hari ni, 24/11 tiba juga setelah seminggu aku menanti... bengkel dan taklimat praktikum ni diadakan setelah habis semua final exam di upsi agar semua pensyarah kimia dapat bersama-sama turun menjalankan sesi perjumpaan guru pelatih bersama penyelia masing-masing... alhamdulillah, jodohku masih bersama dr maarof.. dr maarof, dia lah pembimbing akademik aku, dialah penyelia projek (tesis) aku, dialah pemberi markah utk ROS 2 aku, dan sekarang nampaknya terpaksala dr maarof mengadap aku skali lagi di sek sem depan..aku akan menjalani praktikum di mentakab, pahang..nama sekolahnya biarla aku rahsiakan ;P... insyaAllah dr 12Januari hingga 25 April dpn.. aku akan bergelar guru pelatih...wawa..macam xpercaya je dah mula nak masuk alam pekerjaan..
bengkel dan taklimat pada hari ni dimulakan dengan taklimat praktikum oleh penyelaras praktikum Jabatan Kimia, cik Norlinda..pkul 10 kami rehat, dan 10.30 masuk blk..spatutnya slot tu slot dr abu, tapi, ade masalah dgn pendrive dia, jd slot dr abu telah ditukar dgn slot cik asmayati..huhh..mengantuk btul..tuhan je yg tau..waaa... slot diteruskan sampai petang selepas rehat pada jam 12-2 ptg.. slot terakhir perjumpaan bersama penyelia.. hmm... agak letih dan sangat mengantuk...berakhirnya taklimat praktikum, bermaksud, berakhirlah hari-hari di tg malim..aku dan kawan-kawan sekelas terpaksa berpisah di sini, pada hari ini.... sempat bersalaman dan berpelukan dan sememangnya aku benci pada rasa ini.....uhhhhhhh...
"bertemu dan berpisah adat manusia biasa
hilang di mata tapi di hati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
semoga dapat kita berjumpa di lain masa..."
special thanks for my frens...my classmate.. my coursemate... my frens from Bio and Physics department... may our friendship remains... i love u all.... especially... ika, leha, anis, ti, wana, shake, iza, seha..korg mmg rock...sayang korg....
No comments:
Post a Comment