sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Friday, August 13, 2010

sekian lama...

dah lama tk menjenguk ke sini.. masa benar2 mencemburui.. sedar tak sedar dah hampir tiga bulan aku biarkan blog ini tidak ber update... tp, aku rajin ke sini.. rajin mengenang kisah2 yg telah dicoretkan di sini sebagai kenangan...
dalam 2 bulan lebih yg berlalu, mcm2 dah aku lalui.. lepas kereta accident tempoh hari, aku terpaksa ke sekolah dihantar dan dijemput oleh ibu ayah.. sedih jugak rasa bila terpaksa menyusahkan mereka, tp, itu yg terbaik bg mereka, aku ikutkan sahaja... aku taknak lg ibu dan ayah berendam air mata kerana aku. sekarang masanya untuk aku sentiasa buat mereka tersenyum.. biarpun pahit, biarpun getir, asalkan ibu dan ayah gembira.. aku juga akan gembira.. serius, aku tk dpt nk gambarkan kehidupan aku tanpa kedua mereka...
lebih sebulan kereta aku tersadai dalam bengkel... dan kemudiannya, aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengiringi pelajar ke Gunung Senyum menyertai program motivasi di sana bersama dengan 2 buah sekolah lain. balik dari Gunung senyum, aku mula sibuk dengan tugas yg terpaksa diselesaikan dalam masa seminggu.. dengan PEKA sains, PEKA kimia.. memang suntuk rasanya masa... semuanya gara-gara aku dipanggil semula menyertai PLKN setelah penangguhan selama ini tamat. dulu, aku dipanggil masa umur mencecah 18 tahun. tp, memandangkan masa tu aku kat matrik, jd terpaksa tangguh.. dan sekarang, bila dah tamat belajar, boleh nama aku dipanggil semula.. memang aku tabik spring kat JLKN sebab data dorg tk hilang dan dapat budget aku dah habis blajar.. haha.. jadi, seminggu aku bergelar pekerja berdedikasi dan layak untuk dicalonkan untuk apc taun ni.. haha.. mana tak nya, datang awal pagi, then lewat petang baru aku balik dr sekolah.. dah nasib badan.. nak buat camane kan..
26 jun aku dah selamat mendaftar di kem cahaya gemilang, cherating (KCGC)..rasa macam paksa rela pun ada. dah laa dtg tanpa diketahui status cuti, status gaji, semua tk diketahui. main redah je bak kata org. di kcgc, aku antara pelatih yg tertua. sebenarnya yg plg tua umurnya 24, so aku ni kedua tua la.. hehe.. ada 10 org pelatih penagguhan masa tu.. pada awalnya, terlalu sukar utk menerima kenyataan yg cikgu pun kene masuk PLKN. tp, inilah yg dinamakan takdir dan hakikat. sehari ke sehari aku cuba membiasakan diri..
nak bercerita mengenai minggu pertama di kcgc, azab jugak rasanya. maklumlah memang aku tak bersedia untuk bergelar pelatih baik dari segi fizikal ataupun mental. jadi untuk mencerna aktiviti dan program yg dah diatur, terlalu pahit untuk aku. bayangkan dalam minggu pertama aku kat sana, aku dah terpaksa menjalani hukuman disebabkan terdapat pelatih2 yg tidak mengendahkan kebersihan dewan makan, tk tutup pagar asrama... so, di sana memang stylenya begitu, sorg buat salah, semua kena.. minggu pertama, aku dah terpaksa menjalani hukuman yg tk pernah terlintas pun dalam fikiran aku selama ni.. lompat bintang, lompat tikus, pumping, sit up... mujur tk berguling je lagi kat padang kawad waktu tu.. masa tu badan memang flat gile. rasa nak menangis pun ada. tp, tk macholah pulak kan kalau 'kakak' menangis.. aku sampai konfius dengan tujuan aku mendaftar di kcgc. aku bukan nk jd tentera smpai diperlakukan sebegitu, tp, bila kenangkan semua pelatih boleh lakukan, kenapa tidak aku.. so, layankan ajelah. masuk kelas character building (CB) skali lg aku terpana.. konfius sebab kene jd budak2 balik. dan aku terpaksa meninggalkan imej sebagai seorang guru. lagak seperti tktau apa2 pada awalnya, tp kesian pulak pada adik2 yg perlukan bantuan, perlukan seseorang untuk mereka mengeluarkan idea dan berkongsi pendapat. namun, dalam kelas CB, aku banyak belajar dr cikgu tiha, cikgu mas, dan cikgu fahmi erti sebuah kesabaran untuk menarik perhatian pelajar yg dahagakan kasih sayang..
masa terlalu padat untuk aku di kem. masa rehat benar2 waktu tidur jam 11.30malam sahaja. tiada waktu untuk bersenang lenang bergoyang kaki. semuanya tergesa-gesa. sukar rasanya meninggalkan bedak kompak, gincu yg dah sebati dipakai hari2. tp, di kcgc, tiada masa untuk semua itu. sempat untuk mandi dan bersugi pun dah bersyukur sangat2. bedak pun kdg2 je berjaya ditepek ke muka. nak buat camane kan, masuk kandang lembu, mengembok, masuk kandang kambing mengembek...jiwa rasa terseksa, namun bila dipositifkan pemikiran, banyak yg aku belajar di sini.. belajar dr mereka yg rata2nya muda dari aku, tp pengalaman mereka melebihi aku. walaupun ramai antara mereka tk habis belajar, pengalaman hidup mematangkan mereka.. matang dr usia sebenar mereka. bersungguh-sungguh dan berusaha untuk berdikari. gembiranya mereka dapat menyertai PLKN ini, dpt bertemu rakan-rakan dan kenalan baru.. dapat mengikuti kelas yg dah lama ditinggalkan dan dpt berseronok dgn pelbagai aktiviti fizikal yg telah dijadualkan.
ada masa aku gembira, gembira dengan pelbagai aktiviti yg disusun, yg tak pernah aku lalui sebelum ni. di sini, aku first time dpt buat repelling, flying fox.. tk lupa juga kenangan berkawad yg tk pernah terfikir pun selama ni aku terpaksa berbaris, berkawad almost the time... tp, inilah dia separuh dr kehidupan aku. aku juga gembira dalam kelas CB, kelas kenegaraan yg mana aku dpt melihat perwatakan gile2 adik2 yg sentiasa enjoy, tk kenal erti penat dan sedih.. juga yg mencuit hati, geng2 badut (gelaran yg diberikan kepada mereka yg telah meng'oter' seluar jd kecik, dan akhirnya diberi seluar saiz 46 untuk dipakai).. apapun, mereka sentiasa ketawa riang... aku kagum dengan semangat mereka.. tk lupa juga pengalaman wirajaya, yg mana kami dapat berkhemah di dalam hutan yg kononnya jauh dr kawasan kem, padahal cuma terletak di belakang kawasan kem.. disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik.. byk yg buat aku tk lekang dengan senyuman..
namun, dalam suka, ada juga dukanya.. kdg2 bila difikirkan balik, malu pun ada. ada seminggu yg aku 'down' gila2 masa di kem. dan mcm tk percaya, aku menangis tnpa rasa malu depan ustaz yg cuba bertanyakan masalah aku.. klakar bila dikenang2, tp, itulah, kadang2 bila emosi mengawal diri, perasaan malu itu jd hilang. namun, aku bersyukur sebagai ajk ibadah di kem, kami ada seorang ustaz yg sangat mengambil berat, dan seorang ustazah yg sgt prihatin. ustazah tkkan jemu suruh aku ke medic bila aku mengadu sakit... sebut pasal sakit pun, banyak dugaan aku masa di kem. aku sakit kaki tahap klu lepas berlari tu, mesti rasa nak nangis.. haha.. btul, ni serius. kaki aku bengkak. dr betis sampai laa ke tapak kaki. tktau kenapa... klu stakat bengkak, tk apa, ini sakit... waaa... sakit.. smpai sekarang pun sakitnya ada lagi.. banyak jugak aktiviti yg aku terpaksa skip, duduk tepi padang sekadar memerhati, sebabnya sakittttttt.... kene perli tu dah jadi adat.. mainan telinga.. terpaksalaa terima kenyataan yg aku ni dah pun veteran untuk semua ni... ntahlaa...
sekarang ni tgh cuti semester.. 6 hari diberi cuti untuk sambut ramadhan bersama keluarga.. lusa dah nak kembali semula ke kem, meneruskan perjuangan yg belum selesai. masih ada 3 minggu sebelum 2 september muncul... aku kene kuat dan tabah lagi untuk mengharungi detik2 di sana. dalam pada tu, aku bersyukur, setidak2 nya, aku dapat merehatkan fikiran dari bebanan kerja, dan aku dapat holiday mungkin... =)

2 comments:

Anonymous said...

wah...memg jadi kanak2 sungguh miera..hehehe chil2..tk lame dh..

semalu_purple said...

haha... ada lg beberapa belas hari lagi.. sangat tak sabar untuk menghabiskan saat-saat di sini...