sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Tuesday, February 3, 2009

hard and hurt T_T ~

dalam meniti sehari-hari bergelar guru pelatih ni...dah macam-macam dugaan aku tempuhi... dah sebulan di sini... dan dugaan itu tak pernah habis ditelan waktu... sekarang aku mengajar Kimia tingkatan 4 Ikhlas...alhamdulillah, pelajar-pelajar itu semuanya dapat menerima aku seadanya, dapat memberi komitmen yg baik terhadap aku.. gembira rasanya bila dapat pujian mereka, kata mereka pagi tadi, aku memang sesuai menjadi guru...aku memang layak bergelar guru.. ahaks.. walaupun br beberapa minggu aku memegang kelas mereka, namun, kata-kata mereka memberi semangat kepada aku utk trus berusaha menjadi guru yg dpt memberi contoh teladan yg baik kepada mereka...
keriuhan 4 ikhlas membuatkan aku tidak menolak apabila diminta relief kelas tersebut. hari ini sahaja, 3 waktu berturut aku diberi tugas utk relief kelas mereka. 3 waktu cukup utk aku mengulangkaji bersama mereka, sempat utk aku bermesra dan mendekati mereka..mereka minta aku adakan tuisyen utk mereka...hmm, akan aku pertimbangkan... bersama-sama 4 ikhlas 3 masa dan relief aku yg lain 4 masa, mebuatkan aku betul-betul sibuk hari ni.. tak sempat lama di bilik guru, aku sudah melangkah ke kelas semula..aku gembira aku sibuk macam ni.. walaupun letih, namun, aku dapat melupakan segala masalah yg hadir tanpa diundang...
sesekali aku jenguk juga hanset, kalau2 ade sesiapa teringatkanku ;P... tapi, hihi..paham2 jela.. sempat juga aku bertanyakan khabar rakan yg praktikum di jerantut...alhamdulillah, sihat2 belaka...
blk sekolah jam 2 ptg, aku btul2 keletihan.. makan mihun sup yg dimasak Leh, aku kekenyangan.. masuk bilik, smpat aku bertafakur dan air mataku mengalir lg.. ku pejam rapat2, dan akhirnya aku terus dibuai lena...
mlm ni, aku di sini, menulis entri bersama lirik lagu perpisahan...sekarang aku mengerti apa yg dimaksudkan org, bila berkata, tiada lagi air mata...air mata dah kering...dan itulah yg berlaku kepadaku sekarang... apa pun, perjuangan utk anak didikku masih jauh lagi...dan aku perlu menjaga kesihatanku utk mereka yg memerlukan bimbinganku.....

No comments: