aggghhh..hari ni hari kedua aku memegang kelas sains 2 bestari...dgn jumlah pelajar seramai 38 orang, cukup membuat hatiku runsing utk berhadapan dengan pelajar-pelajar ini... kenakalan dan agresifnya mereka membuatkanku tidak sempat bernafas tenang..pelajar pandai, lain pula cara mereka.. hampir kesemuanya menuntut perhatian daripadaku.. 3 masa bersama mereka membuat aku seakan-akan semput.. aku ke belakang, yg dpn bertinju, aku ke depan, yg belakang beraksi..tidak ku sangka pula, hari ini mencipta sejarah kerana inilah kali pertama aku memarahi pelajar dgn nada tengkingan...aku sakit..sakit sangat.. jiwa dan hati rasa panas..mendidih.. air mata seperti ingin gugur, kerana aku tak suka marah.. tp, keadaan tadi benar-benar memaksa.. tapi yg kelakarnya, apabila ku minta nama mereka, semuanya minta maaf kepadaku, takut aku demerit mereka.. hahaha..aku menang akhirnya.. tadi aku benar-benar rasa tercabar.. setengah jam masa berlalu, 1/4 daripada kesemua pelajar tersebut masih tidak menampakkan muka di makmal.. mungkin semalam aku nampak ayu tidak cukup tegas, maka, senang bg mereka utk tidak mengendahkanku..dan akhirnya suara jantanku mula menampakkan garangnya bila aku mengatakan aku takkan izinkan mereka masuk dlm makmal lg sekiranya masih mengulangi kesilapan yg sama. pelajar-pelajar tu semuanya nampak terkejut dan terdiam biarpun ada suara-suara halus mengejekku mengatakan sakit perut buang air besar bukannya sekejap..ahh...aku nmpak kejam, tp hakikatnya, aku guru penuh dgn kasih sayang..ahaks.. 3 waktu, pening dan memualkan..namun, keadaan hari ini lebih baik daripada semalam..alhamdulillah..aku berjaya menguruskan pelajar-pelajar ini sedikit demi sedikit..berjaya ku mendapatkan nama mereka dan berjaya aku menukarkan kedudukan mereka di makmal membuatkan kelas sedikit sepi berbanding semalam.. akhirnya refleksi ku berjaya aku perbaiki kesilapan semalam..hahaha~
aku yang serabut~~
No comments:
Post a Comment