sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Thursday, May 1, 2014

hakikat sebuah kehidupan

"Aku punya sebuah kehidupan. Kehidupan yang banyak likunya, banyak ranjaunya. Kadang kala aku tersenyum lebar, dan kadang kala aku menangis keesakan. Menangis keesakan bukan bermakna aku menyalahkan takdir kehidupan, tetapi sekadar melepaskan lelah kehidupan. Aku sama seperti hamba-hambaNya yang lain. Diuji dan diuji. Apapun keadaan aku, ujian itu pasti. Diuji dengan kesenangan. dan diuji dengan kepayahan. Tapi aku yakin, setiap ujian yang diberi merupakan ujian yang aku mampu tanggung. Kadang-kadang aku sendiri rasa tak yakin yang aku sekuat itu. Setiap ujian yang datang pasti ada kemanisan di hujungnya. dan pada masa itu... nikmat Tuhan yang mana lagi yang harus aku dustakan?"

amacam? hikhik.. ini ayat untuk aku kembali menyapu sawang blog ni. dah teruk sangat dah bersawang. aku rindu sangat nak berblogging macam dulu2..tapi apakan daya..kadang2 rasa macam tak sempat..kadang2 rasa macam sibuk.. tapi sebenarnya MALAS.. hahaha.. ok. aku akan cuba sebaik mungkin untuk cuba berblogging macam dulu2..

No comments: