sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Friday, September 11, 2009

innalillah....

Ayah solat jumaat. Ibu dpt panggilan telefon lg. paktam meninggal. Innalillahiwainnailaihiroji’un.... tk sempat nmpaknya kami nk ziarah paktam sementara umurnya masih ada. Tk sampai 24 jam paktam di hospital, arwah telah dijemput menghadap ilahi. Arwah pergi jam 1.40 pg... tk siapa sempat menziarah jenazah memandangkan jenazah trus dibawa ke bilik mayat menanti waris utk menuntut.... sebaknya rasa di dada.... aku dan ibu mmg tk mmpu membuat keputusan... tggu ayah blk sembahyang jumaat, pada ayah kami suarakan... kami menangis lg... ayah trus ajak ibu balik penang... sempat ibu call adik beradik ibu yg lain ajak ke penang... kami bertolak jam 3.30 ptg, sggh di kajang ambik ateh, dan trus ke perak, singgah rumah tokchik... kami bertolak dr perak jam 2.30 pg ke penang dgn 3 buah kereta. Sampai penang tepat2 azan subuh...di masjid batu uban... memandangkan kami tk ada saudara mara/waris yg tggal di penang, maka, jenazah terpaksa menanti kami utk diuruskan..lps subuh, ayah, tokwan, pakngah, n spupu2 laki aku berbincang dgn imam masjid utk minta ehsan mereka utk mengebumikan jenazah di kawasan mereka. Alhamdulillah, mereka setuju... seterusnya, kami trus ke hospital.. jenazah paktam dapat diuruskan dgn sempurna... alhamdulillah... cuma yg agak menyedihkan, sbb jenazah terlantar lebih drp 24 jam dlm bilik mayat... mnunggu kami untuk menuntut jenazah... alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar, dan jenazah selamat dikebumikan jam 12.30 tghari.

No comments: