sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Tuesday, December 8, 2009

baitulmuslim

pg td duty di sek jam 10.30-1.00ptg...agak terkejut bila balik dr sek td, dapat khabaran dr seorg rakan bahawa rakan sekuliah kami telahpun mendirikan baitulmuslim dgn seorg lelaki, jodohnya..tk dengar apa2 khabar sebelum ni, agak tersentak juga aku. namun, ini lah yang dinamakan jodoh..dan yg paling penting, kita merancang tapi Allah yang menentukan... Tahniah buat Seha dan suami...Selamat pengantin baru,smoga kekal ke akhir hayat..seha, semoga mampu menjadi isteri yg mithali dan ibu yg penyayang..insyaAllah...Terima kasih atas jemputan kenduri... Akan dipertimbangkan kehadiranku.. :)
Baitulmuslim. kaitan yg terlalu rapat dengan jodoh. Jodoh pula berkait rapat dengan ketentuan Allah. Ketentuan Allah pula berkait rapat dengan usaha, doa dan tawakal. aku tiada jawapan utk setiap yang menyoal 'ko bila lg nk naik pelamin?'... jawapan sebenarnya ringkas je. bila2 aku boleh naik pelamin... sape yg kawen, ada pelamin, bleh aku tumpang naik...tp, kalau aku jawab mcm tu, for sure aku yg kene pelangkung kan? ekekeke... (dila, sila jgn pelangkung aku).. hmm... soalan yg senang, tp, jawapannya sangat subjektif. ye, aku memang single sekarang..dan aku tak nampak lagi bila aku akan mendirikan baitulmuslim... hajat di hati memanglah ada, tapi, mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku ikut jejak-jejak korg2... do'akan jela aku ok?? mana yg offer nak carikan aku bf tu, tq byk2...hihihi... apepun, aku dah bosan dgn zaman boyfren-gurlfren ni sume (bosannn???.uwekkk rasa nak muntah..mcm laa slalu sgt aku bercinta..hahaha...) tak. sebenarnya bukan bosan. bosan lebih sesuai kepada jemu terhadap sesuatu yang dah biasa kita lalui kan? aku tak biasa. maksudnya, bukan bosan.. hahhaa.. ok. aku tak berminat untuk jadi gurlfren sape2...sbb matlamat aku skrg, klu ada jodoh, aku nk bina baitulmuslim. bukan utk kapel2 lg. sila faham kwn2 (dila, faham ye...ekekeke)...klu aku nak kapel, nanti aku akan ada je perkara tak puas hati dgn si dia...dan bila status aku sebagai 'gurlfren', aku takkan teragak2 untuk memandang lelaki2 lain dgn niat untuk mencari yg terbaik.. sbb tu aku taknak gelaran 'gurlfren'..sebaliknya aku nak kan gelaran 'bakal isteri'.. hahaha... tp kan, ada lagi ke zaman skrg ni yg tknk bercinta... yg nak kenal kejap, pastu kalau rasa tkde halangan, trus prepare nak kawen?klu dulu byk kan? skrg ni camane ek??? hmmm....:P
aku tak berharap tinggi sangat. aku sedar diri. terlalu byk kekurangan. doa tetap doa. ada tak ada, itu ketentuan Allah... apapun, aku terima dengan redha...insyaAllah....

Sunday, December 6, 2009

pengantin itu bisu~

pagi tadi aku beraksi seperti anak dara yang sangat baik, yang diidamkan oleh bakal2 mak mertua...wahahaha.... (ayat tak menahan).. hmm..pg td sekali lagi aku ikut ibu ke kenduri rumah cik nah.. di mana, biarkan aku rahsiakan saje... sebenarnya rasa serba salah jugak sebab semalam malas nak ikut ibu ke rumah cik nah... kesian cik nah datang rumah siap cari aku kat dapur, jemput aku ke kenduri rumahnya. oleh kerana perasaan bersalah tu la, aku cover, jd pergi ke rumah cik nah pagi2 lg... lepas sarapan, trus ke dapur. menyibuk2 di celah2 makcik2 yang otai gile masak pengantin.. hahaha.. aku pun buat2 terer jer... sekali dorg mintak air kapur untuk gubah buah, aku pun tunjuk handal buat air kapur satu tupperware sederhana... skali antar kat dorg yg sedang menggubah buah, aku kene gelak... mana nak cukup yang oii... buah ni banyak.. mana laa aku tau... hahaha... aku tak tau pun apa fungsi air kapur tu...last2 kene buat air kapur lagi skali..kali ni buat satu besen besar. baru puas hati. rupa2 nya air kapur ni tujuan nya taknak bagi buah2 yang dah dipotong tu layu dan agar buah2 tersebut kekal rangup... baru laa anak dara ni tau.. hahaha...
sbb ramai sangat dah mengerumuni bahagian buah, jadi, aku terpaksa membatalkan niat utk belajar menghias atau menggubah buah utk meja pengantin. malas laa pulak nak bersesak2.. biarla makcik2 yg otai ni truskan kerja mereka. akhirnya aku melabuhkan punggung kat tempat dorg siang sayur (siang ke?? potong2 laa lebih kurang) nak buat sayur campur untuk hidangan pengantin.dah siap potong2 sayur sambil bergosip (agenda wajib makcik2 di dapur... layankan aje, walaupun aku tak kenal pun sape2 yang mereka bicarakan... tugas aku cuma angguk2.. geleng2... ahahaha) ok laa tu kan?? makcik2 ni pun saje suka bercerita je.. walaupun aku tak paham, layankan aje...dah siap potong2 sayur, skali lg tuan rumah suruh makan... makan lg..klu sarapan tadi mkn nasi lemak, kali ni makan nasi impit plak... pencecah nya...macam2.. ada gulai, ada kuah kacang, ada sambal ikan bilis.. pilih je mana yg berkenan di hati... ini pulak kalau duduk dapur, kerjanya tak henti2 mengunyah...
siap makan, dorg punggah sume bahan untuk buat bergedil pulak.. ini kali pertama aku lihat sendiri cara buat bergedil...kali pertama tengok, for sure laa tak pernah buat sendiri kan??? hahaha... tp, kalau makan bergedil, tk usah tanya...dah banyakkkkkk kali, tk dapat nak kira... hahaha...aku bersama2 makcik2 yg otai2 ni buat bergedil dr mula sampai akhir... dan kesimpulannya, lusa aku nak try buat sendiri kat umah... hihihi...best plak g kenduri camni dapat belajar masak mende2 yg rasa mampu dimasak cuma tak berapa reti nak masak..hahaha...
siap2 bergedil, kebetulan makcik2 ni kecoh nak sambut pengantin... tak lama tu, bunyi kompang dipalu... waahhh...pengantin dah datang... kenduri ni kenduri sambut menantu... aku tak lepas peluang menjenguk pasangan pengantin. sama cantik sama padan. pengantin laki memang aku dah nampak dr pg td. hensem orangnya.. pengantin perempuan pun cantik sangat. nampak sempurna. sempurna dari pandangan mata kasar... aku nak capture gambar dorg... tp, br nak mencari2 handphone, aku baru diberitahu, pasangan pengantin tu bisu... aku kan jenis yg cepat emo bab2 mcm ni... trus air mata bertakung kat mata.. last2 aku duk kat ceruk dapur tenangkan fikiran.. terukkan aku bab2 ni? cepat sensitif, cepat emo dan mudah touching bak kata fatin... waaa...bukan apa, aku ni memang jenis low confidence, selalu pandang rendah pada diri sendiri.. jadi, bila tgk ada yg lebih kurang dr aku, aku akan nanges... sesungguhnya Allah jadikan aku lemah, namun tetap sempurna kejadiannya...sempurna untuk aku. boleh melihat, boleh mendengar, bercakap, berjalan...takde ape yg kurang.... tapi, pasangan pengantin itu???
aku btul2 sebak.... td pun rumah dipenuhi sanak saudara pengantin perempuan dan rakan2 pasangan pengantin. majoritinya oku...bisu... dan ruang tamu depan pelamin senyap sunyi, sebabnya mereka2 ni cuma gunakan tangan untuk berkomunikasi..sekali lagi aku jadi pilu. aku memang tak layak nak jadi macam rosman, mengajar pelajar2 kelas khas... waaa... abg man, i tabik sama u! hehehe...
dorg cantik, hensem. sempurna fizikal pada mata kasar. namun, dugaan yang Allah kurniakan pada mereka...hanya mereka yang mampu menanggungnya.. ada beberapa pasangan yg dah dikurniakan anak aku lihat tadi. anak mereka normal atau juga bisu, aku tak pasti. yang pasti mereka gembira. mereka ceria. mereka bahagia. dan tentunya itu idaman semua kita. mahukan keluarga yg gembira, ceria, dan bahagia, bukan? di sisi Allah semuanya serupa.... yang penting bagaimana kita mencorakkan kehidupan dan terus maju ke depan. apa pun rupa kita, apapun kekurangan kita, anggap ianya sesuatu yang positif..pemberian Allah dan tentunya ada hikmah disebalik segalanya...
dah pkul 1.00 sekali lagi aku ke dapur. kali ni untuk makan. best best. makan lauk pengantin ok.. special untuk tukang2 otai2 di dapur yg bertungkus lumus memasak pagi ni.. aku walaupun cuma tolong potong2 sayur n buat bergedil je, rasa puas hati.. hahahha... walaupun tak dihias cantik macam kat meja pengantin, tapi rasanya tetap sama... bestttt... :P

Saturday, December 5, 2009

kawan~sahabat~member~teman~

hmm.. kebelakangan ni, fikiran sedikit kacau-bilau...sedikit rasa tk tenang... atau pun mungkin sbb sejak cuti, aku cuma terperap di rumah.. tak keluar2 ditambah lagi dgn musim hujan.. jadi, aku dah naik jemu duduk di rumah.. maksud jemu di sini bukanlaa sbb aku perlu melakukan rutin harian, tp, sbb lama tk jenguk dunia luar... hmmm..mungkin jgk laa... dan lately ni jugak, aku selalu terfikir dan terkenang kisah2 persahabatan..kisah2 memori2 lama... kenangan2 lampau.. sunyi sungguh ku rasa saat ini..
sebenarnya aku sedih. rasa kehilangan. seorang demi seorang sahabat, teman, member, kawan... seorang demi seorang mula menyepikan diri. tenggelam dalam suasana.. tenggelam dalam kesibukan. tenggelam dalam kehidupan harian. juga tenggelam dalam emosi dan perasaan... dan aku sendiri tak nafikan aku sendiri lebih memilih diam dan sunyi.. jadi adil bukan?
aku sedih. seorang sahabat baik semasa di u dulu...kini telah ada perancangan hidup berdua..dan semestinya aku sebagai kawan baik mula hilang dr ingatan bukan?? segalanya perancangan manis dan aku mula dilupakan. itu yg aku terkilan sangat. apakah sekiranya aku di tempat dia, aku turut melakukan perkara yg sama? melupakan sahabat baik ku sebegini juga? atau mungkin kerana aku yg berstatus single ini menyebabkan aku begitu sensitif???
kalau dulu...zaman kat u... ada masa kami keluar kfc sama2.. hampir setiap sem... setiap kali kekecewaannya, aku dulu dicarinya... die tk lepas utk sama2 posting oktober lepas, aku juga tempat mengadu... dan skarang.. kami semakin jauh... die dah mula merancang masa dpn utk berdua... alhamdulillah.. aku doakan yg terbaik untuknya...walaupun di sebalik hati, aku rasa sedih kerana semakin kehilangan seorang dia....
satu kes lain. dekat tapi jauh. setiap hari kami sembang di ruang maya. tp makin hari, terasa makin jauh... sedih. tentunya. adakah dengan lebih memahami seseorg, kekurangan semakin dapat disingkap, dan akhirnya aku dibiarkan semakin jauh lantaran kekurangan yg terlalu banyak dalam diri ini...aku tak pasti. cuma ku harap darimu sahabat, ampunkan silapku, maafkan keterlanjuranku, dan terimalah aku seadanya. mana yg silap tu, kau perbetulkanlah.. mana yg salah tu, tegur2 lah...
kes lain. rindu sentiasa ada. aku rindu.. lagi2 bila bukak fb n fs... tgk gelagat kawan2 lg dr gmbr2 masing2... semua dah besar pjg.. ada yg dah jd mak org.. ada yg dah jd isteri org... ada yg dah jd ayah org...ada yg dah jd suami org.. ada jugak yg masih single tp not available...yg pastinya tak ramai yg mcm aku. single dan tk nmpk bila nak double...:P apepun status kwn2 aku, aku rindukan semuanya... rindu masa2 lepas.. rindu kenangan2 silam.. rindu kehidupan asrama.. rindu segala-galanya.. dr zaman sek rendah, sek men, masuk matrik, dan akhirnya di universiti... kalau bleh diputarkan masa, tentunya aku tk tau zaman mana yg perlu dipilih utk diulang kerana semua nya terlalu bermakna bg aku..
mungkin kedewasaan kita memaksa kita untuk tidak seperti dulu. untuk tidak mencurahkan apa2 emosi dan perasaan pada kwn tertentu. juga peredaran zaman memaksa kita untuk memikirkan diri sendiri tanpa memandang ke belakang. juga mungkin status dan tanggungjawab kita memaksa kita memikirkan keluarga lebih dr segala-galanya.. mungkin kesibukan yg melanda memaksa masa kita dipenuhi dengan kerja2 dan kegiatan harian yg menuntut lebih waktu dan pengorbanan. apa pun, aku yakin, di sudut hati setiap dari kita, pasti ada ruang untuk mereka yg bergelar sahabat. tk kira apa status sekalipun, tk kisah berjawatan ape skalipun, pasti sahabat ada di dalam hati... terima kasih sahabat. mengenangku dalam hatimu dah cukup bg aku.... salam...