sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Friday, April 3, 2009

penggalak semangat~~

ermm...
berakhir sudah kejohanan hoki peringkat mssd temerloh.. tghari tadi upacara penutup diramikan pegawai ppd tak silap aku..aku tak duduk pun kat khemah penyampaian hadiah tu.. aku trus lepak ngan kak chah kat bhg makanan..hihi..sambil2 risik kat kak chah makanan apa yg disediakan uk tghari tu..ptg td pun rasa letih sangat2..lps zohor trus terlena smpai pkul 5 lebih..ntahla.. nasib baik tak terlepas asar aku...
ermm..tetibe tringat plak satu team sek rendah yg hantar wakil utk hoki..mcm biasa..bdk2 ni diiringi guru2 yg ada jugak bertanggungjawab sebagai pelatih pasukan.. tapi.. kebanyakan cikgu yg mengiringi ni, ddk bwh khemah, just tgk anak2 buah main...abes2 pun terjerit2 dr bwh khemah je... maklumlah cuaca panas...
apa yg aku nak ketengahkan kat sini, ada sorg cikgu tu...pagi dtg tu die pakai mcm nk masuk ngajar, dgn slack, dgn kemeja petak2 siap ada tie lg.. pastu galas beg kat blkg... cikgu dr sebuah sek yg terletak di kampung...masa bdk2 tu main, tak duduk senyap...kejap berlari ke sana, kjap berlari ke sini ikut bola pergi sambil bg sokongan kat team die..huh..tak tau panas langsung cikgu ni...cikgu ni cikgu laki, umur dlm lingkungan akhir 30-an atau awal 40-an..kira muda lagila kan.. masa team die main, semua cikgu jadi semangat plak nk bg sokongan kat team masing2.. last2 aku keluarkan jugak rasa kagum dengan cikgu laki ni kat salah sorg pengadil yg tgh rehat...
kataku, "bagusnya cikgu ni...panas2 ni sanggup dia berlari ikut bola nk bg smgt kat bdk2"
kata pengadil, "dia memang sangat bagus, nampak sempoi je"
kataku, "rajin ek, siap dgn kemeja mcm tu nk berlari2"
kata pengadil, "tau tak dia tu sape sbenarnya?"
kataku, "cikgu merangkumi jurulatih dorg la kan?"
kata pengadil, "itulah guru besar sek tu...."
kataku, "erk...."
risik punya risik...mmg btul kata pengadil tu...itulah GURU BESAR sek tu..huhu.. malunya aku... kerana tidak pernah bercita2 utk bersemangat seperti 'dia'...betapa aku kagumi 'dia' yg sanggup turun padang bg smangat kat bdk2 sek tu.. dan apa yg menakjubkan aku lg...'dia' sendiri yg melatih bdk2 tu bermain hoki...huh...aku dpt tau, sek pedalaman camane pun 'dia' pegi, 'dia' tetap akan menubuhkan satu pasukan hoki di bawah bimbingan dirinya sendiri...jarang sekali kita nak dengar yang org atasan sanggup 'turun padang'...biasanya, org atasan cuma bg arahan...renung-renungkan.............

No comments: