sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Wednesday, May 7, 2014

Port Wine Stain - Ep 1

Aku terpanggil untuk menulis mengenai sejenis penyakit yang dengarnya pengidapnya ramai, tapi berbeza tempat di mana stain itu berada. Port wine stain. "wine" menunjukkan warna sejenis arak, wine, iaitu pink-purple.. Jadi dalam kata lain, port wine stain ni adalah penyakit di mana terdapat kelompok atau tompok berwarna pink-purple pada badan. Dalam bahasa orang kampungnya, ini adalah tanda lahir. 

Aku berminat untuk bercerita mengenai port wine stain ini kerana aku sendiri adalah pengidap. Tidak diketahui puncanya. Memang dari lahir dah ada. Dalam kes aku, tompoknya di muka. Pipi kanan. Zaman dulu2, bila orang tua2 kata "alahai, tanda lahir je tu..takyah risau laa".. Betullll... masa tu aku tak risau. Bersekolah pun macam biasa. Penuh dengan keriangan. Zaman kanak-kanak aku tak pernah terjejas hanya kerana 'tanda lahir' ini.. Kadang2, bila tengok tv, ada drama2 tunjuk ada pompuan ada tanda lahir, jadi muka tak cantik, disishkan masyarakat..seriously aku menyampah. Takde ape hal pun nak kisah ke tanda lahir tu. 

Bila naik ke sekolah menengah, masa ni hormon tak seimbang. Perasaan nak menggatal tu ada. Masa tu aku dah mula rasa rendah diri. Rasa diri tak cantik. Rasa diri lain dari yang lain. Pernah sekali tu, aku tulis dalam diari (masa kecik2 dulu...ada diari, sebab takde blog..hahaha).. aku persoalkan, aku ni anak angkat ke, sebab adik beradik aku yang lain semua cantik dan sempurna. Nak dijadikan cerita, satu hari aku kat asrama, aku call ibu kat rumah, ibu menangis sambil tanya aku.."Akak sayang ibu tak??" Offf koss la aku sayang kan.. tapi aku pelik kenapa ibu tanya soalan macam tu kat aku... Bila sampai hari Jumaat, kebetulan minggu tu adalah minggu balik kampung, dengan semangat aku balik kampung.. sampai kat rumah, rasa rindu kat diari... nak menulis apa yang dah berlaku sepanjang 2 minggu aku di asrama. tapi, belum sempat aku buka diari, ada 5 helai surat atas diari aku. Dari ibu. Aku yakin ibu baca diari aku. Ibu tulis surat tu sambil menangis. Aku tahu. Ada kesan dakwat pen yang dah kembang pada surat tu... Ibu meluahkan semua perasaan ibu bila aku persoalkan adakah aku anak angkat. Satu yang ada tersimpan dalam memori aku, ibu cakap, aku permata yg dinanti setelah ibu ayah berkahwin 2 tahun tidak dikurniakan anak... Berulang-ulang ibu menulis..."ibu sayangkan akak". Dan malam tu mata aku bengkak, aku tak keluar bilik langsung, terus tertidur dengan baju asrama yang aku tak salin pun...

Sejak kejadian tu, aku berjanji dengan diri sendiri, aku takkan menangis dan bersedih lagi atas anugerah Allah kepada aku. Dan sejak hari tu, aku kuat.. terus bangun kerana kehidupan aku bukan untuk mereka yang memandang aku..sebaliknya untuk aku. untuk keluarga aku. 

Dah jadi macam luahan perasaan pulak. Masa tu sebenarnya aku taktau yang rupa-rupanya port wine stain ni boleh diubati... nak tahu caranya? tungguuuuu episod 2... ngeh ngeh ngeh..


No comments: