sila-sila

selamat datang ke blog semalupurple yg tak seberapa ni.. cuma sekadar melakar kisah hidup.. menconteng kisah silam... semoga ada yang berguna untuk tatapan anda..

Tuesday, November 18, 2008

pembedahan adryan

pagi ni adryan sempat call aku.. aku sayu sangat dgn butir bicaranya..jam 9 pagi ni dia akan ke hospital kuching utk persediaan pembedahannya mlm ni.. kami saling bermaafan..aku juga tidak lupa menitipkan kata-kata semangat untuknya..aku harap dengan kata2 semangat tu dpt membantu die berfikiran positif dan tenang dalm menempuhi dugaan Allah ini...ptg, jam 6ptg, sempat adryan msg aku..katanya tggl beberapa jam je lagi..aku berdebar..Tuhan je yg tau.. malam ni Adryan akan menjalani pembedahan pemindahan hati.. hati yg dipindahkan daripada abgnya utk dirinya yg menghidapi kanser hati..aku tak tahu apa yg dapat aku bantunya, selain titipan kata2 semangat.. kehendaknya berjumpa denganku sebelum pembedahan dia pun, xdapat aku tunaikan kerana kesuntukan masa..aku cuma dapat berdoa dari jauh moga adryan dan abgnya selamat...jam 8 malam pembedahan dimulakan, dan aku xmampu menahan air mataku dari trus laju...ahh...aku sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan dirinya..sempat sepupunya memberitahuku, adryan dalam keadaan kritikal, dan masa itu, hanya surah yasin sahabatku...alhamdulillah, jam 11.30 pmbedahan selamat dilakukan walaupun adryan dan abgnya masih dalam keadaan tidak sedarkan diri...

No comments: