sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Friday, November 13, 2009

Jumaat.

Jumaat. hari terakhir untuk minggu ni. hari terakhir orientasi aku sebagai guru sandaran siswazah terlatih. hari kecemerlangan sekolah. hari aku pulang ke kampung... dan semestinya hari yang amat meletihkan... hahaha...
sedar tak sedar, dah tiga minggu aku berkhidmat di sini. di sekolah yang agak asing bagi aku.. dan alhamdulillah, setakat ni segalanya berjalan lancar.
pagi tadi hari kecemerlangan sekolah. dirasmikan oleh pengerusi pengelola sekolah. jarang sekali aktiviti di sekolah aku ni jemput pegawai ppd untuk merasmikan apa2 majlis. sebaliknya hanya pengerusi pengelola sekolah yang akan merasmikan semua aktiviti2 yg dirancang sekolah. agak menghairankan aku bila semua berada dalam keadaan relax je walaupun hari anugerah ni dikira sebagai salah satu program tahunan yg patut diberi penekanan. tapi, dr pemerhatian aku, baru pagi tadi lah pelajar2 angkat kerusi masuk ke dewan, susun dalam dewan... jam 8 pagi, meja pendaftaran dah bersedia berbaris menanti kehadiran ibu bapa... tp, jam 8 juga laa pelajar kelam kabut angkut kerusi masuk dlm dewan.. hahaha... kelakar pun ada. jam 9 ibu bapa dah ada yg hadir. dan jumlah nya boleh dikira. tk sampai 30 orang aku rasa. pelajar lebih dr 1000 org, tp, ibu bapa yg hadir menunjkkan seolah-olah sekolah ini berstatus sekolah kurang murid plak. hahhaa...
satu yg menarik perhatian aku. pelajar yang mengambil hadiah mesti diiringi oleh ibu bapa. sedikit penghargaan untuk ibu bapa yang tak jemu-jemu mendidik anak... langkah anak ke pentas ditemani langkah ayah mahupun ibu. dan ini benar-benar membuat dadaku sebak sekali... terimbas zaman sekolah dulu. rasanya klu hari kecemerlangan mcm ni, aku lah insan paling gembira.. tak kisah laa walaupun hadiah yg kuperoleh cuma bekas pensil atau pun buku... kenapa ek dulu2 masa aku sek, tkde pun budaya mak ayah ikut anak naik pentas pastu bergambar, berposing sakan.? aku yakin, klu laa aku yg jd dorg, naik ke pentas bersama ibu ayah.. mesti air mataku tumpah...hahahha... susah betul org sensitif nih...
jam 10, aku dah berada di kantin menjalankan tugas sebagai AJK Jamuan Ibu Bapa... order cuma 100 bungkus bihun goreng... sekolah ni dah arif mengenai kehadiran ibu bapa pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 membosankan ini. cuba kalau buat konsert, sekolah boleh kutip lebih dr rm1 juta lg...tunggu2 masa jamuan, adala dalam 20 orang parents yg datang.. last2 abes sume bihun bagi je kat student yg ada kat kantin tu...sembang2 dgn cikgu2 ni, memang inilaa budaya nya... pibg pun tk ramai yg datang.. cuma kalau mintak duit ape2, memang tk ada masalah sangat.. biasala org cina..kan kaya...

No comments: