sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Monday, May 17, 2010

my love cedera parah..











biarkan gambar bercerita... nak tau lebih lanjut, sila penuhkan inbox aku k... sekian.

Friday, May 7, 2010

luahan hati~

kisah I
aku masuk ke kelas... semua buat bodo jer.. siap main kejar-kejar... dan aku terus tercegat memerhati. berdiri seperti pak pacak. dan seperti awal tadi, tiada siapa mempedulikan. 15 minit aku berdiri tegak, masih memerhati.. dan masih keadaan nya seperti tadi... tiada siapa kisah kedatangan aku... dan suara yang lantang dengan tekak yang sakit ini terpaksa dikeluarkan meminta mereka diam dan duduk di tempat masing-masing. duduk di tempat masing-masing, masih belum habis gurau senda mereka... inikah sikap hormat pelajar kepada guru?
boleh tak aku cakap aku fedup? setiap kali masuk kelas, aku kene jadi garang. aku kena jadi orang lain. aku kene buat suara keluar dr perut. aku kena masamkan muka. aku jadi letih untuk semua ni. tiada kah sedikit rasa hormat untuk seorang guru seperti aku? pelajar akan diam bila yang masuk kelas tu ialah cikgu disiplin. tapi, malangnya, kelihatan seperti dihormati, tetapi, akibatnya, kereta cikgu disiplin itu pula akan dipancitkan atau dicalarkan... kadang2, bila merenung sikap pelajar, aku cuma mampu menggelengkan kepala sendiri.. nak banding pula semasa zaman aku menjadi pelajar dulu. macam langit dengan bumi.

kisah II
aku dalam perjalanan ke kelas 2A. berada di tingkat atas sekali. ada lagi 2 tingkat untuk aku panjat daripada aras bilik guru. semestinya melalui tangga sangat mencabar. betul. aku yang single ni pun rasa mencabar, ini pulak cikgu2 yg double (yg mengandung, maksud aku)... tangga tak pernah surut dengan pelajar, ramai yg naik, ramai yg turun. yg naik, sama berebut dengan kita, yg turun pulak, dengan slumber berlari melanggar sesiapa sahaja yang menaiki tangga walaupun guru... ohhh...
inikah sikap pelajar ek? nak bg salam tu memang laa mustahil, sbb bkn islam, tp, nk hormat tunduk pun tak. boleh plak slumber giler melanggar kita. kene berpaut kuat pada tangga tu tau. tu sebab aku cakap mencabar. bayangkan lah kalau seorang cikgu terjatuh tangga... pasti tiada yang simpati kerana yang gelak dan ketawa itu lebih ramai... ini realiti pelajar sekarang. bg diorg, cikgu is nothing.....

kisah III
masuk kelas tingkatan 4 macam biasa, lain pulak ceritanya..pelajar itu masih tidak membawa buku... macam semalam2.. datang makmal bawa buku add math. bawa buku biologi. tak ada langsung bayang-bayang buku chemistry. aku dah lali. hari ini lain dr biasa, aku dah tk tanya lg 'where ur book?" sebaliknya tanya, " why u are here?' konon-konon tanya sebab nak bagi sedikit bebelan walaupun aku tak suka membebel.. tahu tak apa jawapan pelajar itu?? no answer. but, dia trus bangun, bawa buku add math ngan kalkulator trus keluar dr makmal. cikgu yg tercegat kat tepi kerusi dia ni, trus terkesima. fikir positif. maybe dia keluar nak pergi balik kelas macam biasa ambik buku. cikgu teruskan mengajar. hingga habis waktu, pelajar itu tetap tak masuk kelas... luluhnya hati seorang guru.
aku ke yang salah sebab terlalu emosi?? aku ke yg tak pandai kawal perasaan kalau 'termenangis??' tak cukup baikkah aku sebagai guru kimia?? betul ke pilihan aku untuk menjadi seorang guru?? memang tak habis kalau terus berfikir..stressssss... itu realiti. tp kenapa dulu, aku takde pun menghadapi situasi2 macam ni ek.. takde pun dalam kelas aku dulu student berani keluar dr kelas... ntahlah, tp, aku tetap bersyukur, sbb lepas kejadian hari tu, pelajar itu tetap masuk ke kelas dan bawa buku kimia, walaupun pelajar itu masih buat kerja lain. aku akan trus berdoa moga trus ada perubahan untuk pelajar itu.

kisah IV
jalan-jalan di fb. itu memang kerja terluang aku. jalan punya jalan, terstuck pada fb one of my students. tersenyum sendiri bila tengok ada gambar kelas yang dicapture untuk majalah sekolah... sempat lihat pada tagged dorg... owh.. terkesima sekali lagi, aku ditagged sebagai avatar... dan tgn trus melarikan tetikus ke bawah lagi. lihat pada komen mereka. own.. aku digelar alien rupanya. down seketika. tp, lepas pada tu, aku buat2 tak tau.. walaupun ada sedikit terluka...
simple kan?? sangat simple...small matter, tp, kenapa aku rasa lain ya? kenapa aku rasa terguris sangat?? ohh tidak, aku guru, aku perlu profesional. apapun gelaran diberikan, aku kena terima, mereka cuma remaja yang baru nak kenal erti hidup. yang lebih senang dengan kegembiraan... biarkan lah mereka....yg penting, walaupun aku tahu siapa yang memberi gelaran2 itu, tp, aku sentiasa berdoa moga Allah beri kesabaran yg tinggi kepada aku. moga aku tidak menyimpan perasaan dendam pada pelajar2 aku... amin...

kisah V
dalam makmal. mengajar seperti biasa.. sedang membincangkan electron arrangement dengan pelajar-pelajarku. mereka memberitahu, dan aku terus melukis, ntah macam mana, separuh jalan baru aku perasan, electron arrangement oxygen terlukis 2.8.6... sepatutnya 2.6 je.. so, aku trus membetulkan drawing tu... seorang student tiba2 bangun dan memanggilku... " aiyaa teacher.. cannot laa like this.. u chemistry teacher.. cannot laa like this... u tak patut buat salah... tak payah jadi teacher laa macam ni"...
dah masuk bulan ke 5 aku mengajar dorg ni. ini first time aku tersilap untuk electron arrangement... dan balasannya aku dapat sentence yang mampu menggugurkan jantung.. yup.. aku memang chemistry teacher.. but, aku bukan malaikat dan aku juga bukan tuhan... aku cuma manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan.... sedih juga hati.. tapi, nak buat macam mana, aku terima realiti ini. mungkin benar.. aku tak patut jd cikgu????

Tuesday, May 4, 2010

happy anniversary~~


buat ibu dan ayah tersayang, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25... semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.. kami anak2 kalian amat menyayangi kalian...semoga kalian sentiasa gembira dan bahagia dikelilingi kami yang bayak ragam ini...

Monday, May 3, 2010

jalan-jalan buang duit....

ni memang rutin mingguan kami sekeluarga. amatlah dikatakan tipu apabila keluarga pakcik aman ni akan duduk berehat di rumah di hujung minggu.. sesuatu yg mustahil sekiranya kereta pakcik aman tersadai cantik di garaj pada hujung minggu... hujung minggu kami sekeluarga mesti terisi dengan aktiviti... paling tidak pun, skadar pergi jalan2 pasar malam, pastu lepak2 kat warung... avanza ayah atau myvi aku takkan dibiarkan rehat pada hujung minggu... kadang2 aku sendiri rasa letih, tp, kalau duduk rumah goyang kaki je pun, boring jgk.. so, lebih baik melayan mata sambil kadang2 ternipiskan poket...
ni kisah minggu lepas. hari ahad tadi. ayah siap ajak kami ke kl. shopping katanya. shopping apa? langsir raya utk thn ni... excited nye ayah ek nak carik langsir sampai kl. bila ayah ckp mcm tu, seperti biasa, kami no objection. terima dengan rela hati.. lalala... sambil memikir2 sale di sogo.. hahaha...
kat kl, mmg ayah parking dlm sogo.. so, sblum pergi cari langsir, kami berjaya menempekkan diri di tgh2 org ramai membelek2 handbag dan kasut2...ibu dapat tas tgn baru.. aku plak, mcm biasa, kasut n sandle.. best2.. aku suka... hihihi
truskan perjalanan, ke masjid india. cari jakel sbb nk beli langsir.. kat jakel pun bleh terbabas terbeli kain pasang skali.. hahaha... ibu belikan jugak baju melayu utk lelaki2 di rumah ku ini... stok hari raya. tahun ni warna kuning air. baju kitorg tk cari lg.. sebab apa? sebabnya tgn masing2 dah penuh, nnt kang sape plak nak angkut lg satu plastik besar nak jln ke sogo nun... hehehe
makan tghari dah pukul 3 di warung berdekatan... best walaupun sempit dan panas... best sebab kitorg lapar sangat waktu tu...siap mkn, bleh plak cari tudung n selendang... inilah perempuan kalau dah namanya shopping.. best! hahaha
sampai rumah dah pkul 11 malam n esoknya aku rasa mcm nak ambik mc sebab letih dan malas ke sekolah... tp, ayah mcm bising jer..jd ku gagahkan jga diri ke sekolah...huhuhu