sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Tuesday, October 27, 2009

hari pertama..

walaupun secara rasminya aku bergelar guru semalam, namun, hari ini merupakan hari pertama aku ke sekolah.. daftar diri di pejabat pengetua, kemudian berjumpa gpk 1... ada 2 org guru baru dr upsi ditempatkan di sini. nama pun sek cina, jd pentadbir2 utama juga dr golongan berbangsa cina.. sek ini bukan dibawah kategori sekolah menengah harian, sebaliknya di bawah kategori sekolah bantuan kerajaan.. byk yg aku blum tau, blum faham.. tp, mungkin disebabkan sekolah ini sekolah bantuan kerajaan menyebabkan sekolah ini terpaksa menukar smjk(c) kepada smk.. hurmm... lps jumpa pengetua dan gpk 1, aku terus diberi jadual relief..(erk...hari pertama dah dpt relief????) heheh.. then, gpk 1 bwk aku ke bilik guru...oleh kerana kemasukan kami pada akhir tahun dan bilik guru dah sendat mcm sardin, aku hanya diberi menumpang di meja salah seorg guru sesi petang... (dr praktikal dulu, keje aku asyik menumpang...waaa :( )
berkenalan dgn warga bilik guru. meja dalam ni disusun mcm dlm grup..ada 4 org satu grup.. sebelah aku teman baru ku, sama posting dgn aku , nadya.. dpn aku, seorg cikgu lelaki, cikgu azhari,(sek cina... meja2 guru pun campur jer laki pempuan..mujur aku ni profesional..hahaha) dan di sebelahnya seorg guru gstt, kak mas... hmmm... inilah permulaan episod hidup baru aku...brapa lama aku di sini blum diketahui lg...
semoga hari2 di sini aku dapat lalui dgn tenang... dan berjaya menjadi seorg guru yg baik... aminnn~

Monday, October 26, 2009

new life begin~~

hari permulaan kepada kerjaya aku...semuanya bermula di sini.. lapor diri di btpn pahng di beserah, kuantan..aku sampai tepat 8.10 pagi dengan menumpang kereta ina setelah bermalam di rumah fara..
sesi hari ni dimulakan dengan taklimat oleh pegawai bahgian pengurusan sek men, diikuti taklimat ketua sektor jpn...dan akhir skali taklimat dan majlis penyerahan penempatan oleh pen pengarah jpn pahang..
dr pg lagi, semua guru2 gsst nih berdebar2 tk tentu hala nk mengetahui tempat bakal dipostingkan... kata peg2 yg bg taklimat tu,kali ni penempatan tkde di pedalaman..plg jauh pun kat laut china selatan (pulau tioman)...atas bukit (cameron highland)..heheh...dlm pada tu, aku sendiri tk keruan... mcm mana laa agaknya tmpat aku akan dipostingkan nnt...waaa...
tepat jam 11.45, sesi penyerahan surat penempatan diadakan..macam ambik sijil plak..sorg2 naik pentas ambik surat..hehehe... dan bila namaku disebut..aku mula berdebar2..heheh... turun dr pentas, maintain lg...sampai jer tempat duduk trus bukak...dan tnpa disangka2, aku telah diberi tggungjawab utk mengajar sebuah sekolah cina berdekatan dgn rumah ayah di mentakab... adess... sgt tk sangka aku akan ditempatkan di smkhl...tkpela..yg penting cabaran baru bermula... habis sesi penyampaian surat penempatan, sesi bersama pen peg ppd plak diadakan.. utk daerah temerloh cuma 8 org sahaja yg terpilih..heheh...semua yg dtg posting di pahang pada hari ni ialah 146 org guru.. pen peg ppd tu siap perli aku lagi... kata nya..senang laa awk, nnt golek2 jer pegi sek..amboi... mentang2 laa rumah aku atas bukit..sek bwh bkt, die suruh aku golek2 jer pg sek...hahaha...
habis sesi perjumpaan blum smpai pkul 1.. terpaksa tggu ina..sebab menumpang kan..heheh...ina n fara dpt daerah kuantan..aku ngan haina plak daerah tmerloh.. hmm... siap2 jer, trus ke rumah kakak ina.. kakak ina mmg best..siap pelawa mkn tghr umah die..hihihi... blk trus ke mentakab... ayah dah siap2 angkut barang aku dah... skarang aku di mentakab sambil mengemas ape yg patut...
camane laa esok ek????ermmm....

Thursday, October 22, 2009

dedicated to my mum and dad...

saat aku tertawa
di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

lagu merindukanmu ni lagu indon..sejak aku layan sekar ngan ibu, lagu ni dah aku knal.. baru je knal lagu ni :P.. kadang2 bila nyanyi2 lagu ni... mcm sesuai je nak dedicate kat ibu ayah... mungkin laa lagu ni sebenarnya direka utk pasangan kekasih..tp, bg aku.. ini utk ibu dan ayah.... aku akan selalu merindukanmu... :P
hmm... skarang ni aku cuma menghitung hari... menghitung hari utk bergelar seorang guru... agak2 sek mana laa aku akan ditempatkan.. mood rajin utk mengemas blum melanda diri aku.. malas btul rasanya.. nnt dpt kejutan kat kuantan nnt, baru aku tau nk melompat kelam kabut kot.. hahaha... harap2 dpt laa dkt2 jer.. aku mmg tkde mood nk bermastautin jauh2 ni..walaupun dah conform aku dpt dlm pahang.. hehe..
beberapa hari ni jugak, masa aku dah semakin kurang... dah tk dpt nk spend masa utk kwn2 maya yg selalu menemani hari2 aku... klu korg ada terbaca blog ni, pasti korg faham mengapa aku menyepi kan... masa utk aku dah tk sama mcm dulu lg.. harapanku moga persahabatan kita kekal biarpun tk dpt bersua seperti hari2 yg berlalu..contactlah aku klu ade masa k... :P
kenduri rumah jiran aku pun dah dekat harinya. sabtu ni.. dan aku semestinya busy berulang ke rumah cik tie... byk keje nk tolong..dan masa utk diri aku sendiri semakin sempit.. :)

Saturday, October 17, 2009

menipu...ditipu...penipuan..????

kadang-kadang aku jadi lemas... lemas dengan kerenah manusia yang terus dengan penipuan... kenapa penipuan mesti ada untuk meneruskan kehidupan? adakah dengan menipu itu dpt menjamin sesuatu di masa akan datang?? aghhhhhhh... sungguh aku tak faham... memaafkan itu mudah... tp lukanya belum tentu terubat....
aghhh... apa ni???? kenapa dengan aku??? hahahaha... something happen today... dan aku tau aku alergik btul dgn apa yg terjadi.. biarlah aku tk catitkan di sini..kerana nnt lukanya semakin parah... aghhhhhh....

Wednesday, October 14, 2009

aku bakal dipostingkan.... alhamdulillah....

surat penempatan dah ku terima... alhamdulillah, rezeki aku di pahang.. masih berdekatan dgn keluarga tercinta. walaupun aku blum tau sekolah mana aku akan ditempatkan, aku tetap bersyukur. ayah insan paling gembira aku rasa. ibu mungkin tak kisah aku dipostingkan di mana, tp kegembiraan mereka aku dipostingkan di pahang tk dpt disorok lg...ayah peluk aku dgn penuh gembira...namun, terimbas sebuah kenangan di mana ramai sahabat yg tak bersetuju aku mohon posting di pahang... kata mereka aku anak manja.. masih mahu duduk di celah ketiak ibu ayah.. tk kurang juga yg membayangkan kesusahan utk mendapatkan jodoh pabila aku ambik keputusan mohon posting dekat dgn keluarga.. "hidup kamu nnt akan terkongkong...susah nak dapat jodoh klu duduk dkt ngan famili..nnt lelaki ingat kamu tk pandai berdikari", itu kata2 seorg drp rakanku...
aku punya sebab tersendiri utk aku berdekatan dgn keluarga terutamanya ibu ayah... aku nak berbakti pada mereka sementara aku masih punya ruang dan kesempatan... hal2 jodoh, biarlah aku serahkan segalanya pada Allah... andai ditakdirkan ada jodohku nnt, semestinya aku perlu mengikut suami... dan adakah ruang dan kesempatan utk aku berbakti utk ibu dan ayah sama seperti aku bujang?? sudah semestinya tidakkk... aku dah jadi hak suami masa tu.. segalanya perlu dapatkan izin drp suami.. biarlah buat masa ni, aku di sini, di bumi Pahang ini.. cuba memberi sedikit tumpuan kepada keluargaku... apatah lagi aku anak sulung.. semestinya adik2 perlu aku berikan perhatian....
sambung balik mengenai posting. 26hb ni aku akan lapor diri di kuantan bersama rakan2 guru2 baru yg ditempatkan di pahang.. di sana nanti, kami akan diberi taklimat serta penempatan secara rasminya. 26hb tu nantilaa aku baru akan ketahui di mana lokasi sekolah aku akan ditugaskan... 27hb aku akan mula mendaftar di sek tersebut.. Ya allah... aku harap segalanya akan berjalan lancar... aminn... dan semestinya, 26hb ni... a new life begin....
surat posting tu tadi aku rasa sedikit kejam..hahaha... ada ke patut siap warning lagi, sebarang pertanyaan mengenai nama sekolah ditempatkan tidak akan dilayan sebelum 26hb.. hahaha.. baru brangan nak call kpm tanya sek mana aku dpt..heheh...

Tuesday, October 6, 2009

posting dibekukan 2 tahun???

Tanjong Malim, 4 Oktober ; Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010. Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam. Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan. Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan. Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam. Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah. Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini. Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara. Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan. 'Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut. Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar;, jelasnya.
apa nasibku skarang ni??? tergantung2..cemas rasanya... walaupun perkhabaran ni blum disahkan btul 100%, tapi, perasaan risau semestinya melanda perasaan student2 pendidikan skarang ni..... siapa yg patut dipersalahkan????
p/s: patutlaa senarai posting tak kuar lg... ada masalah dalaman rupanya....sshhhhhhhh....