sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Sunday, January 23, 2011

patah hati

aku baru lepas layan lagu ni.. sgt jiwang dan meruntun perasaan. betapa indahnya perasaan seorang wanita kalau ada lelaki yg ikhlas mencintai seperti dalam lagu ni.. betapa bahagia seorang isteri kalau mempunyai seorang suami yg romantik nyanyi lagu ni dengan penuh penghayatan.. oppsss... hehehe..



ni lah dia lagu anuar zain- sedetik lebih... slow.. tp nice n sweet.. i like. hehe.. aku ni sbenarnye masih cuba menceriakan diri dengan melayan lagu2... tp, lagu rock ke, lagu best ke, semua aku bantai nanges.. hahaha... (tgk, gelak laa konon) hakikatnya.. aku tgh berduka. berduka, atau mungkin lebih tepat kecewa. patah hati... entahlah.. tktahu nak digambarkan perasaan ni..
aku tak pernah minta semua ni jadinya begini. dan aku sentiasa menyalahkan diri aku walaupun kadangkala aku rasa aku perlu juga sesekali mem'benar'kan diri aku... tapi, tak apelah. aku faham. dan aku memang tak boleh harapkan lebih. sebab aku sendiri kenal diri sendiri. aku tak layak utk kebahagiaan itu. dan aku tak layak utk dptkan kegembiraan itu. ini bukan kali pertama aku kecewa... aku sepatutnya dah lali. tp, tktau kenapa, masih laju air mata ni.. adoi.. kesianlaa 'tears gland' kene kerja lebih...
semua ni dugaan untuk aku. di sebalik satu dugaan berat, dtg lg dugaan yg berat.. dan berat.. dan berat.. dan berat.. ouhh...
tak apa lah. mungkin semua ini ditakdirkn yg terbaik utk aku. ini kisah aku.. ntahlah. pasti ada hikmah di sebalik semua ni..mungkin aku perlu menggunakan ruang dan peluang ini fokus pada kerjaya. dan. berhenti berharap.. berhenti berharap. berhenti berharap. kerana harapan itu cuma tinggal sebuah mimpi.. biarlah. pasti ada hikmahnya. kalau sampai aku memutuskan perhubungan anak saudara dan ibu saudaranya, apa hukumnya ya? baiklah. aku redha. aku tarik diri dari semua ni. aku terpaksa membawa diri. trus berfikir dan terus hentikan pengharapan. semoga semua pihak berpuas hati. dan semoga semuanya bahagia dan gembira.... aku cuma insan lemah. yg tk layak utk berada di sana... biarkan aku..
(byk merepek tk? inilah ayat org patah hati) hahaha..

No comments: