sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Friday, November 20, 2009

last day~

setelah hampir sebulan berkhidmat di sini, akhirnya tiba cuti akhir tahun. rasanya cuti ni memang dinanti semua yang bergelar pelajar sekolah dan guru-guru... aku yg baru kerja ni pun dah excited nak cuti, ini plak laa klu ckgu2 yg dah lama keje...mesti rasa lapang sangat setelah bertungkus lumus mengajar dan menyiapkan kerja2 perkeranian di sekolah..rasa lapang sangat nak cuti sebulan lebih, then tak payah pening2 fikir itu tk siap, ini tk siap...cuma waktu cuti ni, kene study blk, kene refresh blk ape yg patut... (ini utk freshie mcm aku je)..hahaha... tahun depan, aku mungkin akan mengajar sains tingkatan 2 dan juga kimia tingkatan 4 dan tingkatan 5... kak ana dah siap suruh aku practise dpn cermin utk mengajar tahun dpn... ape2 laa..huhuhu...yg penting aku excited nak cuti... hahaha

Wednesday, November 18, 2009

dinner~

dinner yang sempoi. itu yang dapat aku rumuskan mengenai annual dinner tadi. dari semalam lagi akuA dah sibuk risik pada cikgu2 lama mengenai pakaian yang patut dipakai untuk dinner. mujur juga aku dah diberi warning awal2. kebarung merah terpaksa ku simpan semula. dan mlm ni tadi aku cuma mengenakan blouse labuh hitam hijau dan jeans longgar. tak formal sungguh. itu jerit hati yang tak berapa nak yakin untuk pakai jeans ke annual dinner ni... pergi tadi tumpang kak ana... sekali tgk dress kak ana.. lagi simple macam nak pegi pasar malam... hahaha... rasa aku pun dah beriya. smpai sekolah, kami antara yang awal sampai. kata kak ana, saje sampai awal supaya kami dapat pilih meja.. sampai2, tgk2 cikgu2 cina pempuan nih pakai seluar pendek kat peha jer... adess... konfius gak aku... dinner ke Aape ni ek? hahha... tp, ini lah hakikat. sepanjang tahun, semua majlis adalah sempoi dan simple. no protokol, n no formal. haha... ini lah tempat aku berkhidmat. ..
sambung pasal dinner. makan pada jam 8.30 malam selepas ucapan beberapa org besar sekolah.. haha... ada persembahan nyanyian karaoke oleh cikgu osman... seterusnya tarian bollywood dr pelajar2 smkhl dan tarian cina oleh persatuan murid2 tua smkhl... persembahan diselang seli dgn cabutan bertuah. rezeki aku malam ni, menang salah satu cabutan bertuah... dapat TUPPERWARE. bleh bg ibu ni.. hehehe...ni antara gambar2 mlm ni...dpt snap sikit jer, sbb busy makan :P


kak sal, nad n aku

nad, aku n kak aziah

aku n kak aziah di saat menghabiskan sisa-sisa hidangan

hadiah cabutan bertuah :)

Tuesday, November 17, 2009

first meeting

hari ni attend first meeting utk pertama kali dalam sejarah aku bekerja. hahaha... kerja baru sebulan ada hati nak buat sejarah. ntah pape.. hahaha... k. kembali pada meeting. meeting mula pkul 1 dan abes pada pkul 3.30...ngantuk woo... apetah lagi melihat cikgu2 lelaki yg tanpa segan silu memejamkan mata membuka mulut dan bersandar...(tido dengan khusyuk laa tu maksudnya) ditambah dengan cuaca yg tak berapa nak suam2 kuku... hahaha... semua lebih dr 110 org guru berkumpul di bilik mesyuarat tadi.. ramai jugak cikgu sek ni...huhu... pelbagai isu dibangkitkan terutamanya post mortem bahagian disiplin utk sepanjang thn 2009 ni. selain tu, jadual bertugas utk cuti ni juga diedarkan kepada kami.setiap guru akan bertugas utk 2jam setengah sepanjang cuti.hahaha... aku kene bertugas pada 7dis jam 10.30am smpai 1.00pm... abes meeting aku terpaksa tunggu sbb aku salah seorang yg dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru kelas Tingkatan 1 2010.. jadinya, aku secara tak langsung akan bekerja awal seminggu dr guru2 lain utk menguruskan orientasi pelajar2 tingkatan 1 ni... adesss....

Monday, November 16, 2009

esok..esokk...esokkk...dan esokkkk lagi...~

hari pertama untuk minggu ke4 aku bergelar pendidik... pagi tadi perhimpunan buat kali ke2 untuk aku... musim exam dah abes, jadi pelajar yg ke sekolah tak sampai setengah dewan... lusa spm... gud luck utk adik tersayang, alang... semoga dapat jawab spm dgn hati tenang dan semoga dapat menjawab semua soalan.. akak doakan alang berjaya...
esok aku akan attend first meeting aku di smkhl..mungkin meeting mengenai jadual tugas semasa cuti kot... cuti??? waa...tak sabar btul..tggal 4 hari lagi aku akan bekerja secara rasmi... hahaha... tk sabar nye nak mkn gaji buta... bleh ke ckp macam tu??? ishhh...tk bleh2.... hahaha...
tadi kat sekolah, rasa macam takde rehat langsung. esok hari terakhir aku kene siapkan PEKA budak2 form 4... tadi pulun punya pulun, siap jugak satu kelas... tggal satu kelas lg.. esok wajib dipulun... hahaha.... lusa aku nak rehat...mlm lusa ada dinner...:P
esok selasa...pastu esokk lagi, rabu, pastu esokkk lagi, khamis, pastu esokkkk lagi jumaat... pastu cutiiii...yeay! (tak sabar, mengalahkan student plak)

Friday, November 13, 2009

Jumaat.

Jumaat. hari terakhir untuk minggu ni. hari terakhir orientasi aku sebagai guru sandaran siswazah terlatih. hari kecemerlangan sekolah. hari aku pulang ke kampung... dan semestinya hari yang amat meletihkan... hahaha...
sedar tak sedar, dah tiga minggu aku berkhidmat di sini. di sekolah yang agak asing bagi aku.. dan alhamdulillah, setakat ni segalanya berjalan lancar.
pagi tadi hari kecemerlangan sekolah. dirasmikan oleh pengerusi pengelola sekolah. jarang sekali aktiviti di sekolah aku ni jemput pegawai ppd untuk merasmikan apa2 majlis. sebaliknya hanya pengerusi pengelola sekolah yang akan merasmikan semua aktiviti2 yg dirancang sekolah. agak menghairankan aku bila semua berada dalam keadaan relax je walaupun hari anugerah ni dikira sebagai salah satu program tahunan yg patut diberi penekanan. tapi, dr pemerhatian aku, baru pagi tadi lah pelajar2 angkat kerusi masuk ke dewan, susun dalam dewan... jam 8 pagi, meja pendaftaran dah bersedia berbaris menanti kehadiran ibu bapa... tp, jam 8 juga laa pelajar kelam kabut angkut kerusi masuk dlm dewan.. hahaha... kelakar pun ada. jam 9 ibu bapa dah ada yg hadir. dan jumlah nya boleh dikira. tk sampai 30 orang aku rasa. pelajar lebih dr 1000 org, tp, ibu bapa yg hadir menunjkkan seolah-olah sekolah ini berstatus sekolah kurang murid plak. hahhaa...
satu yg menarik perhatian aku. pelajar yang mengambil hadiah mesti diiringi oleh ibu bapa. sedikit penghargaan untuk ibu bapa yang tak jemu-jemu mendidik anak... langkah anak ke pentas ditemani langkah ayah mahupun ibu. dan ini benar-benar membuat dadaku sebak sekali... terimbas zaman sekolah dulu. rasanya klu hari kecemerlangan mcm ni, aku lah insan paling gembira.. tak kisah laa walaupun hadiah yg kuperoleh cuma bekas pensil atau pun buku... kenapa ek dulu2 masa aku sek, tkde pun budaya mak ayah ikut anak naik pentas pastu bergambar, berposing sakan.? aku yakin, klu laa aku yg jd dorg, naik ke pentas bersama ibu ayah.. mesti air mataku tumpah...hahahha... susah betul org sensitif nih...
jam 10, aku dah berada di kantin menjalankan tugas sebagai AJK Jamuan Ibu Bapa... order cuma 100 bungkus bihun goreng... sekolah ni dah arif mengenai kehadiran ibu bapa pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 membosankan ini. cuba kalau buat konsert, sekolah boleh kutip lebih dr rm1 juta lg...tunggu2 masa jamuan, adala dalam 20 orang parents yg datang.. last2 abes sume bihun bagi je kat student yg ada kat kantin tu...sembang2 dgn cikgu2 ni, memang inilaa budaya nya... pibg pun tk ramai yg datang.. cuma kalau mintak duit ape2, memang tk ada masalah sangat.. biasala org cina..kan kaya...

Monday, November 9, 2009

perhimpunan~

pagi tadi, aku join perhimpunan utk kali pertama setelah 2 minggu aku di sini..mgu sebelum ni bdk2 ni exam jd tk dpt nk adakan perhimpunan.. first time jugak aku melangkah ke dewan sekolah yg dibangga-bangga kan... mana laa dorg ni tak bangga, semua hasil titik peluh dorang cari duit, kumpul dana, macam2 lagi laa untuk bina dewan ni...bangunan sekolah, peralatan sekolah sume bukan dr pihak kpm... semuanya hak sekolah atau lebih tepat jawatankuasa pengelola sekolah... memang besar dewan sekolah ni... bleh muat semua lebih 1000 pelajar dlm satu masa...sekarang ni plak dorg tgh bina dewan kuliah 2 tingkat utk kegunaan student..dgr kbr taun dpn dorg nak tarik bbdk form 6 sek sini...tktau laa ppd luluskan ke tak...ini jugak first time aku dgr sekolah ada dewan kuliah.. aku tk tau laa ape perasaan aku... bangga ke? entah. tak pasti.
perhimpunan tadi. tak dimulakan dgn doa. rasa janggal plak. yela kite kene ikut majoriti. majoritinya cina. jd tk perlu doa. doa dlm hati je. aku pun nnt kene biasakan keadaan ni. sebabnya mmg dah feel aku, masuk klas, salah sorg pelajar laki kene imamkan bacaan doa. tk dapat truskan budaya ni utk beberapa tahun selagi aku di sini.
sambung pasal perhimpunan tadi. juga tak dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku tu sume. juga tak dimulakan dgn ikrar. tp dimulakan dgn ucapan guru bertugas. heran. pelik. tp, ini budaya sekolah. kene terima, inilah sekolah tempat aku berkhidmat.. lepas beberapa org guru berucap, tibe giliran sorg cikgu cina berucap. aku tak tau sape nama die. ramai lg yg aku blum kenal. susah nye... hmm.. yg menariknya, cikgu ni promote tiket konsert. konsert yg akan diadakan pada cuti sekolah ni. bertujuan utk kutip derma dan dana utk menyiapkan dewan kuliah sekolah dr segi facilities... aircond, wiring... for sure laa konsert lagu2 cina kan. org cina ni kan kaya raya. rm50 harga tiket tu apela sangat... pastu akan diadakan juga pertandingan nyanyian superstar... gile tol, inilah first time aku g sek yg berbudaya hiburan nih... hahaha...
sambung pasal perhimpunan tadi. dah habis pengetua berucap, barulaa nyanyian lagu negaraku. diikuti lagu negeri pahang. seterusnya lagu malaysiaku. patriotik ok...:P.. dah abes nyanyian, sila berikrar..dah abes ikrar, guru2 sila keluar...wahahaha... itulah serba sedikit kisah perhimpunan di sini.

Wednesday, November 4, 2009

kerja baru...

walaupun aku blum dpt jadual secara formal... tetap gak kena isi borang penilaian prestasi..padan muka aku reka...dah laa reka..menipu plak tu.. kesimpulan: SKT yg dirancang dicapai dgn jayanya... hahaha...sabor jelaa...
hmm... dalam pada bizi mengisi borg SKT tu, aku juga dah diberi keje baru. tugas baru. tanggungjawab baru. kene siapkan fail peka utk 2 kelas tingkatan 4.. kadang2 aku jd rimas. aku tak berapa nak suka menyambung kerja org yg tk berapa terurus. aku jadi pening. aku jadi serabut. mujur hati ini baik mengalahkan sifat amarah dlm diri..heheh... aku teruskan juga..mudah. simple. tapi, menyakitkan hati sebab masa ni laa baru nak buat fail peka... selama ni apesal tk buat? takkan nak tunggu aku datang baru nak buat??? waa... aku memang betul2 hot... aku tak tau laa...aku tak suka bila org peningkan kepala aku yg sgt senang utk pening nih... aku tk kisah nak tolong sape2 pun, tp kenapa kerjanya berterabur..arahan plak tk jelas... tu yg buat aku hot tak menentu..
minggu ni banyak habiskan masa di makmal keseorangan. tp ada jugak 2 hari aku ditemankan pembantu makmal, kak chik yg baru aku kenali.. sembang ngan kak chik pun seronok.. jiwa die muda lagi, walaupun umur dia jauh berusia dr aku..mungkin sebab die blum berkahwin...jadi senang nak ngam...dr kak chik, macam2 gosip, macam2 cerita dapat aku selongkar.. heheh... banyak lagi yg aku tak tau rupanya... bangunan sekolah dan segala kelengkapan sekolah adalah hak milik pengelola sekolah dan kpm tidak masuk campur sama sekali. bil air dan bil api dibayar menggunakan duit sekolah dan kpm tak berhak persoalkan kenapa setiap kelas ada sampai 6 biji kipas. setiap blog dilengkapi lebih 5 cctv.. dan menyebabkan kes calar kete cikgu dah kurang sebab budak2 tk tau lokasi cctv berada...yuran pibg perlu ditambah rm50 drp jumlah bayaran sebenar utk menampung duit sek... pelajar dibenarkan bawa kereta ke sekolah, dan parking khas utk pelajar turut disediakan... sek dah lama tk terima guru baru kecuali mulai tahun lps ckgu baru poating ditempatkan di sini... cikgu2 kat sini ok, cuma akan bermasalah dgn pelajar. jgn buat pelajar. tegur sekadar tegur. dorg dengar tak dengar lain cite... jgn sampai pelajar berdendam dgn cikgu...jgn biar pelajar dtg rumah cikgu utk balas dendam..
kadang2 aku terfikir mampu ke aku jd cikgu yg baik kalau sikap pelajarku sebegini...ditegur akan didendam, dimarah akan didendam, apetah lg klu terpukul tercubit syg tu... entahlaa... bukan aku tk bleh nak menggarangkan diri atau lebih tepat jadi guru disiplin yg digeruni...tapi, aku tkmau...tkmau pelajar ikut ckp aku kerana tkt kan aku..aku nak pelajar ikut cakap aku sbb dorg ikhlas nak menuntut ilmu...adess...berat sungguh dugaan ni...

Monday, November 2, 2009

masa berlalu~

sedar tak sedar, dah seminggu aku bertugas.. aku sudah mula menyesuaikan diri dan cuba mengingati beberapa nama guru..walaupun masih bermastautin di bilik kaunseling, ada jugak kadang-kadang tu aku ke bilik guru..paling tidak pun carik cikgu utk anta paper exam...
bosan jgak bile musim exam nih.... ngantuk woo jg exam.. :P hihihi...
pagi tadi terpaksa tumpang kak ana ke sekolah..sebabnya hujan... tak dapat nak naik kenderaan dua tayarku itu ke sekolah... mujur laa kak ana jiran aku jer.. tak adalaa aku melilau nak cari sape yg bleh aku tumpang ke sekolah.. bila agaknya aku bleh pakai kenderaan 4 roda ek?? surat tawaran kerja pun tk sampai2 lg... adehhh... lambat laa gaji masuk...
tadi, surat lantikan pengawas spm pun aku terpaksa pulangkan pada guru asalnya. sebabnya aku tk layak utk jd pengawas spm. mujurlaa kami ni berminat nak tanya pada pihak pentadbir status kami utk menggantikan guru yg mengawas spm.. heheh... satu masalah selesai.. byk sebenarnya yg aku fikir kalau ditakdirkan kami terpaksa menggantikan guru2 kat sek tu utk awas spm.. masalah first, masalh kenderaan. takkan laa aku nak merempit dr sini ke paya pulai... jauh woo.. lagi2 musim hujan skang ni.. alhamdulillah laa... Allah dah permudahkan segalanya untuk aku..