sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Wednesday, October 14, 2009

aku bakal dipostingkan.... alhamdulillah....

surat penempatan dah ku terima... alhamdulillah, rezeki aku di pahang.. masih berdekatan dgn keluarga tercinta. walaupun aku blum tau sekolah mana aku akan ditempatkan, aku tetap bersyukur. ayah insan paling gembira aku rasa. ibu mungkin tak kisah aku dipostingkan di mana, tp kegembiraan mereka aku dipostingkan di pahang tk dpt disorok lg...ayah peluk aku dgn penuh gembira...namun, terimbas sebuah kenangan di mana ramai sahabat yg tak bersetuju aku mohon posting di pahang... kata mereka aku anak manja.. masih mahu duduk di celah ketiak ibu ayah.. tk kurang juga yg membayangkan kesusahan utk mendapatkan jodoh pabila aku ambik keputusan mohon posting dekat dgn keluarga.. "hidup kamu nnt akan terkongkong...susah nak dapat jodoh klu duduk dkt ngan famili..nnt lelaki ingat kamu tk pandai berdikari", itu kata2 seorg drp rakanku...
aku punya sebab tersendiri utk aku berdekatan dgn keluarga terutamanya ibu ayah... aku nak berbakti pada mereka sementara aku masih punya ruang dan kesempatan... hal2 jodoh, biarlah aku serahkan segalanya pada Allah... andai ditakdirkan ada jodohku nnt, semestinya aku perlu mengikut suami... dan adakah ruang dan kesempatan utk aku berbakti utk ibu dan ayah sama seperti aku bujang?? sudah semestinya tidakkk... aku dah jadi hak suami masa tu.. segalanya perlu dapatkan izin drp suami.. biarlah buat masa ni, aku di sini, di bumi Pahang ini.. cuba memberi sedikit tumpuan kepada keluargaku... apatah lagi aku anak sulung.. semestinya adik2 perlu aku berikan perhatian....
sambung balik mengenai posting. 26hb ni aku akan lapor diri di kuantan bersama rakan2 guru2 baru yg ditempatkan di pahang.. di sana nanti, kami akan diberi taklimat serta penempatan secara rasminya. 26hb tu nantilaa aku baru akan ketahui di mana lokasi sekolah aku akan ditugaskan... 27hb aku akan mula mendaftar di sek tersebut.. Ya allah... aku harap segalanya akan berjalan lancar... aminn... dan semestinya, 26hb ni... a new life begin....
surat posting tu tadi aku rasa sedikit kejam..hahaha... ada ke patut siap warning lagi, sebarang pertanyaan mengenai nama sekolah ditempatkan tidak akan dilayan sebelum 26hb.. hahaha.. baru brangan nak call kpm tanya sek mana aku dpt..heheh...

No comments: