sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Monday, November 8, 2010

lama sudah tidak berblogging...

salam semua.
terima kasih kerana masih setia menanti update dari aku. seriously, terlalu banyak yg ingin kucoretkan di sini. tapi tk tahu kenapa, semua entry ku separuh-separuh. tulis separuh dan akhirnya stuck. trus simpan dalam draft. tak disambung. dan tak di publish. tak apelah. malam ini, aku nak update keadaan dan situasi aku sekarang. akan datang, aku akan publishkan cerita2 yg aku dah ter'skip' sebelum ni..
jam dah nak dekat 12 tgh malam ni, tp aku blum dpt pejamkan mata. mungkin kerana keadaan hormon yg tk stabil. boleh ke aku buat hipotesis mcm tu? siang tadi, aku duk pulun menanda kertas exam.. chemistry form 4 dah siap tanda paper 1 ngan paper 3. paper 2 blum berusik sebab aku kene sediakan skema terlebih dahulu dan aku terlalu malas untuk itu. tengoklah esok kalau aku rajin masa mengawas exam budak2 ni.. paper math dah siap bertanda, tinggal nak total kan markah je lagi.. esok dapat paper science form 2 plak.. adeh.. rasa nak pitam bila menanda paper2 ni semua. masa ni lah fikir, bestnye kalau ajar sejarah lower form, atau kh, atau geografi.. sebabnya, exam semua objektif.. so, tanda kertas objektif je. tk payah nak mengadap tulisan2 cacing dan aku terpaksa jadi burung antu yg matanya bulat membaca tulisan sekian-sekian.. haha. mengomel dan mengeluh pula. tak patut bukan? ini memang tanggungjawab aku. bukan niat dan mengeluh, tp sekadar berkongsi dan meluahkan. mereka yg tak duduk dalam bidang ini takkan mengerti. dan aku sendiri, setelah setahun bergelar seorang guru baru mengerti yg tugas ini sangatlah mencabar. bukan mudah. menjadi seorang pengajar itu mudah. ya, duduk depan kelas, pot pet pot pet... siap tugas mengajar. tp sekarang aku seorang guru. dalam erti kata lain, guru tugasnya merangkumi mengajar, mendidik, membimbing, dan menjadi contoh yg baik kepada pelajar.
letih. ya. memang tk dinafikan. tp aku gembira. walaupun persekitaran aku kecil, cuma sekolah, namun, aku dapat belajar pelbagai perkara setiap hari. hari ni, aku sakit hati dengan student A, esok, baru aku tahu student A ada masalah famili. lusa, aku tahu pulak, student A tak pernah diberi duit belanja. so, pelbagai ragam kehidupan aku belajar dalam kehidupan hari-hari aku sebagai seorang guru. di mana kewarasan, kematangan, ketegasan, kasih sayang dan tanggungjawab perlu dimainkan serentak. sukar bukan?? aku masih belajar dan akan terus belajar. belajar menghargai kehidupan, belajar menikmati kehidupan, belajar menggunakan kehidupan, dan lantas mensyukuri kehidupan...
berbalik kepada kisah aku. sekarang adalah hari2 terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun pada minggu depan. di pahang ini juga, peperiksaan baru saja bermula. dan sememangnya semua guru tentunya bertungkus lumus menanda kertas jawapan pelajar2 yg disayangi... begitu juga aku. menanda dan terus menanda. pengurusan kelas untuk akhir tahun masih belum dilaksana sepenuhnya; pemulangan buku teks pelajar, pemulangan buku teks dan cd2 yg dah aku gunakan.. pengurusan fail PEKA juga belum siap sepenuhnya.. aku perlu kerja lebih keras untuk 2 minggu ini.. chaiyok! chaiyok!

No comments: