hmm.. kebelakangan ni, fikiran sedikit kacau-bilau...sedikit rasa tk tenang... atau pun mungkin sbb sejak cuti, aku cuma terperap di rumah.. tak keluar2 ditambah lagi dgn musim hujan.. jadi, aku dah naik jemu duduk di rumah.. maksud jemu di sini bukanlaa sbb aku perlu melakukan rutin harian, tp, sbb lama tk jenguk dunia luar... hmmm..mungkin jgk laa... dan lately ni jugak, aku selalu terfikir dan terkenang kisah2 persahabatan..kisah2 memori2 lama... kenangan2 lampau.. sunyi sungguh ku rasa saat ini..
sebenarnya aku sedih. rasa kehilangan. seorang demi seorang sahabat, teman, member, kawan... seorang demi seorang mula menyepikan diri. tenggelam dalam suasana.. tenggelam dalam kesibukan. tenggelam dalam kehidupan harian. juga tenggelam dalam emosi dan perasaan... dan aku sendiri tak nafikan aku sendiri lebih memilih diam dan sunyi.. jadi adil bukan?
aku sedih. seorang sahabat baik semasa di u dulu...kini telah ada perancangan hidup berdua..dan semestinya aku sebagai kawan baik mula hilang dr ingatan bukan?? segalanya perancangan manis dan aku mula dilupakan. itu yg aku terkilan sangat. apakah sekiranya aku di tempat dia, aku turut melakukan perkara yg sama? melupakan sahabat baik ku sebegini juga? atau mungkin kerana aku yg berstatus single ini menyebabkan aku begitu sensitif???
kalau dulu...zaman kat u... ada masa kami keluar kfc sama2.. hampir setiap sem... setiap kali kekecewaannya, aku dulu dicarinya... die tk lepas utk sama2 posting oktober lepas, aku juga tempat mengadu... dan skarang.. kami semakin jauh... die dah mula merancang masa dpn utk berdua... alhamdulillah.. aku doakan yg terbaik untuknya...walaupun di sebalik hati, aku rasa sedih kerana semakin kehilangan seorang dia....
satu kes lain. dekat tapi jauh. setiap hari kami sembang di ruang maya. tp makin hari, terasa makin jauh... sedih. tentunya. adakah dengan lebih memahami seseorg, kekurangan semakin dapat disingkap, dan akhirnya aku dibiarkan semakin jauh lantaran kekurangan yg terlalu banyak dalam diri ini...aku tak pasti. cuma ku harap darimu sahabat, ampunkan silapku, maafkan keterlanjuranku, dan terimalah aku seadanya. mana yg silap tu, kau perbetulkanlah.. mana yg salah tu, tegur2 lah...
kes lain. rindu sentiasa ada. aku rindu.. lagi2 bila bukak fb n fs... tgk gelagat kawan2 lg dr gmbr2 masing2... semua dah besar pjg.. ada yg dah jd mak org.. ada yg dah jd isteri org... ada yg dah jd ayah org...ada yg dah jd suami org.. ada jugak yg masih single tp not available...yg pastinya tak ramai yg mcm aku. single dan tk nmpk bila nak double...:P apepun status kwn2 aku, aku rindukan semuanya... rindu masa2 lepas.. rindu kenangan2 silam.. rindu kehidupan asrama.. rindu segala-galanya.. dr zaman sek rendah, sek men, masuk matrik, dan akhirnya di universiti... kalau bleh diputarkan masa, tentunya aku tk tau zaman mana yg perlu dipilih utk diulang kerana semua nya terlalu bermakna bg aku..
mungkin kedewasaan kita memaksa kita untuk tidak seperti dulu. untuk tidak mencurahkan apa2 emosi dan perasaan pada kwn tertentu. juga peredaran zaman memaksa kita untuk memikirkan diri sendiri tanpa memandang ke belakang. juga mungkin status dan tanggungjawab kita memaksa kita memikirkan keluarga lebih dr segala-galanya.. mungkin kesibukan yg melanda memaksa masa kita dipenuhi dengan kerja2 dan kegiatan harian yg menuntut lebih waktu dan pengorbanan. apa pun, aku yakin, di sudut hati setiap dari kita, pasti ada ruang untuk mereka yg bergelar sahabat. tk kira apa status sekalipun, tk kisah berjawatan ape skalipun, pasti sahabat ada di dalam hati... terima kasih sahabat. mengenangku dalam hatimu dah cukup bg aku.... salam...
2 comments:
apa yg warda lalui nih kak fara dh lalui..bila besfren sndri 'hilang' sejak bertukar status..sedih bila kenang, masa kat u..kita lah tempat dia luah perasaan, share susah senang..buat mcm2 perkara sama2..gelak menangis together2..tp bila dh bersuami, kita macam tak pernah wujud..sedih2..tp takpelah..asal kita tahu dia bahagia cukuplah :)
hihi..btul2 kak fara... asalkan dorg happy..tp harap2 dorg tak lupa kita walaupun tk hubungi kita lg kan? :P
Post a Comment