sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Saturday, November 15, 2008

adryan..

ptg ni td adryan bgtau aku dia sakit dada...sakit sgt2..sempat aku call, dan sempat berbicara sebentar, sebelum die trus meletakkan hp tanpa apa2 pamitan.. aku sebenarnya masa tu on the way blk dr temerloh bersama ibu membeli borang mrsm utk ayen..tidak kukhabarkan pada ibu adryan sakit.. aku pura2 tenang, dengan anggapan insyaAllah dia xde apa2, padahal hati aku meronta2, adryan xreply msg2 aku... blk tu, usai solat asar, aku masih menghubunginya lg..pun xde berita..lepas maghrib, aku sms dia, dan menunggu balasan darinya hgga aku tertidur.. sedarku jam 9 lebih, masa ibu dtg ke bilikku sambil bercakap dalam telefon.. aku terus capai hp, dan 3 msg dr adryan masih blum kubaca...blum smpat ku buka msg2 tu, ibu dtg kepadaku, lantas meminta aku menghubungi adryan..rupa2nya ibu berbual dgn adryan td..ibu bgtau dgn nada cemas adryan sakit. masa tu jugak aku call adryan dan ibu masih ada disampingku saat air mata membasahi pipi.. Ya Allah, Kau selamatkanlah dia..Kau sembuhkanlah dia daripada penyakitnya..dan Kau ringankanlah beban kesakitannya.. sempat aku minta dia bersabar dan kuatkan semangat..katanya tadi, sekiranya dia lambat ke hospital, mgkin dia sudah tidak dapat diselamatkan.. :(

No comments: