sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Saturday, March 20, 2010

melayan kebosanan...

saat ni aku kat sekolah. pagi sabtu. waa... duty untuk kelab pancaragam 4 jam, dr 9 pagi sampai 1 ptg.. bosan jugak nih... budak2 pancaragam dah tenggelam dlm dunia dorg... sedangkan aku bersendirian menemani sepi bertemankan laptop ni..warggghh... kadang-kadang sunyi ni boleh membuat aku jadi gila.. tapi, kadang2, aku rasa aku tringin sangat nak bersendiri... menyepikan diri.. seronok kalau dapat duduk tepi laut seorang diri, merenung alam ciptaan ilahi, kan? indahnya rasa, tenangnya jiwa. tapi, dalam keadaan sekarang, tak mungkin ayah akan benarkan aku melakukan sedemikian. bahaya katanya. aku perempuan. ada benarnya kata ayah tu. walaupun kadang2 aku rasa terkongkong, tapi, aku tau apa yang ayah dan ibu lakukan semuanya untuk kebaikan aku dan adik beradik lain. semuanya tanda mereka sayang pada kami. sometimes, action speak louder than words.... so, aku mengerti niat ayah dan ibu.
menyendiri di sekolah begini, membolehkan aku menghayati persekitaran sekolah. baru ku sedari, di sini ada seekor anjing yang berkeliaran ditemani oleh salah seorang pakcik guard berbangsa india. sempat aku bertanya pada uncle tukang kebun tadi, anjing tu dibela atau anjing liar, jawapannya, anjing tu kepunyaan sekolah... nampaknya aku perlu lebih berhati-hati....
bercerita mengenai haiwan belaan di sekolah, satu hari dulu, aku juga terkejut sebab bilik guru diserang monyet. kelakar kan?? aku pada mulanya tak berapa nak percaya 'tunggang-terbalik' bilik guru tu disebabkan oleh monyet... sekali tu, masa aku tgh mengajar, memang aku nampak sendiri monyet atas bumbung sekolah. masa tu jugak, student2 kelas yg aku mengajar tu masing2 dah tak tumpu perhatian...semuanya rasa macam dekat zoo... masa tu jugak, aku rasa aku perlu bagi mereka ruang untuk melihat binatang yang jarang dapat dilihat tu.."ok..semua lihat luar ya... itulah namanya monyet or monkey.. sy bg tiga minit, kamu lihat monyet itu ya...lepas tu tgk dpn blk".. semua student gelak dan lantas memerhati gerak laku monyet tersebut...
ada satu hari tu, di bilik guru juga.. seorang guru kecoh kunci laci mejanya hilang... dalam laci meja tersebut terletaknya buku-buku akaun student yg dpt biasiswa..mana laa kawan ni tak kecoh... nak dijadikan cerita, seorang cikgu cina menjumpai segugus kunci dan tak tahu kepunyaan siapa... jadi, cikgu tadi ni pergilaa tengok kunci tu, dan mengaku kunci tersebut miliknya... bgtau cikgu cina tadi,"saya rasa tikus yang bawak kunci kamu sampai tempat saya.. kamu tengok keychain tu dah ada kesan gigitan tikus..." kami semua lihat pada keychain tersebut, unik rupanya, patutlaa tikus bawa lari, keychain tersebut berbentuk cili merah... kesian tikus tu... kena tipu...

No comments: