sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Friday, May 29, 2009

antara dua~

bila datang keresahan
kepadaNya tempat mengadu
bila datang kesusahan
kepadaNya tempat merayu..
aku..
insan kerdil tak punya apa2..
jauh sekali harta benda..
rezeki yg ada sekarangpun...
cuma nikmatNya yg dipinjamkan
utk aku seorg manusia biasa..
aku bukanlah ego
seperti yg dicanangkan
bukan juga sombong
seperti yg diperkatakan
aku sedar siapa aku
aku cuma makhluk yg dipinjamkan
segalanya pinjaman
namun Allah itu beriku akal fikiran
utk aku buat PILIHAN
bukan kerana mementingkan diri
bukan kerana rasa benci menguasai
bukan kerana ego yg melampaui
bkn kerana busuk hati..
tapi..
hanya kerana aku SAYANG diri ini....
ku harap kau mengerti
keputusan ini sudah terlalu pasti..
namun masih berpaksikan Dia yg abadi..

No comments: