sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Sunday, April 11, 2010

C.I.K.G.U

bestnya jadi cikgu.. datang sekolah pagi, tengah hari dah bleh terbungkang kat rumah..
bestnya jd cikgu.. budak sekolah cuti, cikgu pun cuti sama...
bestnya jadi cikgu.. cuti raya tk payah sibuk2 nak mintak, semua dapat percuma smpai berhari2..
bestnya jadi cikgu.. kat sekolah bukan nya straight kene ngajar, ada gak waktu kosong, masa tu bleh duduk2 makan kat kantin sembang2, baca newspaper..
bestnya jadi cikgu.. keje stgh hari pun gaji sama je ngan org kje sehari suntuk..
bestnya jadi cikgu.. 16 mei dapat hadiah hari guru..
bestnya jadi cikgu..

best ke jadi cikgu??
aku terpanggil utk menulis entry ni sejak kisah2 guru banyak di dada2 akhbar skarang ni.. ada yg mencemburui gaji cikgu... ada yg kata seksanya jadi cikgu.. ada yg kata masa cikgu ke sekolah patut dikaji semula.. ada yg kata cikgu skarang dah tak berkualiti.. ada yg kata cikgu2 muda tk berpengalaman tak jalankan tugas sebenar seorang guru.. pelik kan? kisah2 hal cikgu2 ni tak pernah surut, tak pernah susut.. hairan...
dulu, aku tak pernah kisah isu2 sebegini... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. tapi, sejak masuk ke arena perguruan ni, aku mula sensitif dengan perkara2 berbangkit sebegini..
aku jadi cikgu bukan kerana cuti yang banyak, juga bukan kerana setengah hari je perlu bekerja. hal gaji bagi aku, tak patut diungkit, kerana gaji guru sama je dengan pekerjaan2 lain setaraf dengan kelayakan yg dimiliki..
aku jadi cikgu kerana aku ingin menyampaikan.. dan aku kagum dengan semangat guru2 aku dulu, dan aku ingin jadi salah seorang dari mereka..
tak dinafikan dulu, aku pernah berpendapat sama seperti mereka2 di luar sana menganggap guru sebagai kerja yg mudah. masuk kelas, mengajar, sampai masa, balik. ya, betul! tapi, pernah tak orang2 di luar sana cuba menyelami pekerjaan sebenar seorang cikgu. cikgu bukan sekadar mengajar.. bukan sekadar menunjukcara.. bukan juga sekadar merotan pelajar nakal.. tapi, cikgu menggalas tanggungjawab lebih dari itu. . lebih dari 6 jam sehari anak2 dihantar ke sekolah di bawah pengawasan guru.. dan guru sendiri menganggap anak2 ini sebagai anak2 mereka sendiri.. yang perlu diasuh dan dididik di dalam kelas. bukan sekadar itu.. malah guru2 ini juga lah yg mengasah bakat anak2 ini mengikut kemahiran mereka. guru boleh mengenalpasti kemahiran anak2 ini.. si a kuat berlari, si b pandai menari, si c boleh berpidato, si d kreatif utk mencipta robot.. cukup ke pengamatan seorg guru utk mencungkil bakat2 ini sekiranya guru berperanan hanya utk mengajar di dalam kelas?? guru mempunyai masa senggang di sekolah, tak perlu masuk ke kelas.. betul.. ya.. tapi, tak siapa tahu guru makan dalam keadaan kelam-kabut.. nak oder makan pun terpaksa fikir banyak kali, takut nnt makanan lambat siap, nnt lambat pula ke kelas.. ada pulak cikgu yang terpaksa menahan perut gara2 jadual pagi terlalu pack.. pukul 11 baru free..
ada sesetengah pekerjaan, masa rehat paginya telah di'fix'kan.. jadi, boleh merancang awal.. tk mcm cikgu, kdg2 rancang nak makan pkul 9, sbb masa tu je free, then ada pulak panggilan meeting.. dah tk sempat nak makan. jadi cikgu ni sebenarnya letih. nak memerah otak, nak mengawal kelas, nak melontarkan suara... apatah lagi bila kelas berderet2.. sangat letih.. dalam klas pula ada lebih 40 orang pelajar yg dahagakan ilmu... yg bersedia untuk disuap dengan pengajaran pada hari tersebut... seorg cikgu mungkin ada 3 kelas yg berbeza sehari, bermakna 3 persediaan perlu dilakukan.. seorang cikgu bukannya malaikat yg boleh terima arahan dan terus jalankan... seorang cikgu cuma manusia biasa. tgk silibus, dan kemudian kene study plak apa yg perlu diajar... bukan satu buku, paling tidak 3 buah buku utk pastikan tiada maklumat yg tercicir utk pelajar2 yg disayangi.. lepas study, kene sediakan material pula utk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan memudahkan pelajar memahami apa yg disampaikan. seorang cikgu itu terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. masuk kelas, kene plak kira jumlah pelajar dalam kelas, report plak kat cikgu disiplin pelajar z ponteng klas. pelajar x melawan guru, blum lagi pelajar p dan q bergaduh bertumbuk gara2 cikgu terlewat sedikit ke kelas menghadiri mesyuarat... nak balik dari sekolah pulak, seorang cikgu yang keletihan tadi sangat kecewa apabila tayarnya pancit, atau sportrim kereta nya hilang, atau pun keretanya dicalarkan. siapa punya angkara, tentu seorang cikgu itu dapat mengagak, namun seorang cikgu itu perlu ada sifat sabar dan bersangka baik. dan akhirnya, seorang cikgu yg masih kecewa bercerita pada kawan2nya, dan mengatakan, "biasa lah budak2"...terbang duit seorang cikgu ini untuk membaiki apa yang patut...
masuk pula musim peperiksaan... anak2 didik masih berjuang di dalam kelas peperiksaan.. seorang cikgu plak sedang mengawal kelas tersebut.. berdebar di hati cikgu risaukan anak didik mampu ke tidak mejawab soalan peperiksaan... si cikgu meronda, berjalan melihat jawapan yang ditulis anak didiknya.. merintih hati seorang cikgu.. rasa sedih teramat sangat bila pelajarnya tidak dapat menjawab soalan yg diberikan... luluh hati seorang cikgu bila tengok anak muridnya lena tidur dan langsung tak cuba membuka kertas soalan... termenung seorang cikgu bila melihat anak didiknya termenung, memikirkan jawapan... sedih seorang guru itu. puas mengingat2, dan akhirnya dijawab sendiri soalan yang menghantui.."ya.. betul..komfem aku dah ajar"... teringin sangat seorang guru membantu pelajarnya memberi jawapan yg betul kepada pelajar2nya. tp.. sudah menjadi tanggungjawab seorang guru memberi hak menjawab soalan peperiksaan itu kepada anak didiknya.
habis peperiksaan, cikgu lebih sibuk lagi. menanda hingga ke larut malam. gara2 due date yang diletakkan pihak pentadbiran terlalu sempit waktunya. guru terpaksa mengenepikan masa rehat, menanda dan menanda. seorang guru takkan jemu membaca esei dan karangan berjela seorang demi seorang pelajar2.. seorang guru takkan mengeluh dengan esei 2-3 muka surat pelajar. sebaliknya, seorang guru lebih mengeluh sekiranya pelajar menghantar kertas kosong.. seorang guru itu mula menyalahkan dirinya. silap aku tak beri perhatian pada pelajar ini. semuanya silap aku.. sudah disemak markah, guru perlu pula berebut komputer di bilik s/u peperiksaan, berlumba2 memasukkan markah pelajar... perlu dianalisis pula. perlu dianalisis mengikut subjek, mengikut kelas, mengikut tingkatan, dan macam2 lagi.. blum lagi mengisi borang headcount, ataupun menetukan etr, oti, tov dan sebagainya.. tugas2 perkeranian ini bukan ada masa khas ya.. tugas cikgu utk mengajar masih dilakukan.. tugas menanda buku masih dilakukan.. tugas membaca dan menyediakan material perlu dilakukan dalam masa yang sama... mulut menyampaikan ilmu, sebaliknya hati tak senang, fikiran tak menentu, analisis ni belum siap lg, analisis tu blum sempat nak buat..nak jawab apa kat pengetua target tak sampai..fail ni belum berkemaskini..fail tu tak sempat nak siapkan... semuanya serentak. mengajar, kerja2 perkeranian, kerja2 kemanusiaan, dan kerja2 mencungkil bakat perlu dijalankan serentak...
mata kasar orang melihat, bestnya jadi cikgu boleh balik awal..tghari dah bleh baring2.. tapi, tak ada yg nampak, seorang cikgu yg balik awal tu begnya penuh dengan buku pelajar, masih berusaha menanda walaupun di rumah, dikelilingi keluarga... blum lg sabtu ahad.. semua guru diwajibkan memegang jawatan sebagai guru penasihat persatuan, kelab, badan beruniform... dan hari apa biasanya latihan2 utk kokurikulum ini dilakukan? ya..hari sabtu atau ahad... seorang guru tu tak pernah jemu mengadap pelajar2 meneruskan latihan taekwando, latihan pancaragam, latihan bola sepak dan mcm2 latihan lagi.. melihat anak2 didik bersemangat, cikgu terus lupa rasa letih. dikuatkan juga ke sekolah memantau kegiatan anak2 didik. yg mana tak dapat pengasuh pada hari cuti, diangkut pula anak2 kecil ke sekolah...ya, ini salah satu cabang tanggungjawab seorang guru.. memastikan anak didik seimbang dari segi rohani dan jasmani...
rasa terpaksa?? mungkin tidak. tapi, lebih kepada tanggungjawab. kalau rasa terpaksa, kenapa seorang guru itu tk berhenti saja kan.. pergi cari kerja yg lebih senang, yang tidak mengganggu masa2 cuti...
bestnya jadi cikgu, bila raya tk payah mintak cuti, dapat cuti free berhari2.. memang nampak indah je jadi cikgu ni... tapi, org tk ingat pulak dr awal tahun ada beberapa minggu cikgu perlu datang bertugas mengganti sekolah pada hari sabtu. biasalah, jarang org dapat ingat semua perkara yg dah lama berlaku kan..:)
cuti sekolah memang kadang2 sampai sebulan lebih. ya, itulah advantage bila bergelar cikgu. tp, cuti sekolah jangan goyang kaki sangat ya.. ingat2 jawatan apa yg cikgu pegang utk tahun depan.. ingat2 dalam kepala cikgu kene dtg duty hari apa masa cuti.. ingat2 apa plan cikgu utk capai target thn dpn...jgn lupa ya cikgu... :P
waahhh...dah banyak aku membebel... bukan niat utk mengeluh, apatah lagi menyesal. memang aku gembira dengan tanggungjawab ini. gembira dengan hari2 yg dilalui.. penat boleh hilang dengan kejayaan pelajar.. letih boleh hilang dengan semangat pelajar.. sakit boleh hilang dengan melihat kesungguhan pelajar... betul! aku tak tipu yg ini... ajaib kan?? tapi, itulah manisnya menjadi seorang yg bergelar cikgu... hari2 menatap muka mereka, ada suatu rasa yg datang... ada satu perasaan yang mendalam.. utk melihat kejayaan mereka.. utk melihat mereka menjadi insan berguna satu hari nanti... cikgu tetaplah cikgu, tp anak didik boleh jadi lebih dari cikgu...
tak ada pekerjaan yang senang sebenarnya. apabila dijalankan penuh dengan rasa tanggungjawab, tentunya sesuatu pekerjaan itu sememangnya mencabar. sahutlah cabaran itu dengan penuh rasa ikhlas, moga Allah memberkati. pasti ada sesuatu yg manis di sebalik setiap kepahitan. tak perlulah kita memandang dan menunjuk orang lain, sebaliknya, kita gunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri kita dan terus memantapkan kerjaya kita. insyaAllah DIA sentiasa memudahkan urusan hamba-Nya...

4 comments:

Anonymous said...

best la article nie....betul sume..sama cam aku je....ingat jd cikgu senang ke...susah kan...tp untuk anak bangsa...tabahkan jugak hati...
zhelmy_zkipli

semalu_purple said...

tak semua org mampu nak sambut cabaran sebagai pendidik ni... terlalu banyak dugaan nya... yg penting sabar.. dan jgn sesekali menuding pihak menyalahkan org lain...

zhelmyzkipli said...

aku nak amik nak tampal kat sekolah artikel nie...mintak izin yea...

semalu_purple said...

oit.. ko nak tampal kat mane?? waa.. ini curahan perasaan aku je la.. bukan artikel yg disahkan oleh sirim.. haha