sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Tuesday, March 30, 2010

macam-macam hal...

hari ni aku kembali masuk ke 2Z seperti biasa. disebabkan minggu lepas aku tak masuk langsung klas dorang, jadi, hati aku dah sikit sejuk dengan hal dorg buat hari tu...minggu lepas aku busy skit, ari selasa aku cuti rehat ke tg malim, then ari rabu aku terlibat dengan meeting, khamis plak aku tak masuk sekolah menghadiri interview, dan jumaat hari sukan sekolah. byk klas aku tergendala minggu lepas, termasuklah klas 2Z ni. mujur jugak aku dah cover silibus dorg awal2, jd tkdela kelam kabut sgt. yg klakarnya, masuk2 klas ari ni, semua jerit rindu kat aku... rindu laa konon.. aku takkan terpedaya lagi dgn helah dan taktik dorg.. ekekeke...
then aku buat test skit ari ni, dlm pada dorg siapkan test tu, sempat aku menjenguk2 keje dorg.. mcm biasa la, aku mmg tk senang duduk klu dlm klas. smpai ada student ckp aku energetik terlebih tenaga sebab rajin sgt merayau2 berjalan2 dlm klas. abes tu, bila lg aku nk kurangkan lemak kan? hahaha... yg sebenarnya, dorg tk suka sbb dorg tk bleh buat keje lain.. (padan muka, sape suruh buat keje lain waktu aku).. ekekeke.. tiba-tiba ada sorg student bgtau aku, "teacher, last week teacher Y teach us Science. digestive system. so bored laa teacher", aku terkejut jugak.. uik, ada ura-ura klas 2Z akan diambil alih oleh cikgu Y ke? then aku tnya budak2 ni, kenapa cikgu Y ajar dorg, baru aku tau, cikgu Y ni ajar dorg IT sebenarnya. tp, mggu lps, comp lab tk bleh bukak, sbb tu dia ajar sains je dlm klas. lg pun, cikgu Y ni mesti ragu2 ngan aku yg freshie ni... hahaha...cikgu Y ni dah berpengalaman bertahun2 dah ngajar Sains. ok gak la klu dia sudi nak ajar student aku.. then, aku ckp ngan student 2Z, nak ke klu aku tukar dgn cikgu Y utk ajar klas dorg, sume geleng kpala.. haha.. dah ada modal baru nmpaknya. lepas ni klu dorg buat hal lg, aku gertak je nk tukar klas dgn cikgu Y... hehehe...

Saturday, March 20, 2010

melayan kebosanan...

saat ni aku kat sekolah. pagi sabtu. waa... duty untuk kelab pancaragam 4 jam, dr 9 pagi sampai 1 ptg.. bosan jugak nih... budak2 pancaragam dah tenggelam dlm dunia dorg... sedangkan aku bersendirian menemani sepi bertemankan laptop ni..warggghh... kadang-kadang sunyi ni boleh membuat aku jadi gila.. tapi, kadang2, aku rasa aku tringin sangat nak bersendiri... menyepikan diri.. seronok kalau dapat duduk tepi laut seorang diri, merenung alam ciptaan ilahi, kan? indahnya rasa, tenangnya jiwa. tapi, dalam keadaan sekarang, tak mungkin ayah akan benarkan aku melakukan sedemikian. bahaya katanya. aku perempuan. ada benarnya kata ayah tu. walaupun kadang2 aku rasa terkongkong, tapi, aku tau apa yang ayah dan ibu lakukan semuanya untuk kebaikan aku dan adik beradik lain. semuanya tanda mereka sayang pada kami. sometimes, action speak louder than words.... so, aku mengerti niat ayah dan ibu.
menyendiri di sekolah begini, membolehkan aku menghayati persekitaran sekolah. baru ku sedari, di sini ada seekor anjing yang berkeliaran ditemani oleh salah seorang pakcik guard berbangsa india. sempat aku bertanya pada uncle tukang kebun tadi, anjing tu dibela atau anjing liar, jawapannya, anjing tu kepunyaan sekolah... nampaknya aku perlu lebih berhati-hati....
bercerita mengenai haiwan belaan di sekolah, satu hari dulu, aku juga terkejut sebab bilik guru diserang monyet. kelakar kan?? aku pada mulanya tak berapa nak percaya 'tunggang-terbalik' bilik guru tu disebabkan oleh monyet... sekali tu, masa aku tgh mengajar, memang aku nampak sendiri monyet atas bumbung sekolah. masa tu jugak, student2 kelas yg aku mengajar tu masing2 dah tak tumpu perhatian...semuanya rasa macam dekat zoo... masa tu jugak, aku rasa aku perlu bagi mereka ruang untuk melihat binatang yang jarang dapat dilihat tu.."ok..semua lihat luar ya... itulah namanya monyet or monkey.. sy bg tiga minit, kamu lihat monyet itu ya...lepas tu tgk dpn blk".. semua student gelak dan lantas memerhati gerak laku monyet tersebut...
ada satu hari tu, di bilik guru juga.. seorang guru kecoh kunci laci mejanya hilang... dalam laci meja tersebut terletaknya buku-buku akaun student yg dpt biasiswa..mana laa kawan ni tak kecoh... nak dijadikan cerita, seorang cikgu cina menjumpai segugus kunci dan tak tahu kepunyaan siapa... jadi, cikgu tadi ni pergilaa tengok kunci tu, dan mengaku kunci tersebut miliknya... bgtau cikgu cina tadi,"saya rasa tikus yang bawak kunci kamu sampai tempat saya.. kamu tengok keychain tu dah ada kesan gigitan tikus..." kami semua lihat pada keychain tersebut, unik rupanya, patutlaa tikus bawa lari, keychain tersebut berbentuk cili merah... kesian tikus tu... kena tipu...

Thursday, March 18, 2010

kisah aku dan bilik disiplin

suatu hari....
aku masuk kelas 2Z(bukan nama kelas sebenar) macam biasa... subjek Sains tentunya... siap bawa paper exam yang siap ditanda secara strict... then... "stand up... good morning teacher" tentunya ketua kelas mengarahkan pelajar lain mengikutnya memberi ucapan sejahtera kepada aku. " good morning, sit down", kata aku dengan muka serius sebab nak bg paper exam dorg... and then, agak mengejutkan sebab pelajar2 ni taknak plak menggeselkan kerusi dengan simen utk meletakkan punggung mereka, sebaliknya, ramai yang ke depan and then, "teacher, kami minta maaf" atau "teacher, we are so sorry"... aku pulak yang terpinga2... sangkaan awal aku, budak2 ni mesti ingat markah sains dorg teruk, sebab tu minta maaf awal2... aku pun, " ok2... sit down class..." tanpa bertanya lebih2 lg.. bdk2 ni plak buat muka lg kesian mnta maaf beriya2... aku semakin konfius, tp aku malas nak melayan.. aku bg paper exam dorg and then, masing2 bergembira sebab hampir semua dapat a.... masing2 berebut2 nak tgk markah kwn2... biasa laa tu kan, aku tringat zaman aku sekolah dulu2... then, masing2 merayu utk dpt markah kesian... tp, utk kelas ni, klas yg agak pandai, aku mmg strict... salah eja term pun abes aku pangkah..hahaha... zalim ke aku ek? tp, niat aku, moga dorg tak ulangi kesilapan dorg.. tu je...

keesokan hari...
"cikgu, bleh ikut saya ke bilik disiplin?" ujar cikgu B*******. aku terpinga-pinga jugak.. memandangkan masa tu hampir semua guru dah balik ke rumah masing2, dan cuma aku yang terkial2 blum punch kad lagi, aku mula rasa berat hati, tapi, aku angguk juga. risau juga. pelajar 5X buat hal ke?? takkan laa kot (aku guru kelas 5X).. aduiii...kene lantik jadi guru disiplin baru plak ke??? (waaa....taknak...nanti abes kete kene calar)... ermmm... dalam berat ati tu, aku ikut juga langkah cikgu B******* ke bilik disiplin. cikgu B******* bawa aku ke depan salah sebuah komputer yang ada dalam bilik tersebut. mukadimah dr cikgu B*******,"cikgu tau kenapa saya ajak cikgu dtg sini?" aku geleng2...serius, memang aku tak tau.... cikgu B******* cakap lagi, "cikgu tau gambar cikgu ada dalam facebook?"..aku mula konfius, nak angguk ke, nak geleng... kat facebook aku memanglaa ada gambar aku...kat facebook kawan2 aku pun ada jugak yang ada gmbr aku..tp, apesal cikgu B******* ni tanya mcm ni??.. aduhaii... agaknya cikgu B******* tgk muka aku blur, dia sambung lg, "cikgu tau, student bawak hp?" aku geleng2 lg... sumpah...aku tak tau... then, trus cikgu B******* mengarah ke monitor komputer di depan kami... dibukanya satu folder di desktop... "cuba cikgu tengok gambar2 ini"... tanpa perasaan, aku mula meneliti satu persatu... gambar budak2 2Z dalam kelas masih berpakaian sekolah (maksudnya waktu persekolahan)... terus aku perhati dan teliti satu persatu, sehinggalah aku berjumpa dgn satu gmbr dan aku amat terkejut....gambar aku. ya, gmbr aku dicandid pelajar 2Z tanpa pengetahuan aku... dan kerana sekeping gambar inilah, membawa aku ke sini... baru aku faham kenapa semalam beriya2 pelajar 2Z minta maaf dr aku. rupanya kerana sekeping gambar ini... pelajar bawa hp ke sekolah hukumnya haram berdasarkan undang2 sekolah... maka, pelajar bergambar menggunakan hp jg haram, maka, pelajar2 yg berposing utk ditangkap gmbr dlm hp juga dikatakan bersubahat, maka, adakah aku turut dituduh bersubahat????? uwaaaaaaaa.... sumpah aku taktauuuuuuuuuu........mujur ayat cikgu B******* yang terakhir, buat aku rasa lega, walaupun aku rasa kredibiliti aku sebagai seorang guru dah dipijak2... "cikgu, i just want to inform u.." aku lega, tp perasaan tu cuma sedikit cuma... perasaan yang byknya, aku tk tau nak gambarkan macam mana....

hari seterusnya...
aku menyemak di pejabat waktu rehat...mcm biasa, menyiapkan attendance student klas aku. memandangkan pagi td masa berderet, waktu rehat baru sempat aku laksanakan tugas yang satu tu.. Pn G** panggil aku masuk ke biliknya.. "Am****(nama aku), u ada tau pelajar u bawak hp dtg sek?",itu soalan pertama dia... aduh...sekali lagi menyemakkan fikiran aku... "tktau cikgu", jawab aku.jujur. "awak tau student tk bleh bawak hp dtg sek?", tnya dia lagi. "tau", jawab aku jujur lagi. "apa u buat waktu student u capture gambar u",tanya puan G** lg... "saya sedang bercakap dengan one of the student..she comes to my table"...jujur...btul, kalau tak percaya, bleh tgk gmbr tu.... then, pn G** gelak2 tp muka dia macam tk brape nak puas hati lg... "pelajar klas pandai pun buat perangai", akhiri dia...dan aku trus keluar dr blk GPK tu..dalam hati, tuhan je tau perasaan aku. lepas ni agaknya pengetua plak pggl aku... layankan je...hahha...yg penting aku perlu buat sesuatu utk pelajar 2Z ni...

masuk 2Z...
"
good morning teacher", mcm biasa... tapi aku, "good morning..." aku tak kasi dorg duduk...hahahaha... aku check abes buku dorg tgk homework.. majoriti tak siap.. aku cakap aku nak demerit, semua merayu...tau takut..cikgu B******* dah bgtau aku smalam, satu klas kene demerit 15 sebab kes hp ni... so, kalau aku tmbh lg demerit dorg, ape agaknye akan berlaku???hahaha... nasib baik hari tu aku baik... tp masih bermuka garang (aku rasa ini first time aku buat muka garang kat bebudak ni...sebab budak2 pandai ni malas aku nak marah2) aku suruh dorg siapkan kerja tu sambil berdiri...tp...ada plak yg menjawab "cool la teacher".. buat aku lg panasssssssssss.... maka, leteran aku bermula... best jugak sekali sekala berleter ni...harap2 dorg paham apa yg aku leterkan..hahaha... dan kesannya, sampai abes masa aku tkde sape berani bersuara...sebelum keluar kelas sempat plak aku menggertak dorg,"jgn terkejut kalau ini hari terakhir saya masuk klas kamu"... hahaha..psiko je tu...

hari seterusnya...
aku sampai sekolah macam biasa...around 7 am... tp yg agak terkejutnya, atas meja aku ada surat cinta dr salah seorang pelajar 2Z... minta maaf dan harap aku tak pergi tinggalkan klas dorg. ingat nak upload di sini, tp, aku tertinggal dlam laci meja kat sekolah plak... tkpela, lain kali aku cuba upload....klakar...memang klakar sebab lps rehat hari tu aku masuk 2Z dan buat muka macam tkde apa2 yg berlaku... bdk 2Z masih diam membisu...mesti dorg dah tau yg aku juga pandai marah dan berleter....