan tanggungjawab kita memaksa kita memikirkan keluarga lebih dr segala-galanya.. mungkin kesibukan yg melanda memaksa masa kita dipenuhi dengan kerja2 dan kegiatan harian yg menuntut lebih waktu dan pengorbanan. apa pun, aku yakin, di sudut hati setiap dari kita, pasti ada ruang untuk mereka yg bergelar sahabat. tk kira apa status sekalipun, tk kisah berjawatan ape skalipun, pasti sahabat ada di dalam hati... terima kasih sahabat. mengenangku dalam hatimu dah cukup bg aku.... salam...

Friday, November 20, 2009

last day~

setelah hampir sebulan berkhidmat di sini, akhirnya tiba cuti akhir tahun. rasanya cuti ni memang dinanti semua yang bergelar pelajar sekolah dan guru-guru... aku yg baru kerja ni pun dah excited nak cuti, ini plak laa klu ckgu2 yg dah lama keje...mesti rasa lapang sangat setelah bertungkus lumus mengajar dan menyiapkan kerja2 perkeranian di sekolah..rasa lapang sangat nak cuti sebulan lebih, then tak payah pening2 fikir itu tk siap, ini tk siap...cuma waktu cuti ni, kene study blk, kene refresh blk ape yg patut... (ini utk freshie mcm aku je)..hahaha... tahun depan, aku mungkin akan mengajar sains tingkatan 2 dan juga kimia tingkatan 4 dan tingkatan 5... kak ana dah siap suruh aku practise dpn cermin utk mengajar tahun dpn... ape2 laa..huhuhu...yg penting aku excited nak cuti... hahaha

Wednesday, November 18, 2009

dinner~

dinner yang sempoi. itu yang dapat aku rumuskan mengenai annual dinner tadi. dari semalam lagi akuA dah sibuk risik pada cikgu2 lama mengenai pakaian yang patut dipakai untuk dinner. mujur juga aku dah diberi warning awal2. kebarung merah terpaksa ku simpan semula. dan mlm ni tadi aku cuma mengenakan blouse labuh hitam hijau dan jeans longgar. tak formal sungguh. itu jerit hati yang tak berapa nak yakin untuk pakai jeans ke annual dinner ni... pergi tadi tumpang kak ana... sekali tgk dress kak ana.. lagi simple macam nak pegi pasar malam... hahaha... rasa aku pun dah beriya. smpai sekolah, kami antara yang awal sampai. kata kak ana, saje sampai awal supaya kami dapat pilih meja.. sampai2, tgk2 cikgu2 cina pempuan nih pakai seluar pendek kat peha jer... adess... konfius gak aku... dinner ke Aape ni ek? hahha... tp, ini lah hakikat. sepanjang tahun, semua majlis adalah sempoi dan simple. no protokol, n no formal. haha... ini lah tempat aku berkhidmat. ..
sambung pasal dinner. makan pada jam 8.30 malam selepas ucapan beberapa org besar sekolah.. haha... ada persembahan nyanyian karaoke oleh cikgu osman... seterusnya tarian bollywood dr pelajar2 smkhl dan tarian cina oleh persatuan murid2 tua smkhl... persembahan diselang seli dgn cabutan bertuah. rezeki aku malam ni, menang salah satu cabutan bertuah... dapat TUPPERWARE. bleh bg ibu ni.. hehehe...ni antara gambar2 mlm ni...dpt snap sikit jer, sbb busy makan :P


kak sal, nad n aku

nad, aku n kak aziah

aku n kak aziah di saat menghabiskan sisa-sisa hidangan

hadiah cabutan bertuah :)

Tuesday, November 17, 2009

first meeting

hari ni attend first meeting utk pertama kali dalam sejarah aku bekerja. hahaha... kerja baru sebulan ada hati nak buat sejarah. ntah pape.. hahaha... k. kembali pada meeting. meeting mula pkul 1 dan abes pada pkul 3.30...ngantuk woo... apetah lagi melihat cikgu2 lelaki yg tanpa segan silu memejamkan mata membuka mulut dan bersandar...(tido dengan khusyuk laa tu maksudnya) ditambah dengan cuaca yg tak berapa nak suam2 kuku... hahaha... semua lebih dr 110 org guru berkumpul di bilik mesyuarat tadi.. ramai jugak cikgu sek ni...huhu... pelbagai isu dibangkitkan terutamanya post mortem bahagian disiplin utk sepanjang thn 2009 ni. selain tu, jadual bertugas utk cuti ni juga diedarkan kepada kami.setiap guru akan bertugas utk 2jam setengah sepanjang cuti.hahaha... aku kene bertugas pada 7dis jam 10.30am smpai 1.00pm... abes meeting aku terpaksa tunggu sbb aku salah seorang yg dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru kelas Tingkatan 1 2010.. jadinya, aku secara tak langsung akan bekerja awal seminggu dr guru2 lain utk menguruskan orientasi pelajar2 tingkatan 1 ni... adesss....

Monday, November 16, 2009

esok..esokk...esokkk...dan esokkkk lagi...~

hari pertama untuk minggu ke4 aku bergelar pendidik... pagi tadi perhimpunan buat kali ke2 untuk aku... musim exam dah abes, jadi pelajar yg ke sekolah tak sampai setengah dewan... lusa spm... gud luck utk adik tersayang, alang... semoga dapat jawab spm dgn hati tenang dan semoga dapat menjawab semua soalan.. akak doakan alang berjaya...
esok aku akan attend first meeting aku di smkhl..mungkin meeting mengenai jadual tugas semasa cuti kot... cuti??? waa...tak sabar btul..tggal 4 hari lagi aku akan bekerja secara rasmi... hahaha... tk sabar nye nak mkn gaji buta... bleh ke ckp macam tu??? ishhh...tk bleh2.... hahaha...
tadi kat sekolah, rasa macam takde rehat langsung. esok hari terakhir aku kene siapkan PEKA budak2 form 4... tadi pulun punya pulun, siap jugak satu kelas... tggal satu kelas lg.. esok wajib dipulun... hahaha.... lusa aku nak rehat...mlm lusa ada dinner...:P
esok selasa...pastu esokk lagi, rabu, pastu esokkk lagi, khamis, pastu esokkkk lagi jumaat... pastu cutiiii...yeay! (tak sabar, mengalahkan student plak)

Friday, November 13, 2009

Jumaat.

Jumaat. hari terakhir untuk minggu ni. hari terakhir orientasi aku sebagai guru sandaran siswazah terlatih. hari kecemerlangan sekolah. hari aku pulang ke kampung... dan semestinya hari yang amat meletihkan... hahaha...
sedar tak sedar, dah tiga minggu aku berkhidmat di sini. di sekolah yang agak asing bagi aku.. dan alhamdulillah, setakat ni segalanya berjalan lancar.
pagi tadi hari kecemerlangan sekolah. dirasmikan oleh pengerusi pengelola sekolah. jarang sekali aktiviti di sekolah aku ni jemput pegawai ppd untuk merasmikan apa2 majlis. sebaliknya hanya pengerusi pengelola sekolah yang akan merasmikan semua aktiviti2 yg dirancang sekolah. agak menghairankan aku bila semua berada dalam keadaan relax je walaupun hari anugerah ni dikira sebagai salah satu program tahunan yg patut diberi penekanan. tapi, dr pemerhatian aku, baru pagi tadi lah pelajar2 angkat kerusi masuk ke dewan, susun dalam dewan... jam 8 pagi, meja pendaftaran dah bersedia berbaris menanti kehadiran ibu bapa... tp, jam 8 juga laa pelajar kelam kabut angkut kerusi masuk dlm dewan.. hahaha... kelakar pun ada. jam 9 ibu bapa dah ada yg hadir. dan jumlah nya boleh dikira. tk sampai 30 orang aku rasa. pelajar lebih dr 1000 org, tp, ibu bapa yg hadir menunjkkan seolah-olah sekolah ini berstatus sekolah kurang murid plak. hahhaa...
satu yg menarik perhatian aku. pelajar yang mengambil hadiah mesti diiringi oleh ibu bapa. sedikit penghargaan untuk ibu bapa yang tak jemu-jemu mendidik anak... langkah anak ke pentas ditemani langkah ayah mahupun ibu. dan ini benar-benar membuat dadaku sebak sekali... terimbas zaman sekolah dulu. rasanya klu hari kecemerlangan mcm ni, aku lah insan paling gembira.. tak kisah laa walaupun hadiah yg kuperoleh cuma bekas pensil atau pun buku... kenapa ek dulu2 masa aku sek, tkde pun budaya mak ayah ikut anak naik pentas pastu bergambar, berposing sakan.? aku yakin, klu laa aku yg jd dorg, naik ke pentas bersama ibu ayah.. mesti air mataku tumpah...hahahha... susah betul org sensitif nih...
jam 10, aku dah berada di kantin menjalankan tugas sebagai AJK Jamuan Ibu Bapa... order cuma 100 bungkus bihun goreng... sekolah ni dah arif mengenai kehadiran ibu bapa pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 membosankan ini. cuba kalau buat konsert, sekolah boleh kutip lebih dr rm1 juta lg...tunggu2 masa jamuan, adala dalam 20 orang parents yg datang.. last2 abes sume bihun bagi je kat student yg ada kat kantin tu...sembang2 dgn cikgu2 ni, memang inilaa budaya nya... pibg pun tk ramai yg datang.. cuma kalau mintak duit ape2, memang tk ada masalah sangat.. biasala org cina..kan kaya...

Monday, November 9, 2009

perhimpunan~

pagi tadi, aku join perhimpunan utk kali pertama setelah 2 minggu aku di sini..mgu sebelum ni bdk2 ni exam jd tk dpt nk adakan perhimpunan.. first time jugak aku melangkah ke dewan sekolah yg dibangga-bangga kan... mana laa dorg ni tak bangga, semua hasil titik peluh dorang cari duit, kumpul dana, macam2 lagi laa untuk bina dewan ni...bangunan sekolah, peralatan sekolah sume bukan dr pihak kpm... semuanya hak sekolah atau lebih tepat jawatankuasa pengelola sekolah... memang besar dewan sekolah ni... bleh muat semua lebih 1000 pelajar dlm satu masa...sekarang ni plak dorg tgh bina dewan kuliah 2 tingkat utk kegunaan student..dgr kbr taun dpn dorg nak tarik bbdk form 6 sek sini...tktau laa ppd luluskan ke tak...ini jugak first time aku dgr sekolah ada dewan kuliah.. aku tk tau laa ape perasaan aku... bangga ke? entah. tak pasti.
perhimpunan tadi. tak dimulakan dgn doa. rasa janggal plak. yela kite kene ikut majoriti. majoritinya cina. jd tk perlu doa. doa dlm hati je. aku pun nnt kene biasakan keadaan ni. sebabnya mmg dah feel aku, masuk klas, salah sorg pelajar laki kene imamkan bacaan doa. tk dapat truskan budaya ni utk beberapa tahun selagi aku di sini.
sambung pasal perhimpunan tadi. juga tak dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku tu sume. juga tak dimulakan dgn ikrar. tp dimulakan dgn ucapan guru bertugas. heran. pelik. tp, ini budaya sekolah. kene terima, inilah sekolah tempat aku berkhidmat.. lepas beberapa org guru berucap, tibe giliran sorg cikgu cina berucap. aku tak tau sape nama die. ramai lg yg aku blum kenal. susah nye... hmm.. yg menariknya, cikgu ni promote tiket konsert. konsert yg akan diadakan pada cuti sekolah ni. bertujuan utk kutip derma dan dana utk menyiapkan dewan kuliah sekolah dr segi facilities... aircond, wiring... for sure laa konsert lagu2 cina kan. org cina ni kan kaya raya. rm50 harga tiket tu apela sangat... pastu akan diadakan juga pertandingan nyanyian superstar... gile tol, inilah first time aku g sek yg berbudaya hiburan nih... hahaha...
sambung pasal perhimpunan tadi. dah habis pengetua berucap, barulaa nyanyian lagu negaraku. diikuti lagu negeri pahang. seterusnya lagu malaysiaku. patriotik ok...:P.. dah abes nyanyian, sila berikrar..dah abes ikrar, guru2 sila keluar...wahahaha... itulah serba sedikit kisah perhimpunan di sini.

Wednesday, November 4, 2009

kerja baru...

walaupun aku blum dpt jadual secara formal... tetap gak kena isi borang penilaian prestasi..padan muka aku reka...dah laa reka..menipu plak tu.. kesimpulan: SKT yg dirancang dicapai dgn jayanya... hahaha...sabor jelaa...
hmm... dalam pada bizi mengisi borg SKT tu, aku juga dah diberi keje baru. tugas baru. tanggungjawab baru. kene siapkan fail peka utk 2 kelas tingkatan 4.. kadang2 aku jd rimas. aku tak berapa nak suka menyambung kerja org yg tk berapa terurus. aku jadi pening. aku jadi serabut. mujur hati ini baik mengalahkan sifat amarah dlm diri..heheh... aku teruskan juga..mudah. simple. tapi, menyakitkan hati sebab masa ni laa baru nak buat fail peka... selama ni apesal tk buat? takkan nak tunggu aku datang baru nak buat??? waa... aku memang betul2 hot... aku tak tau laa...aku tak suka bila org peningkan kepala aku yg sgt senang utk pening nih... aku tk kisah nak tolong sape2 pun, tp kenapa kerjanya berterabur..arahan plak tk jelas... tu yg buat aku hot tak menentu..
minggu ni banyak habiskan masa di makmal keseorangan. tp ada jugak 2 hari aku ditemankan pembantu makmal, kak chik yg baru aku kenali.. sembang ngan kak chik pun seronok.. jiwa die muda lagi, walaupun umur dia jauh berusia dr aku..mungkin sebab die blum berkahwin...jadi senang nak ngam...dr kak chik, macam2 gosip, macam2 cerita dapat aku selongkar.. heheh... banyak lagi yg aku tak tau rupanya... bangunan sekolah dan segala kelengkapan sekolah adalah hak milik pengelola sekolah dan kpm tidak masuk campur sama sekali. bil air dan bil api dibayar menggunakan duit sekolah dan kpm tak berhak persoalkan kenapa setiap kelas ada sampai 6 biji kipas. setiap blog dilengkapi lebih 5 cctv.. dan menyebabkan kes calar kete cikgu dah kurang sebab budak2 tk tau lokasi cctv berada...yuran pibg perlu ditambah rm50 drp jumlah bayaran sebenar utk menampung duit sek... pelajar dibenarkan bawa kereta ke sekolah, dan parking khas utk pelajar turut disediakan... sek dah lama tk terima guru baru kecuali mulai tahun lps ckgu baru poating ditempatkan di sini... cikgu2 kat sini ok, cuma akan bermasalah dgn pelajar. jgn buat pelajar. tegur sekadar tegur. dorg dengar tak dengar lain cite... jgn sampai pelajar berdendam dgn cikgu...jgn biar pelajar dtg rumah cikgu utk balas dendam..
kadang2 aku terfikir mampu ke aku jd cikgu yg baik kalau sikap pelajarku sebegini...ditegur akan didendam, dimarah akan didendam, apetah lg klu terpukul tercubit syg tu... entahlaa... bukan aku tk bleh nak menggarangkan diri atau lebih tepat jadi guru disiplin yg digeruni...tapi, aku tkmau...tkmau pelajar ikut ckp aku kerana tkt kan aku..aku nak pelajar ikut cakap aku sbb dorg ikhlas nak menuntut ilmu...adess...berat sungguh dugaan ni...

Monday, November 2, 2009

masa berlalu~

sedar tak sedar, dah seminggu aku bertugas.. aku sudah mula menyesuaikan diri dan cuba mengingati beberapa nama guru..walaupun masih bermastautin di bilik kaunseling, ada jugak kadang-kadang tu aku ke bilik guru..paling tidak pun carik cikgu utk anta paper exam...
bosan jgak bile musim exam nih.... ngantuk woo jg exam.. :P hihihi...
pagi tadi terpaksa tumpang kak ana ke sekolah..sebabnya hujan... tak dapat nak naik kenderaan dua tayarku itu ke sekolah... mujur laa kak ana jiran aku jer.. tak adalaa aku melilau nak cari sape yg bleh aku tumpang ke sekolah.. bila agaknya aku bleh pakai kenderaan 4 roda ek?? surat tawaran kerja pun tk sampai2 lg... adehhh... lambat laa gaji masuk...
tadi, surat lantikan pengawas spm pun aku terpaksa pulangkan pada guru asalnya. sebabnya aku tk layak utk jd pengawas spm. mujurlaa kami ni berminat nak tanya pada pihak pentadbir status kami utk menggantikan guru yg mengawas spm.. heheh... satu masalah selesai.. byk sebenarnya yg aku fikir kalau ditakdirkan kami terpaksa menggantikan guru2 kat sek tu utk awas spm.. masalah first, masalh kenderaan. takkan laa aku nak merempit dr sini ke paya pulai... jauh woo.. lagi2 musim hujan skang ni.. alhamdulillah laa... Allah dah permudahkan segalanya untuk aku..

Tuesday, October 27, 2009

hari pertama..

walaupun secara rasminya aku bergelar guru semalam, namun, hari ini merupakan hari pertama aku ke sekolah.. daftar diri di pejabat pengetua, kemudian berjumpa gpk 1... ada 2 org guru baru dr upsi ditempatkan di sini. nama pun sek cina, jd pentadbir2 utama juga dr golongan berbangsa cina.. sek ini bukan dibawah kategori sekolah menengah harian, sebaliknya di bawah kategori sekolah bantuan kerajaan.. byk yg aku blum tau, blum faham.. tp, mungkin disebabkan sekolah ini sekolah bantuan kerajaan menyebabkan sekolah ini terpaksa menukar smjk(c) kepada smk.. hurmm... lps jumpa pengetua dan gpk 1, aku terus diberi jadual relief..(erk...hari pertama dah dpt relief????) heheh.. then, gpk 1 bwk aku ke bilik guru...oleh kerana kemasukan kami pada akhir tahun dan bilik guru dah sendat mcm sardin, aku hanya diberi menumpang di meja salah seorg guru sesi petang... (dr praktikal dulu, keje aku asyik menumpang...waaa :( )
berkenalan dgn warga bilik guru. meja dalam ni disusun mcm dlm grup..ada 4 org satu grup.. sebelah aku teman baru ku, sama posting dgn aku , nadya.. dpn aku, seorg cikgu lelaki, cikgu azhari,(sek cina... meja2 guru pun campur jer laki pempuan..mujur aku ni profesional..hahaha) dan di sebelahnya seorg guru gstt, kak mas... hmmm... inilah permulaan episod hidup baru aku...brapa lama aku di sini blum diketahui lg...
semoga hari2 di sini aku dapat lalui dgn tenang... dan berjaya menjadi seorg guru yg baik... aminnn~

Monday, October 26, 2009

new life begin~~

hari permulaan kepada kerjaya aku...semuanya bermula di sini.. lapor diri di btpn pahng di beserah, kuantan..aku sampai tepat 8.10 pagi dengan menumpang kereta ina setelah bermalam di rumah fara..
sesi hari ni dimulakan dengan taklimat oleh pegawai bahgian pengurusan sek men, diikuti taklimat ketua sektor jpn...dan akhir skali taklimat dan majlis penyerahan penempatan oleh pen pengarah jpn pahang..
dr pg lagi, semua guru2 gsst nih berdebar2 tk tentu hala nk mengetahui tempat bakal dipostingkan... kata peg2 yg bg taklimat tu,kali ni penempatan tkde di pedalaman..plg jauh pun kat laut china selatan (pulau tioman)...atas bukit (cameron highland)..heheh...dlm pada tu, aku sendiri tk keruan... mcm mana laa agaknya tmpat aku akan dipostingkan nnt...waaa...
tepat jam 11.45, sesi penyerahan surat penempatan diadakan..macam ambik sijil plak..sorg2 naik pentas ambik surat..hehehe... dan bila namaku disebut..aku mula berdebar2..heheh... turun dr pentas, maintain lg...sampai jer tempat duduk trus bukak...dan tnpa disangka2, aku telah diberi tggungjawab utk mengajar sebuah sekolah cina berdekatan dgn rumah ayah di mentakab... adess... sgt tk sangka aku akan ditempatkan di smkhl...tkpela..yg penting cabaran baru bermula... habis sesi penyampaian surat penempatan, sesi bersama pen peg ppd plak diadakan.. utk daerah temerloh cuma 8 org sahaja yg terpilih..heheh...semua yg dtg posting di pahang pada hari ni ialah 146 org guru.. pen peg ppd tu siap perli aku lagi... kata nya..senang laa awk, nnt golek2 jer pegi sek..amboi... mentang2 laa rumah aku atas bukit..sek bwh bkt, die suruh aku golek2 jer pg sek...hahaha...
habis sesi perjumpaan blum smpai pkul 1.. terpaksa tggu ina..sebab menumpang kan..heheh...ina n fara dpt daerah kuantan..aku ngan haina plak daerah tmerloh.. hmm... siap2 jer, trus ke rumah kakak ina.. kakak ina mmg best..siap pelawa mkn tghr umah die..hihihi... blk trus ke mentakab... ayah dah siap2 angkut barang aku dah... skarang aku di mentakab sambil mengemas ape yg patut...
camane laa esok ek????ermmm....

Thursday, October 22, 2009

dedicated to my mum and dad...

saat aku tertawa
di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

lagu merindukanmu ni lagu indon..sejak aku layan sekar ngan ibu, lagu ni dah aku knal.. baru je knal lagu ni :P.. kadang2 bila nyanyi2 lagu ni... mcm sesuai je nak dedicate kat ibu ayah... mungkin laa lagu ni sebenarnya direka utk pasangan kekasih..tp, bg aku.. ini utk ibu dan ayah.... aku akan selalu merindukanmu... :P
hmm... skarang ni aku cuma menghitung hari... menghitung hari utk bergelar seorang guru... agak2 sek mana laa aku akan ditempatkan.. mood rajin utk mengemas blum melanda diri aku.. malas btul rasanya.. nnt dpt kejutan kat kuantan nnt, baru aku tau nk melompat kelam kabut kot.. hahaha... harap2 dpt laa dkt2 jer.. aku mmg tkde mood nk bermastautin jauh2 ni..walaupun dah conform aku dpt dlm pahang.. hehe..
beberapa hari ni jugak, masa aku dah semakin kurang... dah tk dpt nk spend masa utk kwn2 maya yg selalu menemani hari2 aku... klu korg ada terbaca blog ni, pasti korg faham mengapa aku menyepi kan... masa utk aku dah tk sama mcm dulu lg.. harapanku moga persahabatan kita kekal biarpun tk dpt bersua seperti hari2 yg berlalu..contactlah aku klu ade masa k... :P
kenduri rumah jiran aku pun dah dekat harinya. sabtu ni.. dan aku semestinya busy berulang ke rumah cik tie... byk keje nk tolong..dan masa utk diri aku sendiri semakin sempit.. :)

Saturday, October 17, 2009

menipu...ditipu...penipuan..????

kadang-kadang aku jadi lemas... lemas dengan kerenah manusia yang terus dengan penipuan... kenapa penipuan mesti ada untuk meneruskan kehidupan? adakah dengan menipu itu dpt menjamin sesuatu di masa akan datang?? aghhhhhhh... sungguh aku tak faham... memaafkan itu mudah... tp lukanya belum tentu terubat....
aghhh... apa ni???? kenapa dengan aku??? hahahaha... something happen today... dan aku tau aku alergik btul dgn apa yg terjadi.. biarlah aku tk catitkan di sini..kerana nnt lukanya semakin parah... aghhhhhh....

Wednesday, October 14, 2009

aku bakal dipostingkan.... alhamdulillah....

surat penempatan dah ku terima... alhamdulillah, rezeki aku di pahang.. masih berdekatan dgn keluarga tercinta. walaupun aku blum tau sekolah mana aku akan ditempatkan, aku tetap bersyukur. ayah insan paling gembira aku rasa. ibu mungkin tak kisah aku dipostingkan di mana, tp kegembiraan mereka aku dipostingkan di pahang tk dpt disorok lg...ayah peluk aku dgn penuh gembira...namun, terimbas sebuah kenangan di mana ramai sahabat yg tak bersetuju aku mohon posting di pahang... kata mereka aku anak manja.. masih mahu duduk di celah ketiak ibu ayah.. tk kurang juga yg membayangkan kesusahan utk mendapatkan jodoh pabila aku ambik keputusan mohon posting dekat dgn keluarga.. "hidup kamu nnt akan terkongkong...susah nak dapat jodoh klu duduk dkt ngan famili..nnt lelaki ingat kamu tk pandai berdikari", itu kata2 seorg drp rakanku...
aku punya sebab tersendiri utk aku berdekatan dgn keluarga terutamanya ibu ayah... aku nak berbakti pada mereka sementara aku masih punya ruang dan kesempatan... hal2 jodoh, biarlah aku serahkan segalanya pada Allah... andai ditakdirkan ada jodohku nnt, semestinya aku perlu mengikut suami... dan adakah ruang dan kesempatan utk aku berbakti utk ibu dan ayah sama seperti aku bujang?? sudah semestinya tidakkk... aku dah jadi hak suami masa tu.. segalanya perlu dapatkan izin drp suami.. biarlah buat masa ni, aku di sini, di bumi Pahang ini.. cuba memberi sedikit tumpuan kepada keluargaku... apatah lagi aku anak sulung.. semestinya adik2 perlu aku berikan perhatian....
sambung balik mengenai posting. 26hb ni aku akan lapor diri di kuantan bersama rakan2 guru2 baru yg ditempatkan di pahang.. di sana nanti, kami akan diberi taklimat serta penempatan secara rasminya. 26hb tu nantilaa aku baru akan ketahui di mana lokasi sekolah aku akan ditugaskan... 27hb aku akan mula mendaftar di sek tersebut.. Ya allah... aku harap segalanya akan berjalan lancar... aminn... dan semestinya, 26hb ni... a new life begin....
surat posting tu tadi aku rasa sedikit kejam..hahaha... ada ke patut siap warning lagi, sebarang pertanyaan mengenai nama sekolah ditempatkan tidak akan dilayan sebelum 26hb.. hahaha.. baru brangan nak call kpm tanya sek mana aku dpt..heheh...

Tuesday, October 6, 2009

posting dibekukan 2 tahun???

Tanjong Malim, 4 Oktober ; Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010. Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam. Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan. Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan. Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam. Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah. Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini. Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara. Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan. 'Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut. Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar;, jelasnya.
apa nasibku skarang ni??? tergantung2..cemas rasanya... walaupun perkhabaran ni blum disahkan btul 100%, tapi, perasaan risau semestinya melanda perasaan student2 pendidikan skarang ni..... siapa yg patut dipersalahkan????
p/s: patutlaa senarai posting tak kuar lg... ada masalah dalaman rupanya....sshhhhhhhh....

Wednesday, September 30, 2009

semangat kejiranan....

esok 1 oktober... kehangatan kenduri kat umah jiran aku kian terasa.. ari ni sendiri aku dah turun padang tolong apa yg patut utk mesyuarat kenduri esok...esok ptg mesyuarat kenduri untuk perempuan dan esok malam mesyuarat kenduri untuk lelaki... mlm ni ibu tolong cik tie wat rendang... mlm ni cik tie suh aku rehat jer..katanya khidmat aku diperlukan esok... siang td dr pg smpai ptg mmg aku dan ibu dah berkampung kat umah cik tie... waa.. letihnya rasa... tapi seronok.. ini kali pertama aku belajar menganyam ketupat palas... hihi.. slama ni pandai menganyam ketupat daun jer... tk sangka hari ni aku berbakat buat ketupat daun palas.. lebih 100 aku siapkan sorg td.. best2.. pengalaman menarik... ptg td plak potong2 bawang... then, mkn2.. (itu agenda plg penting k)..hihi... mlm ni aku bermalas2an di depan laptop, dan esok aku akan turun padang lagi.. byk kerja menantiku sepanjang bulan 10 ni.. oo ye, majlis kenduri kahwin jiran aku akan diadakan pada 24 oktober.... inilah semangat kejiranan.. bantu-membantu amalan mulia...hahahaha...

Saturday, September 26, 2009

raya sakan lagi...

thanks to muna atas jemputan ke open house td ek... seronok gak.. dpt jumpa kwn2 lama... klu ari rabu ari tu dah berkumpul ngan bdk2 temerloh, kali ni dpt jmpa bdk2 bentong... tp, sedih gak sbb tk ramai kwn pempuan yg dtg.. aku, haina, n intan jer yg dtg umah muna tadi.. bebudak laki ramai ar... ada la si muhammad, paan, zuhdi, hafriz, shazani, alap.... lama gak tk jmpa bbdk ni... ada pun klu jmpa masa kenduri kawen fidah kat bilut bln 1 ari tu... ada jugak jumpa nadhirah atiqah kat umah muna... dah 8taun kot tk jmpa...masing2 dah ke arah kerjaya masing2... sekejap je rasanya... dulu, gaduh2 dlm kelas.. skang ni sume dah nk keje.. dh abes blajar.. klu nk kenang2 balik zaman sek dulu... nk tergelak pun ada... aku slalu jd mangsa kene ejek ngan bebudak laki ni sbb nama atuk aku pelik... mmg tiap2 ari, klu tk kene ejek, bukan aku laa namanya... pernah aku dapat surat 'cinta' dr zuhdi ngan hafriz... hahaha.. bkn surat cinta sebenarnya, tp, surat kemaafan konon-kononnye.. dorg berdua ni klas lain, tp, suka kacau insan2 lemah seperti aku.. haha... klu nk g makmal ke, library ke, aku tkde pilihan lain selain lalu klas dorg ni.. tk kisahlaa ade cikgu ke, tkde cikgu ke.. aku mmg akan jd mangsa... klu ade cikgu, dorg baling kapur kat aku (aku pun tk tau brape byk stok kapur dlm laci meja dorg)... klu tkde cikgu plak, dorg main ejek2 ar plak.. memang aku geram gile kat bdk 2org nih.. so.. nk dijadikan cerita, ntah camane satu hari tu, dorg ni insaf kot... tu sbb dorg anta surat mintak maaf kat aku... hahaha... to N.A.A... singkatan nama aku n nama ayah aku... dorg mintak maaf dan janji tkkan ejek aku lg... ntah camane satu hari tu, kitorg smyg kat dewan (masa tu seri bentong takde lg surau 2 tingkat tu).. adelaa bbdk poyo yg tarik sejadah aku dr lubang pintu... smpai ilang bulu2 sejadah tu... rongak jadinyer.. so, aku syak laa bdk berdua, si zuhdi ngan hafriz nih... sbbnye dorg mmg suka cr gaduh ngan aku.. haha... disebabkan aku syak dorg, aku dptlaa lg sepucuk surat dr dorg.. to N.A.A.A.. singakatan nama aku, nama ayah aku, n nama atuk aku..dorg bgtau dorg tarik blk kata kemaafan dorg.. sbb aku syak dorg yg rongakkan sejadah aku.. haha.. dan dorg nak ejek aku semula... hahaha.. klakar..zaman budak2.. sebab tu, bila dorg dtg umah intan tadi, aku senyum sorg2, teringat kisah lama...hahaha....apepun, dah 8tahun tk jumpa bbdk ni.. dan selama tu jugak aku dah melupakan kisah 2 pucuk surat tu sebelum aku nampak dorg pg td kat umah intan..hahaha....ok2.. kembali semula kepada citer raya ari ni...
sblm ke rumah muna, kami ke rumah intan dulu.. sempatlaa plak berkumpul kat umah intan sblm ke rumah muna.. then, smpai serentak kat umah muna... mcm merancang plak... sembang2, then makan... ade gak jumpa senior2 aku kat upsi.. kwn2 abg muna... adela tegur dorg skit2 (aku kan pemalu..haha).. masing2 dah jd cikgu dah... bestnye dorg.. aku ni yg masih tergapai2 lg... bile agaknya tau pasal posting nih?? adeh.... takut plak rasa... ni antara gambar2 yg sempat diambil slps perut kenyang.. hihi...

dr kiri: shazani, muhammad, alap, paan

dr kiri: paan, zuhdi, hafriz (yeop)

dr kiri: shazani, paan, haina, tiqah, aku, intan, mad

blkg dr kiri: tiqah, aku, haina, intan, muna; tgh dr kiri: mad, paan, zuhdi; dpn dr kiri: alap, shazani, hafriz

lps ke rumah muna, kami semua berpecah.. bbdk laki ntah tk tau hala ke mana... kami bertiga plak sempat kami singgah rumah umi ikha (our biology teacher) kat karak.. saje singgah beraya, sembang2 ngan umi... main ngan baby umi.. bergosip ngan umi pasal seri bentong.. hahaha... (sempat lagi tuu) terkilan sebb terlupa nak amik gambar ngan umi.. so, tkde bukti kami beraya kat umah umi.. hahaha... lps kuar dr umah umi, tkdela plak merancang nk ke mana lagi... cadang nak g umah nik, tp, nik nye plak kat kl.. so, kami ambik keputusan ke rumah nana.. nana ada kat umah jer.. cuma risau jugak sbb pg td, muhammad kata jam teruk nk kuar dr bentong.. kami tawakal jerlaa nak g jugak umah nana kat bentong.. mujur lastly, jumpa jugak umah nana... hihihi.. seronok jgk jumpa kwn2 lama ni... byk cerita bleh share.. nana pun masih menganggur sama macam kami... tp insyaAllah tk lama lg dia dpt laa keje tu... :P
pkul 5.30 ptg, kami beredar dr rumah nana... mujur tak jam dah kuar dr bentong...hantar intan blk, then, haina anta aku blk umah... kesimpulan hari ini, hari yg menggembirakan dan menceriakan bertemu semula ex-seri bentong..kawan2 lama... :)
agak2 tahun dpn, meriah lg tak raya mcm tahun ni??? ada yg jawab... blum tentu, sbb raya taun dpn mungkin dah ada yg kawen, so tkkan nak enjoy gile2 mcm skarang ni lg kan????

Thursday, September 24, 2009

slamat pengantin baru....

di kesempatan ni, aku tringin sangat nak ucap slamat pengantin baru buat johari mamat.. tak kisahlaa dia baca blog aku ke, tak ke, yg penting, aku nak wish jugak... buat joe, slamat pengantin baru... semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat... semoga awk dikurniakan cahaya mata yg comel2 dan beriman.. semoga bahagia ke anak cucu...
hmm... begitulah.. dia dah bertemu jodohnya.. kisah kami cuma dalam lipatan kenangan yang perlu aku buang jauh2.. insyaAllah, aku akan lupakan dia lepas ni... bukan kerana tak menghargai kenangan, tapi kerana aku tak mahu toleh ke belakang lagi... yg berlalu, biarlaa berlalu.. yg akan dtg, kita perlu tempuhi dgn semangat..hahaha...

kat sini jugak, nak wish slamat pengantin baru khas buat ain bulat... roomate adila nih.. huhu... ain, thanks for kad wangi..but, sorry sangat tk dpt nk memeriahkan majlis... paham2 jela, raya tak habis lg.. hihi... apepun ain, semoga perkahwinan ko kekal ke akhir hayat, dan semoga ko akan dianugerahi anak2 yg comel2 yer... aku gembira tgk ko dh selesai bergelar isteri.. haha... jd isteri solehah tau! haha.. ni gmbar ain dan suami, sempat aku grab dr facebook die...

Wednesday, September 23, 2009

raya sakan...

alhamdulillah... aidilfitri kali ni aku diberi kesempatan untuk berkunjung dan menziarah sahabat2 lama yang sudah tentunya lama tk ketemu... pagi tadi lg aku dah keluar awal dr rumah ikut ibu n ayah ke temerloh. ibu nak settlekan dokumen2 arwah paktam kat jpn temerloh. aku dah berjanji dgn haina utk jumpa kat temerloh je... haina jadi driver aku nak jalan2 umah kawan2 a.k.a beraya umah kengkawan dgn rozy skali. so, tghari tu, kami jmpa kat the store... ada aku, haina, rozy, zaidi n anak sedara haina... bila dah penuh kancil ayah haina tu, perjalanan diteruskan ke lokasi pertama iaitu rumah zura di temerloh jaya... mak zura sempat masak nasi utk kami... segan plak rasanya.. oo yer, kat rumah zura kami bertemu dgn hamera... dah 6 thn tk jumpa nih.. huhu... lps mkn nasi rumah zura, kami ke rumah zaidi... makan lagi... mak zaidi goreng bihun utk kami... bergerak 2 kereta, cmpur zura n hamera bersama spupu zura n kawan die satu kereta... lps beraya rumah zaidi, trus anta zaidi blk umah die... perjalanan diteruskan ke rumah haslin idayu...dgn ayu ni, rasanya dah 8 taun tk jumpa... waa... lama gak tu.. singgah semayang.. then makan lg... ayu masak spageti plak.. adeh.. kembung perut macam ni... rancangan rozy mengehadkan 10 minit sebuah rumah gagal sama sekali.. hahaha... dah lps asar, br dpt gerak blk.. kami ke rumah lily kat paya pulai... kat umah lily je kitorg sempat singgah sekejap. then, ni satu2nya gmbar yg aku ada buat masa ni, ambik dr facebook lili...

dr kiri: rozy, haina, zura, zack (kwn amir),lily, rozy, ayu.. p/s:kelihatan aku dah semakin mengembang.. kene berazam untuk kuruskan badan nih... hahahaha!

hmm... lps ke rumah lili, berkunjung ke rumah haina... kami dihidang dgn pisang goreng panas.. dah nk dkt maghrib, br bertolak semula.. singgah di rumah amir, sepupu zura di setia jasa utk smayang maghrib... lps maghrib, trus ke rumah aku... atas permintaan haina yg nak mkn mi bandung air tgn ibu, dan rintihan rozy yg dah lama tk mkn masakan ibu, ibu masak mi bandung utk dorg malam tu.. alhamdulillah, sampai jer, kebetulan plak hujan lebat... dengan suasana lapar nye... hihi.. mi bandung ibu dpt sambutan hangat jugak... hihi... lebih kurang pkul 9 malam dorg bertolak balik dr rumah aku... sian hamera, esok keje.. mujur jugaklaa ada sepupu zura yg bleh tolong drive keta mera malam2 tu... ape2 pun, enjoy sangat rasa hari ni... bukan senang nak kumpul mcm ni... bertukar kisah dan cerita sesama kami... semoga kami akan diberi peluang dan kesempatan utk bertemu dan bertukar cerita lagi... insyaAllah...

Saturday, September 19, 2009

lalalala~~

Ari ni big day utk ayah. Umur ayah tepat 54.... dah berumur dah ayah aku...sian ayah, anak kecik2 lg... sempena hari ni, ada aku belikan sedikit hadiah...just a little gift. Inipun hasil perbincangan dgn ibu..hehehe... stakat ni, aku blum wish ape2 lg kat ayah... biar dulu, tgklaa malam2 kang ke... nak wat suprise skit....
Dah seminggu aku tak menaip sebab aku teramat busy. Hahahaha... busy woo... aku wat kuih raya.. siap 7 jenis kuih... hmm...blum campur lg masalah aku yg tetibe jatuh demam teruk... pegi klinik, suhu badan aku mencecah smpai 40 deg... boleh plak dr tu tye aku cmane bleh demam... mana laa aku tau.. tetibe je badan aku diserang virus demam yg kuat mcm tu.. dahla tggu turn kat klinik punyela lama... rasa nak pengsan dah... aku siap terpikir nk pinjam riba ayah, aku nak baring kat riba ayah...hahaha... mujurla ramai org, aku masih ada rasa malu nak bermanja dgn ayah..haha..
Kelmarin, adik2 aku kat kelantan n kuantan blk. Rumah dah bising semula.. riuh dgr bdk2 ni gaduh... riuh dgr aku membebel..hahaha... biasala bdk2..mcm2 ragam... malam ni, angah akan sampai dr sabah. Dia naik flight pkul 4.30 ptg ni klu ikut jadual... huhu...
Semalam, aku siapkan mencelup2 coklat kat biskut raya... adik2 aku plak kene kerah tukar sarung kusyen, gantung2 langsir... hahaha... kemeriahan raya dh mula terasa...esok ari raya..hahaha!

Monday, September 14, 2009

kisah arwah paktam..

Hmmm..letih badan masih terasa.. apatah lg ayah yg memandu dr phg ke penang, dr penang ke pahang plak... kami blk kelmarin... smpai rumah jam 10 mlm. Lps uruskan jenazah ari sabtu tu, trus kami bertolak balik, berbuka kat rumah sepupu ibu kat ipoh. Then, tido rumah tok chik... kesian ayah. Harap2 ayah dapat rehatkan diri masa tu...
Hmm...aku terkenangkan arwah paktam. Antara adik beradik ibu, arwah paktam yg plg susah utk aku jumpa. Bukan apa. Arwah paktam tggl kat penang, sedangkan adik bradik ibu yg lain semua tggl area kajang jer.. jadi memang susah nk jmpa arwah paktam.. arwah paktam pun jenis yg memang btul2 bawa diri. Dia langsung tak bgtau mana dia tinggal, die kerja apa... semua kami tak tau.. kadang2 dia muncul, tak lama lepas tu, arwah paktam lenyap balik.. dengan contact number pun tak dpt dihubungi... seingat aku (dr zaman yg aku bleh ingt la), boleh dikira berapa kali je aku jumpa arwah paktam.yg aku ingat, masa aku sek rendah dulu, ada sekali dia dtg rumah... lps tu, lama aku tk jmpa arwah, then, masa aku kat matrik, paktam datang ngan paksu... pastu paktam hilang lg, dan kali terakhir aku jumpa paktam tahun lepas, masa arwah maklang meninggal. Arwah paktam datang. Menziarah. Dan aku ingat, masa aku hantar dia balik ke kereta, dia peluk aku, katanya, “ ni anak paktam ni... pandai2 blajar....” sempat dia kenalkan aku pada keluarga angkatnya... itu yg aku btul2 ingat...sbb aku jarang jumpa dia, dan arwah peluk aku...dan aku juga tak pernah dipeluk oleh bapa saudara sebegitu.. masih terasa pelukan arwah.... tak sangka, itu kali terakhir aku dapat jumpa arwah dengan kenangan pelukan nya.....
Sampai sekarang, status arwah kami tk tau. Ada berita arwah ada anak.. tp, arwah tk pernah bercerita pada kami, kawen ke die, ada anak ke dia... kami tk tau... klu benar arwah ada anak, maksudnya aku masih ada sepupu yg masih blum dikenali...dan klu benar arwah ada anak, adakah anaknya tau bapanya sudah dijemput ilahi???
Ya Allah, apapun, kami bersyukur kerana dlm beg arwah, masih tersimpan nombor2 telefon adik beradiknya... dan berita kematiannya sampai kepada kami dan sempat kami diberi peluang dan kesempatan untuk menguruskan jenazahnya.... semoga arwah paktam ku, arwah Md Yusof Ahmad digolongkan di kalngan mereka yg beriman... aminnn....
Perginya arwah pada bulan ramadhan, mlm jumaat... btul2 buat hatiku sayu... sedih jugak kami tak sempat uruskan jenazah pada hari jumaat memandangkan jauh nak ke penang...berkhirnya pengebumian dgn sedikit tahlil tanpa talkin benar2 meruntun pilu... kata ayah, pengebumian pada bulan ramadhan memang tidak disertai talkin... Ya Allah, Kau golongkanlah arwah di kalangan mereka yg mendapat rahmatMu....
Perginya arwah paktam bukan bermakna kehilangan adik beradik yg pertama buat ibu. Dua tahun lepas, ibu kehilangan abg sulungnya. Arwah paklong sakit. Kanser usus. Tahun lepas pula, perginya arwah maklang, kakak ibu... juga kanser. Kanser hati dan usus...dan tahun ni, ibu kehilangan seorg lg abg, arwah paktam...juga kanser usus.... adik beradik ibu tggal 2 lelaki dan 2 perempuan je lg.. ibu cuma tggal seorg abg (pakngah), seorg kakak (ateh) dan seorg adik (paksu)..... kesian ibu... yg pasti, mereka diambil terlebih dahulu kerana Allah lebih sayangkan mereka....... insyaAllah..... Al-fatihah buat arwah paklong, arwah maklang dan arwah paktam.....

Friday, September 11, 2009

innalillah....

Ayah solat jumaat. Ibu dpt panggilan telefon lg. paktam meninggal. Innalillahiwainnailaihiroji’un.... tk sempat nmpaknya kami nk ziarah paktam sementara umurnya masih ada. Tk sampai 24 jam paktam di hospital, arwah telah dijemput menghadap ilahi. Arwah pergi jam 1.40 pg... tk siapa sempat menziarah jenazah memandangkan jenazah trus dibawa ke bilik mayat menanti waris utk menuntut.... sebaknya rasa di dada.... aku dan ibu mmg tk mmpu membuat keputusan... tggu ayah blk sembahyang jumaat, pada ayah kami suarakan... kami menangis lg... ayah trus ajak ibu balik penang... sempat ibu call adik beradik ibu yg lain ajak ke penang... kami bertolak jam 3.30 ptg, sggh di kajang ambik ateh, dan trus ke perak, singgah rumah tokchik... kami bertolak dr perak jam 2.30 pg ke penang dgn 3 buah kereta. Sampai penang tepat2 azan subuh...di masjid batu uban... memandangkan kami tk ada saudara mara/waris yg tggal di penang, maka, jenazah terpaksa menanti kami utk diuruskan..lps subuh, ayah, tokwan, pakngah, n spupu2 laki aku berbincang dgn imam masjid utk minta ehsan mereka utk mengebumikan jenazah di kawasan mereka. Alhamdulillah, mereka setuju... seterusnya, kami trus ke hospital.. jenazah paktam dapat diuruskan dgn sempurna... alhamdulillah... cuma yg agak menyedihkan, sbb jenazah terlantar lebih drp 24 jam dlm bilik mayat... mnunggu kami untuk menuntut jenazah... alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar, dan jenazah selamat dikebumikan jam 12.30 tghari.

Tuesday, September 8, 2009

keresahan..

Dah seminggu tk menaip. Tkde ape yg perlu dikongsi di sini.. cuma, kebelakangan ni, aku resah... nak tido resah sangat... ibu pun sama... bunyi burung gagak dpn rumah pun mengganggu kami.. ermm.. knape ye aku mcm tk sedap ati?? Boleh percaya ke dgn 6th sense seperti yg digembar-gemburkan?? Tp, aku mmg risau bila ade perasaan mcm ni... sbbnye, kebiasaannya, mmg akan ada sesuatu perkara yg tk baik bila aku berperasaan mcm ni... Ya Allah, lindungilah kami... Jauhkanlah perkara yg tak baik... Semoga ini cuma mainan perasaan aku....

Monday, August 31, 2009

letih....

Ari ni pening kepala aku... hahaha... (duduk dalam kete jer...bkn drive pun)... kebetulan ari ni merdeka.. so ayen n alang blk hostel serentak... gawat! Biasanya dorg tk prnh blk serentak sbb alang duk kelantan, cutinya tk sama mcm kat phg... tp kali ni, alang dpt cuti peristiwa semalam... pening kpala... pg2 dah bertolak dr rumah... anta ayen blk semsas dulu... ayen marah2 jugak sbb antar die pg2 lg... die mintak ayah tgglkan die kat bandar kuantan.. ayah mals nak layan... lps antar ayen, trus kami ke kelantan plak... lalu jabor... biasanya klu g kelantan ayah lalu lipis je ikut jerantut... sampai sek alang pkul 5.30 ptg... then, kelam kabut patah blk plak... kami buka puasa di kuala krai... lps berbuka, truskan perjalanan, singgah kat r&r gua musang.. solat, rehat, dan truskan perjalanan.... waaa... aku jarang nak ikut klu ayah anta alang, tp, kali ni betul2 terpaksa sbb bln puasa, then ayah tk kasi aku tggl sorg2 tgh malam kat umah.... tk snaggup tul dgn perjalanan jauh ni... waaa... lastly, aku ngan aqil, tido tk sedar diri.... sampai kat jerantut masa tu dah pkul 3 pg, ada road block... aku sedar masa keta ayah dah kene tahan ngan polis.... oleh kerana aku tak pakai sit belt, jadinya, aku buat2 jela truskan tido aku... mujur polis tu cuma ajak ayah borak2... sempat jugak disuluhnya muka aku... then dia tnye ayah, “tu kenapa tu? Sakit ke?” hahaha.... ape2 jelaaa..... smpai umah nak dkt pkul 4 pg...

Friday, August 28, 2009

hasilnye....

Antara gambar yg siap dicuci....


Tuesday, August 25, 2009

tg malim...for the last time...

Ke tg malim lg. klu ikutkan, aku nak naik bas jer... tp ayah tak kasi... bln puasa, tknk anaknya letih naik bas... tp, risik2 kat ibu, ayah pun nak ke tg malim buat kali terakhir... ahhaha... kebetulan ayah dpt cuti ari ni, and ari ni ari terakhir pulangkan jubah... ok ar tu... tp, lps sahur tu, smpat kami ke kajang, umah ateh (kakak ibu)... ada urusan ibu bincangkan dgn ateh, then trus ke tg malim... smpai tg malim pkul 3 ptg... pulang jubah... then, kami jalan2, rehatkan badan, asar di masjid jamek tg malim, jln2 kat bazar... dan akhirnya.... inilah tujuan utama ayah... ayah nk belanja anak2 die berbuka secara buffet di dusun bay kat tg malim... lps ni tk merasa dah... thn lps rajin kami buka kat sini.. setiap kali ayah dtg tg malim masa bln puasa, ayah mesti ajak buka puasa kat sini... dan akhirnya, berakhirlah segala memori aku di upsi dan tg malim............

Monday, August 24, 2009

konvo @ studio

Ptg ni ke butik pengantin di Temerloh. Dah puas survey kat mana ade background gambar buku2.. nak tgkp gmbr studio sblum jubah dipulangkan.... dan akhirnya, kami ternampak sesi bergambar dilakukan di sini. Hmmm... pakej skali dengan makeup... (butik pengantin...paham2 laa kan)... hmm... so, utk first time, aku di make up beriya smpai aku rasa macam bukan aku jer.... waaaa.... beriya posing2...nmpk mcm tkde ape yg pelik... tp hakikatnya, aku tk nampak dunia yg sebanr... ahahaha... aku tk pakai spec masa ni, sdgkan ‘my spectacle, my world’... hahaha... 3 hari lg bleh ambik gmbar yg siap dicuci....

Sunday, August 23, 2009

Ahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan datang lagi... alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan dan diberi peluang utk menyambut bulan yg penuh keberkatan ni...Ramadhan kali ni dapt disambut dengan ibu dan ayah tersayang sebulan full kat rumah... seronok jugak... setelah bertahun2 menyambut ramadhan di perantauan, bersama kawan2, tahun ni ramadhan takkan dipersiakan dengan amalan bersama ibu ayah... mesti seronok dpt tolong ibu sediakan juadah berbuka... walaupun juadah berbuka tu, masak simple jer, tp, suasananya lain....:)
Malam plak bleh ikut ayah g masjid bertarawikh beramai2... seminggu ni cuti sek, adik2 aku ade kat umah... lg meriah suasana :)
Semoga ramadhan kali ni penuh dgn keberkatan... aminnn....

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday, August 14, 2009

Kisah konvo aku...

hihi... dlm dunia aku sbg penuntut, inilah masa yg dinanti2 kan.. alhamdulillah, akhirnya, harinya tiba jua... hari ni, aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains... harap2 lepas ni, aku berpeluang utk sambung lg study aku... amik master, phd... (angan2... agak2 dapat ke realisasikan??)
Hmm.. ini kisah ari sejarah aku...
Pagi2 lg lepas subuh dah bertolak ke tg malim memandangkan sesi aku jatuh pada sebelah petang... ari ni jumaat plak tu... jadinya kami perlu lapor diri jam 2.15 ptg.. tak payahla ibu n ayah pening2 pikir nak tido mana utk dtg knvo aku...sempatla bertolak pagi2 dr rumah...sarapan pg kat r&r temerloh... then, truskan perjalanan.. awal jugak kami sampai.. blum pkul 11 lg... sempat aku ke rumah zura, tumpang tukar baju, then trus masuk kampus ngan famili aku... jln2 kat pesta konvo.. then, perasan plak member2 aku yg sesi pg br jer kuar dewan... sempatlaa aku menyibuk2 jumpa kawan2 yg dah lama tk jumpa... bertangkap2 gambar... lg pun ade salah sorg member aku kirim barang, mujur sempat aku sampai, nak bg barang yg dikirim.... masa menyibuk pg tu, tklaa ramai sangat aku dapat jmpa... sempat jumpa zul ngan famili die...dgn ‘ainul mardhiah’ die skali... hihi.. sempat jumpa miryanti, timah (lama btul menyepikan diri kan timah?).. ngan kak fyruz... ngan cik yam..ngan kamal (rasanya br je jumpa awek die ari isnin br ni kat dlm lrt), smpat gak bergambar ngan pipah, aimi, mira... ada yg sempat bergambar, ada yg tgur dr jauh jer... ada gak yg aku nmpk dr jauh jer... try call my ex-roomate, sbb tk nmpk bayang die... then, trus aku tye,” fara, ko kat mana?”.. ada ke die jawab, “aku kat petronas..” adeh.. org sume dok bergambar sakan, makcik sorg ni dah lepas ke petronas... tak sabar2 nak balik... sabar jelaa... katanya die tkde jumpa member... memang laa sesi pagi ni bdk2 pend sains jugak, tp bermula abjad a sampai n yg awal2 tu... so, majoritinya lelaki laa... mohd, muhd je yg ramainye... sian fara... tp, terkilan gak tk dpt jumpa fara... lps ni tk tau laa bila bleh jmpa lg... try gak call makcik fatin... lg hampeh, trus dimatikan telefon.. dok sakan ronda2 ngan jazz la tu... hihihi... then, tk lama pastu, kami beredar ke stesyen bas plak... nak amik kak wani, spupu aku... die akan diberikan amanat oleh pamannye (ayah aku) utk menjaga 2 org adik lelaki aku sepanjang istiadat konvo aku sblh ptgnya...lps kak wani smpai, kami mkn tghari then trus ke kampus semula...
Jam blum 1.30 lg, tp aku tgk member2 semua dah bersiap, tetiba aku jd cuak... hihihi... trus aku angkut rombongan aku ke audi... bersiap ala kadar je... yg penting, topi tu kene pin banyak2 sbbnye semalam ade yg terjatuh topi dpn nc... (erkkk... cmane tu ek??) hihi... dila pun ade bersiap skali dgn aku... tp, die dah anta ibu ayah die ke dewan... pkul 2 kami dah dipanggil berkumpul, dan cuaca kat luar pun dah bertukar... kilat petir sabung menyabung... cepat2 aku suruh ibu n ayah bergegas ke dewan... elok ibu ayah keluar, hujan turun selebat2 hujan... (camane kami nak berarak dr audi ke dwn ni??) 2.15 ptg, graduan dah berkumpul dgn jubah masing2... menanti kot2 hujan redha, dan last skali jam 3.15 ptg, kami beratur naik bas ke dewan... hahaha... lawak pun ade... dr audi nak ke dewan pun kene naik bas... nak buat camane kan..dah cuaca tak mengizinkan... jadinya, special case, kami tak ada perarakan masuk ke dewan pun... sedih pun ada... tp, takpelaaa... mungkin hikmahnya, kami berpeluang naik bas upsi buat kali terakhir.. hahahaha... yg lg best klakarnye, sume jalan yg bersangkutan dgn jalan dr audi ke dwn pun diitutup dgn kawalan guard2 upsi sbb nak bg laluan utk bas... hahaha... aku naik bas trip last skali.. masa masuk dewan hujan lg, tp dah renyai... hmm.. tkpelaa.. mmg tkde rezki nak berarak...
Istiadat walaupun mula lambat, tp berjalan lancar.. alhamdulillah, cuma, ada satu perkara yg menggeramkan aku.... waa... ada salah seorg graduan yg tk bg bar code pada peg akademik bertugas.. jadinya, kami nama di belakang2 nya terpaksa menanggung risiko..hahaha... bkn apa, masa dekan sebut nama tu, sepatutnya nama kami akan keluar kat skrin... tp, malang bila salah seorg graduan ni tk bg, bila nama dia tak disebut, tp, sbb dia dah beratur kat dpn skali, die jln jugak, abes nama sume lari... waa.... (korg paham ke ek??) maksudnya ringkasnya macam ni laa.... waktu gmbr aku kuar kat skrin, kuar nama org lain..... macam tu laa maksudnya... ada sedikit ketidak puas hati la kat sni.. tk tau sape yg perlu dipersalahkan... beliau ke? Aku ke? Mereka ke?? Tkpelaa... ape2 pun, sume dah berlaku, dan yg jadi mangsanya bukan aku sorang.. semua kejadian ada hikmahnya kan???hihihihi
Istiadat abes awal ptg tu..5.15 dah abes... dengan adanya cameraman yg dijemput khas dr teluk intan (kak wani) so, bergambar sakanlaa aku dgn member2.. thanks to muna, sudi dtg dari ukm, memeriahkan konvo kami.... thanks jugak kat naimie... sudi cari aku.... naimie ni bestfriend aku masa sek rendah.... kami sekelas masa drjh 3... hihihi... thanks jugak kat sume2... oo yer... thanks byk2 kat DILA bg teddy bear flower yg cute tu... thanks to ibu ayah... atas pelukan dan bunga...kak wani n adik2ku... thanks ye rose tu :).. muna... thanks for the nice card n the keychain... jugak tk lupe thanks kat mak fizah, for the cute kerongsang....
Byk yg menggembirakan hari ni, walaupun ada yg menyedihkan... malas nak ingat2 ape yg aku sedih kerana mungkin nnt aku terluka??? Hahahaha... biarlah, yg sedih tk perlu diungkapkan di sini, lupakan jer.. kerana yg gembira lebih menggembirakan.....waahhhhhh.....


Kuar dr kampus jam 6.15 ptg... cadang nak anta kak wani smpai teluk intan, tp, terpaksa di cancelkan sbb kami perlu bergegas balik sbb esok ayah ade program dgn wakil rakyat plak.... sempat anta kak wani ke tapah je, rumah anak sedara kami... sempat jumpa cucu sedara aku... (aku dah ada cucu???) hahahaha... blk umah... sampai pkul 4 pg..... nite...

Monday, August 10, 2009

tg malim lagi...

Ke tg malim lg. raptai konvo. Seronok jumpa kwn2 lg... pesta konvo pun sepatutnya dah start ari ni, tp, nampaknya blum byk gerai yg bukak.. Kami ke tg malim naik bas je ari ni. Wahh... dah maju skang ni, bas2 ni dah berenti trus dpn pintu timur upsi...tk pyh kitorg pening2 nk tggu bas dr pekan plak..hihihi...Kalau ikutkan aku ada plan jugak nk jmpa kwn2, dan memandangkan raptai sebelah ptg, jadi bas ke temerloh last pkul 6, jd, aku terpaksa stay kat sana. Ada satu peristiwa yg buat aku geram + sedih hari ni. Tp malas nak ingat2 lagi. Biarlaa... ari ni aku tumpang rumah anti, mama fatin.. ptg lps raptai ikut anti g setlekan keje die.. then uncle ajak minum ptg. Kebetulan plak abg fatin blk bwk adik die yg terpaksa blk kerana perlu dikuarantin H1N1.. jd nye, meriah laa suasana. Maghrib tu jgk abg fatin blk cameron, malam plak anti g upsi lg... ade lg keje yg tk settle. Aku stay kat umah ngan fatin n adik2 die..sembang2.. maklumlaa lama tk jumpa... tgk gmbr abg fatin kawen ari tu... then tk lama anti blk, aku trus terlelap.. esok kene bgn pg2 nak ikut anti g keje, aku nk blk ke phg....

Friday, August 7, 2009

ke tg malim

Bgn awal pg masa ayah haina start enjin kereta nak ke surau.. blum subuh pun lagi masa tu.. tp, oleh kerana desakan perut, aku turutkan juga ke toilet...waaaa.... dah alang2 je nk tido blk pun... so, trus jela bgn mandi... siap2 semua, mak haina dah siapkan sarapan nasi lemak rupanya.. mkn sikit, then sembang2 ngan mak ayah haina... kami bertolak ke tg malim pkul 8 pg... haina drive kete ayah dia. Smpai tg malim dlm pkul 10.40 pg... ramai nye student beratur nk amik jubah.... nak dkt 2 jam beratur baru dpt jubah kitorg...lps amik jubah settlekan plak bayaran gmbar utk konvo...jumpa dilaaa... meriah suasana.. bdk2 upsi tgh cuti skarang ni... dorg kene halau blk sbb ada yg positif H1N1... dalam ramai2 yg dtg ambik jubah tu, boleh dikira berapa org jer yg pakai topeng utk jg keselamatan kesihatan... dan kami tergolong dalam golongan yg tak paham bahasa.. hahahaha... upsi tu dahlaa dah ade yg positif... org nak duk lama2 pun takut.. kitorg plak bleh berkelah kat bwh library dpn koop tu, mkn bekal nasi lemak yg mak haina bekalkan siap dlm bakul...hahaha... ade student yg lalu lalang pakai mask dok pandang2 kami... kami plak buat tk heran.. walaupun kadang2 tu keluar jugak kerisauan pasal virus H1N1 ni.. tp, dah namanya kesedaran kurang.. masih buat2 tak paham jerlaa... sebenarnya kami cadang nak berkelah kat kalumpang ker...tp, dah hari hujan, terpaksa laa tukar port...huhu... bertolak balik dlm pkul 3.30, blum pkul 6 kami dah ada kat temerloh. Ina stay kat rumah aku 2 hari ni, sbb ari isnin ni kami nak ke tg malim lg utk raptai konvo...

Thursday, August 6, 2009

selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ibu n ayah....

15 Sya’aban... hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 25... selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah... hari bersejarah untuk mereka hari ni, tak mampu aku berikan apa2 selain ingatan tulus dan doa moga ikatan ini kekal ke akhir hayat di samping kebahagiaan kami sekeluarga..insyaAllah... malam ayah celebrate kat kfc... ayah belanja kami mkn kfc... :) smoga rumah tgga ibu dan ayah kekal ke akhirnya....aminnn...
Balik kfc, ayah hantar aku ke rumah haina. Esok kami nak ke tg malim, ambik jubah utk konvo mggu dpn... fara ngan ina dah ade kat rumah haina.... aku sampai dlm pkul 10 lebih, seolah2 akulaa yg paling jauh utk ke rumah haina... :P

Saturday, August 1, 2009

balik juga akhirnya...

Pagi-pagi lagi dah antar yati ke stesyen bas... then, aku trus ikut ina... fara dah tggal kat umah die jer... sebelum kuar rumah fara tadi, sempat breakfast nasi lemak fara masak...eh silap, bkn fara yg masak :P... ikut ina, lepak kat umah die, tghari kami cari makan kat giant... ala2 western, aku lunch dgn lamb chop, ina plak dgn chicken chop... lama tak buat keje gile mcm ni... mkn ikut suka ati.. klu kat umah, mesti ayah aku dah bising... ade ke tghari mkn lamb chop.. hahaha... pas mkn2, smpat pusing2 cari cd.. ina cari cd karaoke, die rindu nak melalak sorg2 kat umah tu..hahaha... aku layankan jer... aku pun sempat beli tudung sehelai... berkenan plak ngan tudung hitam putih tu, tu yg aku beli gak =P
Lps ronda2 giant, kami ke rumah abg ina, sembang2 ngan kakak ipar die, sblm dorg suami isteri keluar.. lepak2 kat umah abg die, tgk tv sementara tggu ibu ngan ayah smpai smsas... dah pkul 4 lebih, kami ke semsas.... ibu masak mi bandung... jamu ina... makan2, dan akhirnya.... pulanglah aku dr kuantan... hahaha... kepada semua sahabat2 ku yg terlibat secara langsung atau tidak semasa diriku berada di kuantan, terima kasih atas layanan dan segala-galanya.. jasa kalian tk mungkin dapat dilupakan.. lps ni entah bila lagi dapat kumpul enjoy macam ni kan?? Nanti korg kawen, ada suami, keadaan mesti dah tak sama.... semoga akan ada waktu lg utk kita bersua dan bertukar cerita...insyaAllah....

Thursday, July 30, 2009

ari intebiu....

Bangun awal ari ni.. blum pkul 6 pg, kitorg dah bangun.. maklumlaa semangat nak g interview... lagipun ina ajak bertolak awal sbb nak anta fara ngan yati ke rumah fara.. 6.30 pg kami dah bertolak dari rumah ina kat jaya gading.. hmmm... berdebar-debar gak rasa... tp, bila dah sampai bhg teknologi pend kuantan tu, hilang plak segala rasa.. macam tak berperasaan plak :P.. ntahlaa.. aku malas nk pikir lebih2...
Ada jugak jumpa kawan2 kat upsi masa interview.. maklumla, nama pun universiti pendidikan, jadinye interview utk posting pun penuhlaa dgn bdk2 upsi jgk... tkde muka lain... hihihi... insak start pkul 8.20 pagi smpai 8.50 pagi... soalan tk susah..tp jawapannye je yg konfius... pening kpale...hahaha... semestinye aku tak sempat nak semak jawapan aku..:P biarlaa... redha jela.. yg penting aku dah usaha...ada gak laa buat latihan insak sebelum ni... tapi, agak2 cukup ke usaha aku tu??erkkkk.....
Sesi interview plak start dlm pkul 9.20 pagi..hmmm... aku dapat panel pertama sama dgn haina.. ina plak lepas ke panel 2.. dan ina dapat giliran ke 2.. haina giliran ke 6 dan aku giliran ke 12... nampaknye aku laa plg lambat dikalangan kitorg bertiga ni.. semua org yg dah siap interview, kitorg akan serbu..hihihi... takut gak awal2 tu ramai yg kene tye nama menteri, nama pengarah kpm, s/u kpm, timbalan ketua pengarah, timb ketua s/u kpm...waaahhhhhhh... aku tk hafal semua!! Setiap kali org kuar, setiap kali tu rasa berdebar2.. dengar plak cik nab dapat soalan pasal bernas dipelopori org asing... waa... terbayang2 surat khabar smalam, yg aku cuma baca tajuk besarnye aje.. tak tringin pun nak ambik tau ape main point yg ade..........waa... takutnye, tuhan jer yg tau masa tu... sampai turn aku.... tak tau apa perasaan aku..aku ditanya mengenai lagu tradisional... erk... tk pernah terfikir dek akal...waaaaaaaa....pastu aku diminta membayangkan diriku sebagai seorg guru pembimbing ko-kurikulum.. so, aku bygkan persatuan je laa.. malas laa nak pikir sukan ke, unit beruniform ke... then, die tye aku aktiviti ape nak buat.. aku bgtau jelaa mcm2.. then die usha aku, tye mmpu ke aku nak jadi ‘pembimbing’... mula2 aku tak paham ape kehendak sebenar die, tp, aku jawab je, aku mampu.. then, die mintak aku pilih satu aktiviti dan mintak aku present contoh utk melatih bdk2 dlm aktiviti ko-k.. aku cuma terfikir sajak... waaaaaaaaaaa...then kene laa bersajak dpn 2 org panel tu... then bila die kata cukup, duduk.. aku trus laa duduk.. hihi.. skali lagi panel tu tak berapa nak puas hati... die tye soalan lain pulak.. “kalau lagu tradisional macam mana?” erkkkk..... lagu tradisional lagi??? Bab2 nyanyi ni memang aku fail.. tp, nape die asyik soh aku nyanyi jer......waaa... aku pun bagi jawapan selamat.. “ saya tak pernah cuba encik.. tp, klu diberi tggungjawab utk menguruskan pelajar2 utk pertandingan atau apa sahaja yg ada kaitan dgn lagu tradisional, insya-Allah saya akan cuba yg terbaik”, haha... dalam hati risau gak tetibe die paksa aku nyanyi jugak... sebenarnya, aku tak terfikir langsung2 lagu ape yg aku nk nyanyi... tp, lega sebab panel2 tu angguk, ucap terima kasih dan aku dibenarkan keluar... alhamdulillah... segalanya aku pasrah..tk taulaa apa nasib aku.. baik ke, tak ke... aku kene do’a jelaa banyak2... mujur jugak aku tk dipaksa nyanyi dan tk ditanya soalan pelik2... biarlah... yg berlalu, lupakan laa... aghhh.. malas nak pikir sebenarnye.. serabut rasanya... bismillahi tawakal tu ‘ala llah.... sedih jugak sbb aku tak ditanya fakta2 yg aku dah ingat pasal ppsmi, pipp sume tu, tp tkpe..mujur aku tak ditanya soalan pelik2 smpai aku tk tau nak jawab ape....

Sesi aku tamat jam 12.30tgh.. kami trus ke rumah fara.. fara dah mesej siap2 suruh makan kat umah die.. makan dgn berselera sbb dah habis satu kisah yg menyesakkan kepala.. hahaha.. lps mkn, kami mula plan nk menghabiskan masa bersama2... ptg tu, aku sempat ke semsas anta barang ayen tertinggal kat umah.. then, kami ke pantai batu hitam utk mandi-manda..hihi... cadangnye mcm tu, tp, akhirnya aku tk mandi pun.. aku jumpa kawan... then jumpa someone yg prnh mengocak hati aku satu masa dahulu..haha.. ayat tk menahan... jmpa johari mamat..dah nak kawen dah die... alhamdulillah laa.. insyaAllah raya ke-3 ni die bakal bergelar suami org... dan semestinya ditakdirkan antara kami memang tak ada jodoh... Allah tau apa yg terbaik utk hamba-Nya kan.. jadi aku redha... sebenarnya, mcm tk percaya dan tk sangka jugak die nak dtg cari aku... dan peluang yg kawan2 beri utk kami bersembang aku tak persiakan.. thanks kawan2 kerana begitu memahami... dan, masa tu aku tahu segalanya.. dia dah nk jadi suami org... :) semestinya aku gembira dengan berita tu.... semoga perkahwinannya nanti kekal ke akhir hayat.... dan dianugerahkan cahaya mata yg comel2 dan beriman...insyaAllah....

Malam pula, aku ajak dorg tgk wayang.. tringin nak tgk cite Setem.. ari first tayangan ari ni.. dan semestinya tetamu perlu dilayan kan..hahaha... pkul 8.40 kami dah ade kat megamall, tp sayang, Setem dah start pkul 8.20...memandangkan kami akan kerugian, jadi cuba plan lain plak.. tgk kat kompleks teruntum plak.. nasib baik tygn start 9.10mlm.. jadi hajat nk tgk Setem termakbul..hahaha... seronok gak cite ni.. lawak ringan... :P
Ketawa, gelak2... hilang segala rasa duka dan sakit di dada...juga rasa stress interview siang tadi...hihi...mujur jugak tgk wayang mlm ni.. klu tk dpt tgk wyg, plan kami nak ke fun fair.. lagi laa sakan anak2 dara ni nak berjoli tgh2 mlm plak.. hahahaha....

Balik umah fara dah nak dkt pkul 1.. lps tgk wayang, kami cari makan.. tu yg balik lambat.. perut pun dah penuh dgn angin.. jadi tak lalu nak makan... blk trus semua tido tak sedar diri.... esok dah nak blk dgn haina.....

Wednesday, July 29, 2009

esok intebiu!

esok aku intebiu. waaaaaaaaa....kalut2! Bertolak ke Kuantan dengan haina. Haina drive kancil ayah die... Malam ni kami akan menumpang tidur di rumah ina. Ina pun akan ikut skali interview esok. Pkul 5.15 ptg, aku dah ada di kuantan, rumah abg haina.. sempat makan goreng pisang, semayang lg kat umah abg haina... then, lps maghrib, br kami bertolak ke rumah ina. Jarak umah abg haina ngan umah ina, tak sampai 10 minit pun.. lebih memeranjatkan, fara ngan yati pun ade mlm tu... hihi.. yati dah interview tadi, tp, die blum nak blk raub lg.. fara plak dah interview smalam, saje nk memeriahkan keadaan kat umah ina... jadi, malam nye, tak gaya macam nk g interview esok, tp, lebih kepada reunion sahabat2...:P...
Tapi, dah nk dkt tgh malam sesi revision terpaksa dimulakan memandangkan byk lg yg kami tak ready utk interview esok.. mintak mcm2 tips kat yati n fara.. harap2 berguna :)

Aku dikejutkan jugak dgn mesej dr dila.... upsi ditutup kerana H1N1...opsss.... camane plan kami nak ambik jubah konvo next week?? Erkk...tk lama lps tu, dpt msg dr UPSI plak.. sesi ambil jubah ditangguh ke 7 hb..hmm.. plan BATAL.... terpaksa fikirkan plan lain... tunggu laa esok lps interview kita fikirkan plan baru ye kawan2... :D

Wednesday, July 15, 2009

rindu~~

ari ni mcm biasa... pg bizi ngan urusan umah, dan petang dah relax... kdg2 aku tido ptg..hihi... sbb ibu tido, jd aku tkde teman sembang...kdg2, aku baca novel, kdg2 aku ngadap laptop... tp ptg td, tibe2 jer aku brangan...erk...brangan ke? bukan2.. aku tringat kat smkss laa... rasa rindu plak nk masuk klas..nk ngadap muka bdk2 2bestari ngan 4ikhlas..ape khabar agaknye dorg ek?? agak2 dorg ingat lg tak kat aku cikgu yg garang ni?? garang ke?? opsss... tkdelaa..aku cikgu yg baik hati, yg tk prnh tggl rotan dr tangan..hahaha... baik kan aku?? tkdelaa... itu cuma buat psiko jer... skali geram kang...papppp... aku rotan meja makmal tu... kesian meja makmal tu slalu kene rotan ngan aku..hahaha... mesti meja makmal pun rindu kat aku.. =P
hmm..
aku rindu ar ngan suasana sekolah...camane ni?? hihi... masa ngajar ari tu, smpai tk smpat nk mkn punye bizi..skang ni ha, rindu plak nk g sek smula...payah2...
aku rindu ar kat bdk2 ni...4ikhlas... lg2 bdk2 yg ikut tuisyen aku ari tu.. sian kat dorg.. maafkan ckgu yer... tkpela, aku dpt tau dorg dh dftr kat pusat tuisyen utk subjek fizik n kimia yg aku ajar ari tu... cuma kdg2 air mata ni tk dpt dithn bila dorg mesej tye kbr aku, dan yg plg sedih bile dorg nk aku ngajar dorg...waaaa...maaf kan cikgu yer...insyaAllah nnt kite jmpa lg...
bdk2 2bestari pun ape khabar laa agaknye..masih lg ke jadi bualan cikgu2 di bilik guru?? 2 bestari ni klas pertama... tp, nakal n hiperaktif yg teramat... bdk2 ni pandai, tp, pandai dgn cara dorg tersendiri...ramai cikgu yg tk puas hati ngan dorg ni..haha.. pernah satu hari tu, masa tu abes exam sains, ade dorg ckgu ni bg kat aku paper 2bestari ni utk aku tnda...dan paling terkejut bila ade satu paper kene conteng ngan cikgu yg jaga exam tu atas alasan meniru buku...waa...panik gak, tk tau nk wat cmne.. last2 aku g rujuk kat cikgu asal dorg...huhu.. ckgu kamarul yg ngajar dorg pun jd blur tk tau nak buat ape... bdk nii dah laa kaki samseng sekolah.. last2 bg markah separuh jer dr markah yg die dpt.. then pggl parents ke sekolah... aku tk brani msk cmpur dah..hihi...( takut tayar motor hilang....camane aku nk blk sek??)hihihi..
ermm.. bdk2 sek tu nakal gak..biasa la.. klu dah sek beribu2 plajar, mesti byk ragamnye kan... pernah skali tu, masa aku diobserve kali kedua oleh dr maarof, ade ke patut bdk2 ni pi bkr kertas dlm tong sampah yg ditelangkupkan?? kat area makmal plak tu... klu laa berlakunya kebakaran, disambar plak bhn2 mdh terbakar kat makmal tu...naya jadinye... malu sangat masa tu dgn dr maarof... sbb... die yg guna kasut die pijak2 api yg masih kecil lg tu...waaaa... nasib baik dr maarof memahami... 'biasalaa student'...kata die..huhu... dr maarof ade cite gak, die punya simbol merz kat dpn keta tu patah masa g observe salah sorg dr student upsi..mujur la mende tu jd bukan kat smkss... lega aku ngan leh... hahaha... malu wooo... lecturer dtg dr jauh... tetibe jd mende2 yg tk sepatutnye.. walaupun aku bkn ckgu yg sebenar lg, tp, bila dah mgajar kat situ, mksdnya, aku juga adalah salah seorg ahli keluarga merekaa... pelajar2 di situ juga semuanya pelajar aku.........
waa... rindu nk g sekolah....

Thursday, July 9, 2009

aku penganggur...

Aku Penganggur
Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasaI
ngin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibkuAku penganggur
Ohoo... nasibkuAku penganggur
Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur
Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur
Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
tadi, sambil masak dok main lagu2 sudirman...tetibe tersayat ati plak dgr lagu nii...waaa... macam kene kat batang idung sendirik.. sedih kan bila jadi penganggur ni?? dulu2 aku pikir mcm best jer jd rehat kat umah...relax2... dapat tolong2 ibu...sembang2 ngan ibu... tp, hakikatnya, bila aku merasa keadaan menganggur ni, rasa sayu jer...rasa sedih...skang ni br aku faham ape perasaan penganggur... hahaha... tp, mujur jugak laa aku ambik education... insyaAllah keje tu ade.. cuma lambat skit jer... mungkin inilah masa yg terbaik utk aku luangkan masa teman ibu kat rumah.. seronok jgk sembang2 ngan ibu..kami dah jadi mcm kwn baik plak..hihi.. dr zaman sekolah menengah...masa tu umur aku blum 12 thn, aku dah tggal kat asrama... smpai zaman aku kat upsi pun, aku jauh dr dorg..blk cuti sekali sekala je.. cuti sekolah, cuti sem.. cuti2 mcm tu jer...blum lg tolak aktiviiti2 yg aku join masa cuti...mmg masa dgn famili sangat kurang.. dan bila dapat spend masa dgn ibu ni...baru aku faham betapa bosannya ibu tggal kat umah sorg2 waktu anak2 sume sekolah..ibu kata ibu sampai boleh nangis sorg2 layan perasaan sbb sunyi duk kat umah... kesian ibu.... harap2 aku ade kat umah ni bleh buat ibu sedikit ceria ada peneman kat umah :P
so... camane bosan pun aku, aku kene fikirkan jugak nasib penganggur2 lain kat luar sana... dan jugak aku bleh muhasabah perasaan ibu sebagai suri rumah.....

Friday, July 3, 2009

camane nak kutip utang??

hrmm..
aku termenung sejenak.. wakaka..ayat aper nih... sebenar nye dah agak bosan nih... goyang kaki tnpa buat ape2 pekerjaan secara formal..(secara tk formal nyer... masak, ngemas, basuh baju, sidai baju, lipat baju, jahit baju, sembang2 ngan ibu...byk gak lagi.. =P)
lagi2 bila poket berbunyi2 minta diisi..waa...sedih tul..dah la duk umah.. rasa serba salah je nk nyusahkan ayah... hmm... masa ni kdg2 rasa sakit ati, sedih pun ade bila ayah tk bg keje (ni bila fikiran jahat dtg menghasut) dan sekali lagi, bila berfikir2... aku tknk ayah risau...tknk ayah susah hati (jadi, dengan setianya aku duduk kat umah berdiam diri menghadap laptop ni jer klu boring pun)..
waa...rasa nak tolong ayah berkobar2.. apetah lg bila adik2 duk call mintak duit.. lg laa nyanyian poket ku terpaksa dihentikan... hihi.. sebenarnya aku bkn laa tkde duit.. ade... lg satu duit aku sebenarnya banyakkk..(cheh..mcm berjuta jer...) tkdela, mksd aku, lps laa aku nk mkn 3bln... tp... duit2 ni dah dipinjam org, dan tidak dibayar balik, serta buat2 tak tahu ade hutang ngan aku...erkk...camane tu??
hmm..ntahla.. aku ni bukan jenis berkira sebenarnya... dan suka membantu org dlm kesusahan (uwekk!) hihi... tp nk wat camane.. mungkin blum dan bukan rezeki aku semua tu..jadi, aku terpaksa menanti lagiii.... soalnya skarang, camane aku nak mintak duit hutang dgn cara berhikmah.... sedangkan aku sangat malu untuk meminta2 ni???waaaa......tolong aku.....

Tuesday, June 23, 2009

perasaan....

knape ye perasaan ni mesti hadir? lagi sekali? aghh.... korang pernah tak rasa macam yg aku rasa skarang ni... bila bercakap dengan seseorang (walaupun dalam telefon je) jiwa bergetar, hati berdebar2 dan badan rasa nak menggeletar....waa...serius, klu aku bercakap ngan die ni, mcm tu la perasaan aku... dr dulu smpai skarng... dulu, kami pernah close... masa tu pun setiap kali bercakap, mesti perasaan ni yg aku rasa..walaupun tiap2 hari kitorg duk sembang, gayut kat tepon... gementar? mungkin.... takut? tak mungkin... aku tak pasti perasaan ape ni...knape dgn die ni je aku mcm ni? waaa....dan hampir 3 thn lost contact, smalam die kol aku semula... aghhh... ingatkan aku dah takkan rasa perasaan ni...tp, smpai sekarang jiwa dan hati aku masih tk tenang... kenapa ni?? bukan ada die ugut aku, atau pun nak buat jahat kat aku pun..sekadar tanya khabar...tp, knape perasaan ni mesti macam ni?? aku bencila dengan perasaan ni...terlalu sukar untuk ditafsirkan..........waaaaaaaaaaaaaa....

Sunday, June 21, 2009

ayah~~

petang tadi aku merempit dlm keadaan air mata berjujuran...waa...knapa sayu sangat2 aku pun tk pasti... yg pasti tadi adalah hari terakhir dan mungkin tak kan dapat jumpa bebudak tu lagi.. hari ni merupakan hari terakhir aku adakan tuisyen untuk diorg...sedih...hari pertama kali aku dapat gaji atas usaha sendiri, dan hari terakhir...aku terpaksa melupakan segalanya..bukan kehendak aku...tgk muka bebudak ni pun, aku kasihan sgt... mungkin la aku dapat bayaran, tp, niat sebenar aku utk membantu... kesian kat dorg ni sbb dorg ni student aku masa praktikal hari tu.. tapi, aku tak mampu nak bersuara..knape mulut aku terkunci, aku sendiri tak pasti.. ayah tak izinkan lagi aku terus mengajar macam tadi... aku tahu ayah risaukan aku berulang merempit tiap2 minggu ke mentakab, tapi, aku nak juga merasa erti 'berdikari' dan erti payahnya mencari duit... dah lama ayah suarakan sebenarnya, tp br td aku ada kekuatan utk beritahu kepada pelajar2 aku yg aku tk dpt nk truskan segalanya...maafkan cikgu, cikgu tipu kamu semua... aku tak mampu nak berkata yg sebenar2nya kerana aku sayu.... aku tak mmpu nk suarakan pendapatku pada ayah... aku terkelu, terdiam, dan akhirnya yg menemani aku adalah tangisan dalam diam...aku benci perasaan ini...tapi, aku tak mampu... cuma aku harapkan aku dapat mengurangkan kerisauan ayah...dan aku dapat menenangkan ayah..mungkin aku tak dapat gembirakan hati aku, tapi aku tetap gembira dapat gembirakan hati ayah... mungkin aku rasa ayah tak faham aku, tapi aku tahu, ayah terlampau sayangkan aku...ayah risau dah terlalu banyak kes ragut melibatkan motorsikal kebelakangan ni...ayah...akak sayang ayah...akak sayang ibu, sayang semua ahli keluarga kita... mungkin akak jarang katakan pada ayah akak sayangkan ayah, tapi, hakikatnya action speaks louder than words... akak dah buktikan akak boleh berkorban utk senangkan hati ayah...akak takkan menyesal..........
ayah...sempena hari ni, selamat hari bapa akak ucapkan.....u are the greatest father in the world...